Monday, 1 October 2012

Mandi daun segarkan tubuh

 Mandi daun segarkan tubuh

Menjadi idaman setiap wanita untuk tampil cantik dan langsing selepas melahirkan. Bagi tujuan ini, amalan tradisional sepanjang tempoh berpantang boleh membantu.
Malah jika betul-betul disiplin, luka dalaman dapat pulih segera dan si ibu akan kembali bertenaga menjalani kehidupan.
Terdapat banyak rutin yang perlu dijalani wanita bila berpantang mengikut adat Melayu. Antaranya, mandi daun yang dilakukan pada awal pagi. Daun yang digunakan bagi menyediakan air mandi terdiri daripada daun inai, mengkudu, lengkuas, pandan dan serai wangi. Kesemua ramuan ini direbus menggunakan periuk tanah.
Bagaimanapun, terdapat langkah tertentu sebelum seluruh tubuh dibasahkan dengan air rebusan daun. Biasanya dengan bantuan mak bidan yang menjaga dalam pantang, si ibu baru disuruh membaca selawat sebelum meraup wajah dengan air mandi pertama sebanyak tiga kali. Selepas itu, barulah baki air dijirus daripada kepala hingga ke kaki.
“Sekali rebus, air daun boleh digunakan berulang kali sampailah warna kuning pada air makin menipis. Biasanya ia boleh digunakan sampai tujuh kali mandi.
“Tapi tidak kira sama ada mandi daun atau air biasa, wanita baru melahirkan disarankan mandi air suam sahaja selama 44 hari,” ujar Sharifah Noor Syed Osman, 60, yang menjadikan mandi air daun kayu satu kewajipan dalam amalan berpantang keluarganya.
Peranakan diuli
Selepas mandi barulah wanita dalam pantang akan diurut, dibantu bertungku, dilumurkan bedak boros supaya badan tak dimasuki angin dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan susuk tubuh asal.
“Bahagian perut perlu diurut dengan cermat dan hati-hati memandangkan luka dalam, belum pulih sepenuhnya. Peranakan tidak boleh dipaksa kembali ke tempatnya kerana ia mempunyai tempoh tertentu untuk pulih sendiri.
“Sampai masanya, peranakan yang sebesar penumbuk akan mengecut ke saiz buah pinang sahaja dan kembali ke kedudukan asal dalam rahim,” ujar Sharifah Noor.
Istilah melakukan urutan pada perut untuk membetulkan kedudukan rahim dipanggil sengkak. Ia hanya boleh dilakukan oleh bidan berpengalaman.
“Ketika sengkak dilakukan, orang yang diurut mesti tarik nafas. Bagi yang mengurut pula, kedudukan tangan akan dibuka seperti rama-rama. Kemudian bahagian peranakan ‘diuli’ hingga rahim dirasakan berada pada kedudukan asal.
“Sengkak dibuat kerana wanita akan berasa tidak sedap badan sekiranya rahim tidak dibetulkan agar berada di kedudukan sepatutnya,” ujar Sharifah Noor.
Selepas diurut, tungku digunakan untuk menuam bahagian perut, badan dan kaki. Amalan ini dapat melegakan bahagian lesu dan membetulkan semula urat yang kendur.
Sharifah Noor berkata, “Bertungku tidak boleh dari bahagian tengah perut. Ia perlu dilakukan dari sebelah tepi perut lalu dibawa ke bahagian tengah. Tungku yang suam juga dapat memberikan kelegaan bila diletakkan di bawah kaki, badan dan celah kelangkang.”
Elak ibu kunyit
Sebenarnya tidak semua rempah sesuai diambil wanita sebaik sahaja selepas melahirkan. Antara yang perlu dielak adalah ibu kunyit yang dikatakan mampu mengecutkan rahim terlalu cepat sedangkan darah nifas belum keluar sepenuhnya.
“Menjadi warisan keluarga saya untuk mengambil kuning telur ayam kampung yang dicampurkan dengan halia dan madu selepas tiga hari balik dari hospital.
“Tujuannya untuk membuang angin di samping menguatkan tubuh,” kongsi Sharifah Rogayah Syed Fadzil, 43, yang mula makan jamu sejak berusia belasan tahun pula.

Selain itu dia akan merebus daun sirih, asam keping dan garam jantan untuk digunakan sebagai basuhan setiap kali selepas membuang air kecil ketika dalam pantang. Secara saintifik, ramuan alami yang digunakan ini sememangnya mampu mematikan kuman dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman.


