SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang diburu berhubung
kes tembak dua anggota polis baru-baru ini menyerah diri, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Kepong, kira-kira jam 11 pagi.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun masih diburu,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam kejadian 26 September lalu, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Lans Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak penjenayah di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex) berdekatan Kuchai Lama.
Nor Azlan terkena tembakan di leher kanan manakala Subramaniam cedera di perut.
Mereka sempat melepaskan tiga das tembakan ke arah penjenayah dan dipercayai terkena tangki minyak kereta.
Tembakan menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan kereta itu terpaksa ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
Semalam, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu ditembak mati selepas melarikan diri di kawasan tempat letak kereta di Taman Desa Park, kira-kira jam 3 pagi.
Lelaki berusia 32 tahun yang menaiki Proton Waja itu ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis.

Sumber - Sinar
No comments:
Post a Comment