Sebenarnya , ramai pemain kelahiran negara yang layak mewakili Malaysia
, tapi mungkin terlepas pandang ataupun ada masalah tertentu yang
memungkinkan pemain ni tidak beraksi hingga sekarang. Pemain yang
dimaksudkan ni bukanlah bermain di Liga Malaysia , tapi bermain di luar
negara , di mana liga luar negara ni terbukti lebih hebat saingan dari
Liga - M. antara pemain kelahiran Malaysia yang bermastautin di luar
negara termasuklah:
TITUS JAMES PALLANI
Titus ni sebenarnya banyak kali dah dipanggil untuk mewakili
Malaysia,tapi sampai skang ni pun masih belum tercapai hasrat untuk
melihat kelibat pemain ni.Titus lahir pada 13.Ogos.1986. Kelab terbaru
Titus sekarang ialah CS Meaux yang dikatakan bermain di Liga bawahan di
Perancis.
NICHOLAS CHAN
Ramai yang menyangka Nicholas Chan ni mencuba nasib di Cardiff City
sebab bapak dia , Dato Chan Tian Ghee merupakan pemilik kelab EPL
ni..tapi kita tak bleh memandang rendah pemain ni , sebab Nicholas Chan
ni pernah bermain di Piala Gothia di Sweden..dan Piala Gothia ni
bukanlah rendah tahapnya sebab dalam rekod Piala Gothia , banyak pemain
berbakat yang dilahirkan menerusi Piala Gothia,contohnya Xabi Alonso ,
Andrea Pirlo dan Adebayour. Nicholas juga banyak mencuba nasib di kelab
EPL , contohya bersama West Ham dan Stoke City. Beliau pernah
ditawarkan beraksi di Major League Soccer , tapi menolak kerana lebih
berminat beraksi di Eropah.
TADASHI TAKEDA
Tadashi Takeda ni mak dan bapak dia memang orang Jepun , tapi Takeda
lahir di Pulau Pinang 27.July.1986 dan kalau mengikut peraturan Takeda
layak mewakili Malaysia kerana lahir di Malaysia dan juga layak mwakili
Jepun kerana mak dan bapak orang Jepun..Tapi kalau FAM nak ambik Takeda ,
kenala ambik awal , sebab kalau Jepun dah kebas merampau la
nanti..hehe..kita taknak nanti macam kes Shaun Maloney tu...
TAM SHEANG TSUNG
Tam Sheang Tsung ni sekarang ni mewakili FC Yokohama bawah 15 tahun di
Liga-J. Dia pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga -J. Tam
merupakan pemain yang sangat berbakat dan pernah dihantar berlatih di
kelab Brazil..rugilah kalau Malaysia kehilangan pemain ni..kalau
Malaysia tak bertindak awal , confirm nanti Jepun ambik pemain ni ,
sebab Tam dah lama duduk kat Jepun.
SHAUN MALONEY
Dan ni merupakan kerugian besar Malaysia lambat bertindak kerana Shaun
Maloney adalah kelahiran Malaysia , iaitu lahir di Miri ,Sarawak ,
24.Januari.1983. Keluarga Maloney telah berpindah ke Scotland semasa
dia berumur 5 tahun lagi , dan sekarang mewakili kelab Celtic..kalau la
Malaysia cepat bertindak , ambik pemain ni , mungkin Harimau Malaya
mampu pergi jauh. tapi Maloney dah tak bleh nak wakil Malaysia , sebab
Scotland dah ambik..
Tapi jauh di lubuk hati, bahawasanya semua pemain yang layak mewakili Malaysia ni akan bermain untuk negara suatu hari nanti..kalau Piala Dunia 2014 ni mungkin tak sempat..tapi FAM dan yang sewaktu denganya perlu bertindak agreasif untuk mendapatkan pemain kelahiran Malaysia ni , sekurang kurangya pemain ni mampu untuk memberi impak dan berkongsi pengalaman bermain di luar negara..dan kita sama berdoa agar semua pemain berbakat kelahiran Malaysia akan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti....
kredit sepenuhnya kepada http://menuadaniel.blogspot.com/2011/07/pemain-malaysia-yang-bermain-di-luar.html
No comments:
Post a Comment