Memandangkan tidak semua makanan boleh dijamah oleh wanita dalam pantang, Sharifah Rogayah memperturunkan satu resipi istimewa keluarganya yang baik untuk kesihatan.
“Cara menghasilkannya juga cukup mudah iaitu tanak nasi bersama daun lemuni, halia, halba, bawang kecil dan bawang putih sebelum dijamah panas-panas. Kalau mahu, campurkan sedikit santan cair agar lebih sedap,” katanya.
Tidak sekadar mengamalkan adat berpantang untuk diri sendiri dan keluarga, Sharifah Rogayah menawarkan kesemua rawatan serupa untuk pelanggan yang datang ke Spa Rug Gaya miliknya di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Lelaki tersilap buka pintu tandas ketika dalam penerbangan

HONG KONG - Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat yang disangka pintu tandas.

Krew pesawat yang menyaksikan kejadian itu terkejut setelah terlihat seorang warga emas berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu kecemasan pesawat itu dan kemudian cuba membuka pintu berkenaan.

"Nasib baik dia gagal membuka pintu itu dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya daripada meneruskan niatnya itu.

Apabila dia disoal selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas kerana inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat,” kata salah seorang kakitangan pesawat itu.  - AFP

Sumber - Sinar 

TERKINI...!!! Kes tembak polis: Remaja 17 tahun serah diri

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang diburu berhubung kes tembak dua anggota polis baru-baru ini menyerah diri, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Kepong, kira-kira jam 11 pagi.


“Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan seorang lagi lelaki berusia 30 tahun masih diburu,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).


Dalam kejadian 26 September lalu, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Lans Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera ditembak penjenayah di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex) berdekatan Kuchai Lama.


Nor Azlan terkena tembakan di leher kanan manakala Subramaniam cedera di perut.


Mereka sempat melepaskan tiga das tembakan ke arah penjenayah dan dipercayai terkena tangki minyak kereta.


Tembakan menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan kereta itu terpaksa ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.


Semalam, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu ditembak mati selepas melarikan diri di kawasan tempat letak kereta di Taman Desa Park, kira-kira jam 3 pagi.


Lelaki berusia 32 tahun yang menaiki Proton Waja itu ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis.

Sumber - Sinar 

INFO...!!! Petua Imam Syafie

 

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama 


Sumber - http://ibnumalek.blogspot.com

Cara Mencorak Anak

Jika kita perhatikan kain batik yang indah coraknya apatah lagi jika digubah menjadi pakaian yang cantik rekaannya, kadang kita lupa bahawa ianya bermula dengan kain tanpa warna yang bersih tanpa ada sedikit pun kotoran . Jika kain tersebut kotor maka pasti akan memberi kesan kepada corak yang akan dilukis serta warna yang bakal digunakan. Kita tahu juga bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih, dan itulah yang dinamakan fitrah. Ianya begitu bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.

Kain putih yang datang dengan fitrahnya itu amat bergantung kepada orang tuanya untuk memberi corak samada ia corak yahudi, nasrani mahupun majusi. Jika itu corak yang kita lukis maka kita telah melakukan banyak kesilapan dan pelaburan kita. jika corak yahudi kita taburkan tidak pula bermakna si kain putih ini menjadi orang yahudi tetapi apa yang pastinya dia akan membawa sikap yahudi dalam dirinya. Dia akan sentiasa ingin duduk di atas dan sentiasa merasakan bahawa dirinya adalah yang terbaik. Keegoaan yang tinggi ini bukan sahaja akan membawa kemusnahan hidup pada si anak tetapi mungkin juga kepada orang tua kerana berkemungkinan mereka akan disisihkan dari kehidupan si anak.

Kita mungkin melihat bahawa takrifan samada ibubapa yang membentuknya samada menjadikannya seorang yahudi, nasrani, majusi mahupun Islam bermaksud agama yang akan dianuti. Itu satu kesalahfahaman yang besar. Ianya sebenarnya juga merujuk kepada kiasan jalan hidup. Kalau cara kita mencorakkan anak ialah cara nasrani maka kita akan dapat melihat corak kehidupan anak di masa hadapan cenderung kepada nasrani. Inilah yang dimaksudkan yang kadangkala kita ambil ringan kerana pada fikiran kita mereka sudahpun beragama Islam dan mana mungkin mereka menjadi selain dari Islam. Namun kita lupa bahawa Islam warisan hanya mungkin bermaksud pengakuan namun pada kehidupannya adalah corak yang sudah dibentuk dari kecil.

Kali ini saya ingin mengupas tentang apakah yang dimaksudkan dengan mencorakkan anak. Cuba kita renung dan buat satu pemerhatian. Cuba kita ambil sehelai kain putih yang bersih dan bentangkan di hadapan kita untuk kita corakkan. Sebelum kita mencorakkan apakah yang perlu kita lakukan seandainya kita bukan seorang pelukis. Sudah pasti kita akan memikirkan apakah yang perlu kita lakukan untuk melukis dan warna apakah yang sesuai serta corak sebagaimana yang patut kita coretkan di atasnya.

Itu bagi kita yang tidak pandai melukis namun bagi mereka yang berjiwa seni mereka terus sahaja memegang alat untuk mencanting untuk melakarkan corak. Mungkin kita berkata “ oh itu memang tugasnya, jadi memang lah mudah untuk mereka lukis”. Bagi saya itu hanyalah kata-kata mereka yang kurang mengkaji dan membuat pemerhatian atas kehidupan. Mereka sebenarnya melukis dengan penuh perasaan dan adakalanya mereka melontarkan perasaan mereka di atas kain putih samada mencanting batik mahupun melukis lukisan.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah seorang pelukis akan melukis dengan penuh kesenian dan kesenian itu datang dari perasaannya. Dia membentuk setiap strok lukisan dengan jiwanya dan hasilnya pasti akan menyenangkan hatinya. Tetapi berbeza dengan mereka yang tidak berjiwa seni, mereka membentuk lukisan dengan apa yang difikirkan bagus tanpa ada jiwanya. Maka lukisannya akan berhadapan dengan banyak kemungkinan, mungkin cantik, mungkin tidak. Dan sekiranya tidak, mudah sahaja, tak perlulah kita fikirkan untuk menggantungnya jauh sekali menjualnya.

Jika sekiranya lukisan itu cantik, mungkin tanpa sedar kita telah melukisnya dengan penuh perasaan dan mungkin kita telah meniru satu bentuk lukisan yang lain. Kemungkinan yang berlaku ialah kita mungkin menjualnya dengan harga yang mahal jika ia lukisan asli namun jika ianya adalah salinan dari lukisan yang lain mungkin ada harga atau mungkin tiada.

Begitulah dengan corak yang bakal kita bentuk dengan anak kita. sebenarnya kita hari ini sering memikirkan bagaimana membentuk anak kita agar berjaya mengikut acuan yang ingin kita lihat. Seringkali kita terlupa adakalanya atau selalunya acuan kita itu tidak sama dengan saiz yang sepatutnya untuk anak kita jika ianya kecil dan sempit, tanpa sedar kita telah menyiksa jiwa si anak hingga mental dan jiwa cedera. Ini boleh dilihat dari segi perlakuan dan jika acuan kita terlalu besar, pastinya berlaku juga ketidak selesaan kerana si anak dapat merasakan dia berada di bawah potensi dirinya yang sebenar.

Saya berpendapat jika kain putih yang ingin kita corakkan perlukan satu corakan yang mempunyai nilai seni, kita perlu bermula dengan jiwa. Pendidikan awal ialah pendidikan jiwa. Dari jiwa barulah datang corak yang sesuai dengan si anak. Jika jiwa si anak ialah jiwa seorang ahli sukan tetapi kita ingin mencorakkannya menjadi seorang chef maka pasti berlaku konflik diri yang bakal memberi kecederaaan yang teruk. Justeru kita yang mencorakkan anak haruslah terlebih dahulu mencorakkan diri kita dengan perasaan yang betul kerana anak yang dicorak dengan perasaan marah akan membawa sifat marah hingga ke akhir hayat jika dia tiada inisisatif untuk megubahnya.

Kita perlu mendidik atau mencorakkan anak kita dengan penuh perasaan dan dari situ akan timbullah rasa hormatnya kepada kita. bentuklah anak dengan penuh perasaan bukan dengan hanya logik akal. Fahamilah apa yang dapat dilakukan oleh si anak dengan kekuatan jiwanya. Rumah merupakan sekolah pertama untuk setiap dari kita . Rumah juga suatu tempat untuk membentuk anak-anak dalam menyelusuri masa hadapannya. Sebelum anak itu mengenal masyarakat besar, dia terlebih dahulu mengenal komuniti kecil dalam keluarganya. Jika dalam komuniti kecil ini anak tidak didik dengan perasaan tetapi dididik dengan paksaan, suatu hari nanti anak akan mencapai satu titik maksima dan berlakulah sesuatu di luar jangkaan kita. pada waktu itu kita mungkin menyalahkan anak tetapi kita lupa unsur paksaan itu amat besar impak negatifnya.

Ini tidak pula bermakna kita perlu mengikut apa jua yang dikehendaki oleh si anak. Kita perlu menolak kemahuan yang diinginkan oleh mereka seandainya ianya bakal memberi kemudaratan samada secara fiikal ataupun mental. Namun caranya bukan dengan paksaan, kita perlu membentuknya dengan perasaan. Saya sering diingatkan oleh bos lama saya sewaktu bekerja dulu… don’t get the respect but earn it. Jika kita ingin dihormati kita tidak perlu memaksa orang untuk menghormati kita kerana itu satu penghormatan palsu tetapi biarlah rasa hormat itu datang tanpa diminta. Begitu juga dengan anak. Kita perlu melakukan sesuatu agar rasa hormat datang dari jiwanya bukan sekadar meminta mereka menghormati kita.

kita perlu faham bahawa anak yang baik belum tentu soleh tetapi anak yang soleh sudah tentu baik. Jika anak kita berjaya dalam hidup secara fizikalnya belum tentu dia berjaya secara rohaninya. Orang yang sebenar kaya ialah orang yang kaya jiwanya. Orang yang kaya jiwanya adalah orang yang sedar bahawa dirinya sentiasa memerlukan Allah swt dan dirinya sentiasa faqir di hadapan Allah swt. Kita perlu mendidik anak-anak kita peranan Allah swt dalam hidup kita bukan sekadar hanya berkata Allah itu Tuhan sekalian alam. Berkata amat mudah tetapi menjiwainya amat sukar tanpa pemahaman yang betul. Biar sibijak mana anak kita tetapi jika dia tidak faham kedudukan dia dan Allah swt maka kecendurangan untuk menjadi orang yang egois amatlah besar.

Adakah kita mahu anak –anak kita menjadi seperti kita yang hanya mengingat Allah swt di kala susah dan melupakannya di kala senang walaupun kita sedar bahawa kesenangan itu adalah pemberian Allah swt. Cuba kita renungkan sewaktu kita di alam barzakh, apakah perasaan kita jika kita melihat anak-anak kita hanya sedih di hari kematian kita tetapi setelah pengagihan harta diselesaikan semuanya tersenyum tanpa memikirkan penat lelah kita yang berusaha untuk membahagiakan mereka.

Kita perlu didik anak-anak kita agar faham bahawa kita perlukan Allah swt sepanjang masa. Jika anak kita melakukan kesalahan janganlah kita hanya berkata bahawa dia telah melakukan kesalahan tetapi sampaikan kepadanya bahawa masih punya peluang untuk diampunkan Allah swt, dia masih dicintai Allah swt. Kita perlu mengajarnya untuk berterima kasih kepada Allah swt. Kita sering mengajar anak kita untuk berterima kasih kepada orang apabila diberi pemberian tetapi jarang sekali kita memberitahu anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt atas setiap kebaikan yang kita perolehi dan keburukan yang kita hadapi kerana apabila kita ditimpa musibah itu juga tandanya Allah swt mengingati kita…. manakan tidak hanya sewaktu susah kita beriya-iya meminta pertolongan darinya jika tidak kita akan minta pertolongan dari mereka yang kita fikirkan boleh membantu kita.

Bermula dari hari ini cubalah kita ajar anak kita untuk berterima kasih kepada Allah swt. Persoalannya bagaimana… jika kita memaksa, mereka akan memberontak. Cara paling mudah ialah kita terlebih dahulu melakukannya dan anak pasti mengikut perlakuan kita. Samada kita sedar atau tidak anak adalah cermin kita, jika kita berhias anak akan berhias. Jika kita dapat mencorakkan anak kita dengan kefahaman tentang cinta Ilahi maka Insya Allah anak kita akan hidup dengan penuh kasih sayang sesama makhluk.
 
Sumber - http://ibnumalek.blogspot.com

Izara Aishah Lega Bila Dedah Dia Sudah Punya BF


Izara Aishah Lega Bila Dedah Dia Sudah Punya BF

KAMUNTING, 1 OKTOBER 2012: Naib Juara Dewi Remaja, Izara Aishah akui hatinya kini lebih lega, malah dia langsung tidak menyesal dengan sikap keterbukaaanya itu apabila mendedahkan status dirinya sebagai kekasih orang.
Bahkan, Izara Aishah memberitahu dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa pun daripada umum terutama yang berkaitan dengan status dirinya kerana tidak mahu digelar penipu kelak.
"Sebenarnya saya sudah lama pun mempunyai kekasih dan saya selalu akan bersikap terbuka setiap kali orang bertanyakan mengenainya. Malah, keputusan untuk memberitahu status sebenar saya bukanlah datang daripada permintaan kekasih saya, tetapi saya sendiri yang hendak berterus-terang.
"Kalau hendak ikutkan, kekasih saya tidak bersetuju saya memberitahu mengenai status saya kerana dia merasakan ianya tidak perlu untuk diketahui umum tetapi saya bertindak untuk bersikap terbuka.
"Saya lebih senang berterus-terang, biar orang tahu yang saya memang ada kekasih. Saya lebih suka bersikap terbuka dan jujur mengenai hubungan ini.
"Lagipun, saya tak mahu orang mengatakan yang saya penipu, tiada kekasih. Apabila saya berterus-terang begini, saya rasa lebih tenang dan tiada tekanan," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di lokasi penggambaran filem Balun di Batu Kurau, Perak, baru-baru ini.
Walau bagaimana pun, Izara tetap mahu merahsiakan siapa gerangan kekasihnya kerana dia merasakan ia teralu peribadi untuk diketahui umum.
"Saya tidak tertekan dengan keadaan sekarang selepas bersikap terbuka dengan status saya, tetapi saya harap semua pihak tidak memaksa saya untuk memberitahu siapa sebenarnya kekasih saya.
"Cukuplah, orang tahu dia kekasih saya apabila terlihat saya keluar berdua atau dating bersama seorang lelaki," luahnya lagi.
Izara yang bakal muncul dalam filem KL Zombie tidak lama lagi kini sedang menjalani penggambaran filem Balun bersama pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairy, Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi.

Sumber - Murai

Kulit Aaron Aziz Terbakar Kerana `Lari` Di Perlis


Kulit Aaron Aziz Terbakar Kerana `Lari` Di Perlis

KUALA LUMPUR, 1 OKT 2012: Sejak menjayakan penggambaran filem terbaru lakonannya yang berjudul, Lari, ada satu perubahan ketara yang dapat dilihat pada struktur dan warna kulit aktor Aaron Aziz iaitu kulitnya seperti terbakar dek kepanasan matahari terik.

Mengakui tentang hal itu, Bintang Paling Popular 2011 ini berkata, keadaan cuaca yang cukup panas di lokasi telah membuatkan struktur dan kulitnya jadi begitu,


"Sekarang saya sedang dalam sesi penggambaran bersama Ahmad Idham untuk filem Lari bersama Dira Abu Zahar yang mengambil tempat di Perlis. Cuaca disana memang panas dan saya mempunyai adegan yang memerlukan saya berada di tengah terik matahari dalam jangkamasa yang lama.


"Itu belum termasuk saya kena menyelam dalam air laut dan pelbagai lagi cabaran untuk filem yang mengisahkan penyeludupan manusia ini,"jawab Aaron ketika ditemui di majlis pra-tonton filem terbaru yang menampilkan dia dalam watak komedi iaitu Ngorat di Cineleisure The Curve, Jumaat lalu.

Sumber - Murai 

PANAS..!! Neelofa Tidak Selesa Diaju Soalan Mengenai Hans Isaac?

  Neelofa Tidak Selesa Diaju Soalan Mengenai Hans Isaac?

KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2012: Status hubungan sebenar aktres Neelofa dengan Hans Isaac masih lagi menjadi tanda biar sebelum ini telah tersebar gosip yang mengatakan mereka benar-benar serius bercinta.
Apatah lagi bila tersebarnya cerita yang mengatakan mereka telah bercuti bersama-sama di Thailand baru-baru ini hingga memaksa Neelofa menjelaskan situasi yang sebenar bahawa ianya tidak benar.
Hakikatnya, Neelofa bercuti di Phuket bersama teman-temannya, manakala Han Isaac menghabiskan percutian di Koh Samui bersama keluarga dan kawan-kawan yang bermain golf bersama-sama.
Apapun, kisah hubungan Neelofa dengan Han Isaac masih belum reda. Malah, sewaktu ditemui di majlis memperkenalkan Neelofa sebagai duta baru kepada jenama tilem terkenal King Koil semalam, aktres cantik kelahiran Kelantan ini masih diasak dengan soalan yang sama daripada para media yang mahu tahu status sebenarnya dengan Hans Isaac.
"Kalau boleh saya tidak mahu komen dulu atau memberi sebarang ulasan kepada gosip atau soalan yang bertanyakan hubungan kami. Yang jelas saya memang berhubung dengannya sebagai teman artis. Lagipun asyik saya sahaja yang membuka mulut mengenai perkara ini, rasa macam kurang manis pula.
"Tetapi bukanlah ertinya anda harus bertanya kepada dia. Semua pun tahu Hans baru sahaja kehilangan ibunya, jadi keadaan sekarang mungkin tidak sesuai untuk memberi sebarang kenyataan,"jawabnya ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya bersama aktor kacak tersebut.
Baru sahaja dilanda gosip namun Neelofa mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan melihatnya daripada sudut yang positif.
"Baru ingat nak rileks dan release tension waktu cuti dua hari tersebut, pun kena juga cerita panas. Tetapi apa nak buat sudah lumrah artis, sering diperhatikan dan saya tidak salahkan pada mereka yang memulakan cerita ini.
"Mungkin di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati dalam sebarang tingkah laku atau perbuatan untuk mengelakkan tercetusnya gosip seperti ini. Alhamdulillah, yang agak mengejutkan saya bila para peminat lebih menegur saya mengenai lakonan bagi Kau Yang Terindah walaupun setelah tercetusnya gosip tersebut.
"Secara tidak langsung saya percaya, peminat saya akan lebih melihat kepada kemajuan karier saya daripada perkara-perkara yang akan memburukkan nama saya,"jelasnya kepada murai.com.my dalam nada yang tenang.
Baru sahaja selesai penggambaran drama Trilogi Cinta, Neelofa akui dia terlalu sibuk dan akan berehat buat seketika daripada berlakon. Selain itu dia juga sibuk dengan pengacaraan dan tekah dirisik beberapa pihak untuk mengambilnya sebagai pengacara.
Duta bagi tiga jenama terkenal iaitu AVON, Petronas dan yang terkini King Koil ini akan sibuk semula di lokasi untuk menjayakan filem Pilot Café arahan Osman Ali yang akan memulakan penggambaran pada awal Januari depan.

Sumber - Murai

Sarang ponteng - Kawasan yang sering dijadikan tempat beristirehat

 LEPAK...dua remaja dipercayai ponteng sekolah melepak selepas mandi di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam.

KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.
Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.

Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.
Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan berhampiran taman rekreasi berkenaan.

Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.

Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.
Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.

“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.
“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.

“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.

“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerjasama semua pihak perlu bagi mengekang aktiviti ponteng di kalangan pelajar dan mereka berhak melaporkan kegiatan itu kepada pihak sekolah.

Katanya, kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat melaporkan jika terdapat kejadian itu bagi rekod sekolah ia sekali gus mengekang perbuatan terbabit.

“Bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku antaranya dengan memanggil nama pelajar yang ponteng atau menaikkan nama pada laman web sekolah.

“Dengan ini, pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan malu untuk mengulangi aktiviti tidak berfaedah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dasar ‘sifar ponteng’ juga perlu dilaksanakan kerajaan bagi menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu seterusnya membudayakan pendidikan di kalangan pelajar.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, sekiranya kegiatan ponteng itu berlaku di kawasan selenggaraan mereka, pemerhatian akan dilakukan pihaknya, namun tiada tindakan diambil berikutan perbuatan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Katanya, sekiranya mereka tidak mengganggu atau melakukan perbuatan vandalisme, pegawai yang ditugaskan di satu-satu kawasan riadah tidak boleh melakukan tindakan kecuali menasihat mereka supaya berkelakuan baik.

Sumber - Metro

TIPS...!!! Susu ibu elak alahan


ALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan semakin meningkat di negara membangun di rantau Asia Pasifik.
Menurut Pertubuhan Alahan Dunia (WAO), antara 30 hingga 40 peratus daripada masyarakat dunia kini terjejas akibat satu jenis keadaan alahan atau lebih.
Sekiranya gaya berkenaan berterusan meningkat tanpa sebarang langkah pencegahan, 50 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya satu jenis alahan menjelang 2020.

Pakar Pediatrik Alahan, Bahagian Alahan dan Imunologi Hospital Royal Children, Melbourne, Dr Ralf Heine, berkata peningkatan terkini itu pada asalnya memberi kesan kepada masyarakat Barat, tetapi ia kini semakin jelas di negara membangun seperti rantau Asia Pasifik.
Keadaan itu sesuatu yang membimbangkan kerana kanak-kanak kecil lebih mudah terdedah kepada penyakit alahan dan kebanyakan masalah alahan berlaku pada dua tahun pertama kehidupan.
“Saya menyarankan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar alahan dan lakukan langkah pencegahan dalam berhadapan dengan masalah alahan kanak-kanak.

“Strategi pencegahan alahan kini menjadi keutamaan dalam kesihatan awam selari dengan peningkatan terbaru alahan terhadap sesetengah jenis makanan dan penyakit kulit ekzema,” katanya.


Antara strategi pemakanan yang efektif adalah kepentingan memberikan susu badan kerana ia mempunyai faedah dalam menentang keadaan alahan melalui cara menggalakkan toleransi oral.


Kumpulan pakar pediatrik juga mengesyorkan kepentingan bercerai susu dan pemakanan dalam mengurangkan masalah alahan selain peranan penting probiotik dan prebiotik bagi mencegah kewujudan masalah alahan di kalangan kanak-kanak.


Beliau berkata, masalah alahan semakin meningkat, tetapi risikonya mungkin berbeza mengikut rantau seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat.


“Ibu bapa dan semua golongan yang bekerja dengan kanak-kanak termasuk penjaga, pengasuh, guru dan pakar perubatan perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai maklumat terkini alahan memandangkan ada kes yang tidak wujud 20 tahun lalu, tetapi kini semakin meningkat,” katanya.


Ibu bapa perlu dididik dengan tanda amaran alahan supaya dapat mengenal pasti sekiranya anak mereka mengalami masalah berkenaan.


Dr Heine berkata, masalah kulit ekzema yang selalunya wujud pada tahun pertama kanak-kanak boleh memberi petunjuk wujudnya alahan terhadap sesetengah makanan.

Contohnya, timbul ruam pada kulit anak dalam tempoh satu jam selepas diberi susu atau makanan dan kesan itu berlaku setiap kali selepas diberi minuman atau makanan yang sama.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa pakar pediatrik alahan bagi menjalani ujian darah dan kulit. Sekumpulan kecil makanan seperti telur, susu lembu, soya, gandum, kacang tanah, kekacang, ikan dan kerang mempunyai kadar alahan yang tinggi pada kanak-kanak iaitu sehingga 95 peratus.


“Kanak-kanak boleh menjadi alah kepada mana-mana makanan itu kerana kandungan protein di dalamnya sukar untuk dicerna oleh perut mereka.


“Namun mengelak terus daripada mengambil kumpulan makanan itu boleh meningkatkan risiko alahan lalu pendekatan terbaru adalah memperkenalkan makanan berkenaan sebelum usia kanak-kanak setahun dalam kuantiti yang sedikit dengan pengawasan pakar pediatrik.


“Ibu bapa tidak digalakkan melakukannya sendiri, tetapi merujuk serta dipantau oleh pakar bagi mengelak risiko alahan yang teruk,” katanya.


Beliau berkata, jika salah seorang ibu atau bapa mempunyai alahan terhadap makanan, kemungkinan anak mengalami alahan juga meningkat, tetapi sekiranya ibu dan bapa ada alahan, anak mempunyai 70 peratus risiko mengalami alahan yang sama.


Katanya, jika hanya ibu yang ada alahan, risiko anak untuk mendapat alahan adalah antara 50 hingga 60 peratus dan meningkat sekiranya ibu dan bapa mempunyai masalah ekzema atau asma.


Namun jika hanya bapa atau adik-beradik lain ada alahan, maka kanak-kanak itu mempunyai risiko paling rendah untuk terkena alahan makanan.


“Tetapi gaya terkini menunjukkan walaupun di kalangan keluarga yang tidak merekodkan sebarang alahan, ada kanak-kanak yang mengalami alahan pada makanan dan ia semakin meningkat. Oleh itu, kesedaran perlu dipertingkatkan dan bukan hanya tertumpu kepada populasi berisiko tinggi,” katanya.


Dr Heine berkata, ada sesetengah makanan didapati kini semakin kerap menyebabkan alahan dan semakin sukar dihadamkan tubuh seterusnya membuatkan gaya alahan juga semakin berubah.


Lebih menarik, melahirkan anak secara pembedahan Caesarean juga boleh meningkatkan risiko alahan anak kepada makanan antara 30 hingga 40 peratus. Ini kerana ia menghalang mereka daripada melalui saluran peranakan yang mempunyai bakteria baik yang memasuki perut dan merangsang sistem pertahanan badan mereka.


Beliau berkata, sebaliknya jika perut anak dimasuki bakteria yang salah, ia akan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada masalah risiko alahan yang meningkat pada masa depan.


“Pendedahan pertama terhadap bakteria baik pada perut penting kerana ia dapat merangsang sistem imun tubuh kanak-kanak dan melindunginya daripada masalah alahan.


“Oleh itu, ibu perlu mengelak meminta untuk melahirkan anak mereka melalui pembedahan hanya untuk kemudahan mereka sebaliknya ia hanya dilakukan atas alasan yang betul, sekiranya benar-benar perlu dan membabitkan nyawa kedua-duanya,” katanya.


Ramai juga ibu bapa semakin berminat mengambil tahu mengenai risiko alahan dan semakin ramai ibu yang bermotivasi untuk memberi anak mereka susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama.


Ibu bapa juga perlu sedar mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengelak anak mereka terdedah kepada alahan dengan memulakan pendidikan awal dan mencari sebanyak mungkin maklumat bagi mendidik diri sendiri.


Menurutnya, di New York, Amerika Syarikat, terdapat kajian yang menggunakan perubatan tradisional Cina dalam mencari penyelesaian kepada masalah alahan walaupun ketika ini tiada ubat yang dapat mengelak atau menyembuhkan alahan.


Oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawat selain penyediaan rawatan lebih baik dan sempurna serta bertemu dengan pakar perubatan terlatih bagi mendapatkan rawatan kerana alahan juga dikategorikan sebagai penyakit kronik.


“Ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal jika diuruskan dengan baik dan dijaga daripada terdedah kepada faktor yang mencetuskan alahan.

Ibu bapa yang mempunyai masalah asma, ekzema dan demam alergi perlu merawat penyakit mereka dengan berkesan,” katanya.

Dr Heine berkata, penggunaan probiotik iaitu bakteria baik juga didapati dapat merangsang sistem imun tubuh seterusnya mampu mengurangkan masalah kulit seperti ekzema pada kanak-kanak.


Beliau menyarankan wanita mengandung mengambil langkah mengurangkan risiko anak mereka terkena alahan iaitu dengan mengambil probiotik sepanjang kehamilan, suplemen minyak ikan dan menghindar daripada merokok.


Selepas melahirkan pula, katanya wanita disaran untuk memberikan susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama, tidak memberikan anak makanan yang berisiko tinggi dan mampu mencetuskan alahan serta memperkenalkan makanan tambahan daripada semua kumpulan makanan secara sedikit dan perlahan-lahan.

Sumber - Metro 

Borang BR1M 2.0 mula diedar bulan ini: Donald Lim

KUALA LUMPUR: Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar di peringkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut. - Bernama

Sumber - Metro 

HOT...!!! Gadis 15 tahun diajak ponteng kwn baik, tapi dirogol BF kwn baiknya lg menggalakkan pula

KUALA LUMPUR: Termakan pujukan rakan ponteng sekolah, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung dua hari dan dirogol dalam kedai mencuci kereta di Sungai Pelong, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi, 24 September lalu, mangsa yang berjalan ke ke sekolahnya di Kundang dikatakan dipujuk rakan sebaya dengannya ponteng sekolah pada hari berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dibawa ke kedai mencuci kereta sebelum dirogol dan dikurung di kawasan berkenaan hampir dua hari.

“Mangsa meloloskan diri dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong, di sini, jam 8 pagi (kelmarin),” kata sumber itu kepada Harian Metro semalam.


Menurutnya, di dalam aduannya mangsa mendakwa dia dibawa ke sebuah kedai mencuci kereta dengan motosikal dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya berusia awal 20-an.

 

Sumber - Metro

HOT....!!! Black Mengaku Bercuti Dengan Kekasih & Nafi Bersekedudukan


Cerita utama yang disampaikan Zubir di Berita Harian adalah gossip yang mengatakan Black pergi bercuti ke sebuah pulau berduaan dengan kekasih beliau & ianya hampir benar.
Black mengakui yang beliau memang ada bercuti bersama kekasih tetapi bukan berduaan seperti yang didakwa tetapi di’temani oleh tiga orang rakan mereka sekali ketika itu.
“Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu,” ujar Black.
“Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu & agama Islam saya. saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan,” tambahnya lagi.


 Sumber - Berita Harian / Rotikaya