Wednesday, 3 October 2012

Sesi pemilihan pemain bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 6, 7 Oktober

SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi mewakili pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan musim 2013 di sini pada Sabtu dan Ahad ini.
Setiausaha Eksekutif PBNS Faizal Zainal berkata sesi pemilihan itu akan dijalankan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini mulai pukul 8 pagi hingga 7 petang.
"Sesi pemilihan ini dijalankan bagi memilih pemain-pemain yang berusia 21 tahun ke bawah yang lahir pada 1992 hingga 1994," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat PBNS atau melalui talian 06-7628494, katanya.- Bernama

Sumber - Sinar

Keluarga jadi keutamaan Nicky


Nicky Astria

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Mengapa, Nicky Astria akhirnya kembali mengubati kerinduan peminatnya apabila tampil dengan album baru, Retrospective.

Menyentuh mengenai keputusannya untuk kembali dalam bidang nyanyian, Nicky berkata, ia dibuat selepas mendapat restu dari keluarga terutamanya suami.


"Ramai yang berjumpa saya, mengakui rindu dengan nyanyian saya. Selepas berfikir semasak-masaknya dan mendapat restu keluarga dan suami, saya akhirnya membuat keputusan untuk kembali," katanya yang ditemui semasa pelancaran albumnya itu, kelmarin.


Nicky berkata, walaupun kembali aktif selepas ini, dia tetap mengutamakan keluarga kerana dia mahu hubungan kekeluargaannya sentiasa utuh.


"Bagi saya, tanpa keluarga, hidup saya tidak lengkap. Memang sejak dahulu lagi, saya mengimpikan mempunyai suami dan anak-anak yang baik.


"Bila saya sudah memilikinya, saya sangat menghargai anugerah Allah SWT kepada saya," katanya.

Sumber - Sinar 

Marshanda tetap aktif walaupun hamil


Marshanda

MESKIPUN kandungannya sudah mencecah lima bulan, ia sedikit pun tidak menjadi penghalang buat Marshanda melakukan pelbagai aktiviti hariannya.

Biarpun sudah memperlahankan aktiviti seni, Marshanda tetap sibuk dengan jadual kuliahnya dan hampir setiap hari perlu hadir ke kelas.


Suaminya, Ben Kasyafani, mengakui agak bimbang melihat isterinya yang mesra dipanggil Caca sentiasa aktif walaupun perut semakin membesar.


"Jika tiada penggambaran, dia sibuk pula dengan penggajiannya. Bila terlalu aktif, saya jadi bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.


Tidak mahu menjadi penghalang, Ben bagaimanapun sering mengingatkan isterinya untuk menjaga diri.


"Ada kalanya, dia akan sibuk dengan tugasan sehingga berjam lamanya di depan komputer dan saya akan memastikan dia akan tidur bila tiba masanya," katanya sambil ketawa.


Sumber - Sinar 

HOT..!! Tinggal di rumah orang tua kerana anak


rumah orang tua

MARANG - Ditakdirkan hidup tanpa kasih sayang anak bukan perkara mudah diterima oleh mana-mana insan apatah lagi pada saat usia semakin lanjut.

Sesekali, hati dibaluti perasaan sayu apabila melihat rakan sebaya begitu gembira mempunyai anak yang dapat memberikan perhatian dan kasih sayang serta dapat berteduh di bawah satu bumbung bersama zuriat dikasihi.


“Pak cik rindukan pelukan anak walaupun hanya mempunyai seorang anak, namun pak cik kecewa kerana dia tidak mahu berhenti menagih dadah lalu pak cik mengambil keputusan tinggal di sini,” kata Mohamad, penghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia, di sini.


Warga emas itu berkata demikian ketika menerima lawatan sekumpulan 60 pelajar sekolah agama terpilih seluruh negara menyertai Program Nadwah Kepimpinan Islam di Terengganu.


Mohamad yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia mula menghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia itu sejak Ogos tahun lalu selepas tidak tahan dengan sikap anaknya seorang penagih tegar dan enggan berhenti menagih dadah.
Menurutnya, dia juga kesal terpaksa menyerahkan harta untuk memenuhi kehendak nak yang juga sudah berkeluarga serta mempunyai anak.
“Kerana tidak tahan dan kecewa dengan perangai (anak), pak cik mengambil keputusan mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghuni rumah orang tua ini dengan rela hati,” katanya.

Sumber - Sinar

Ashanty kuat cemburu?


Ashanty dan Anang

BIARPUN telah berkahwin, Ashanty tetap menjaga bentuk badannya. Isteri kepada komposer dan penyanyi, Anang Hermansyah ini akan meluangkan masa untuk ke gimnasium hampir setiap minggu.

Bagaimanapun, dia tidak gemar ke gimnasium ditemani suaminya dan turut menghalang Anang ke sana kerana cemburu.


"Benar saya melarangnya untuk turut serta. Saya bimbang dia akan tertarik dengan wanita di sana yang kebanyakannya hanya memakai pakaian sukan yang seksi.


"Saya cemburu sekiranya dia akan memerhatikan wanita di sana daripada bersukan bersama-sama," ujarnya sambil ketawa.


Menyentuh soal cahaya mata, Ashanty berkata mereka sememangnya berharap untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin, namun masih belum ada rezeki.


Sumber - Sinar 

Budak mati tercekik anggur


Budak mati tercekik anggur

IPOH - Seorang kanak-kanak warga Bangladesh berusia dua tahun maut dipercayai tercekik buah anggur.

Kejadian berlaku ketika ibunya sedang sibuk mengupas kulit buah itu di rumah mereka di Kondominium Raya Ria, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, kira-kiran jam 10 malam kelmarin.


Mangsa Taheem Shahriar, 2, dipercayai berada berhampiran ibunya ketika itu.


Tanpa disedari ibunya, kanak-kanak terbabit mengambil sebiji anggur dan memasukkan ke dalam mulut sehingga menyebabkan dia tercekik.


Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan selepas kanak-kanak tersebut meninggal dunia.


Katanya, bapa kanak-kanak malang itu bekerja sebagai Pensyarah Perubatan di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini manakala ibunya adalah surirumah.


“Saya difahamkan Taheem mempunyai masalah tonsil dan lehernya sedikit membengkak menyebabkan buah anggur sebesar guli itu tersekat di kerongkongnya,” katanya.


Dia ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.


Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak itu turut cuba menyelamatkan nyawa anak tunggal mereka namun usaha mereka gagal.


“Mereka terus membawa Taheem ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.


"Kemudian disahkan meninggal dunia setibanya di hospital malam semalam (kelmarin),” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan ada menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak terbabit.


Katanya, siasatan awal mendapati kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa.


“Mangsa yang dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun disahkan meninggal pada jam 10.25 malam semalam (kelmarin) dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat,” katanya.


Jenazah mangsa dijangka dibawa pulang ke Bangladesh untuk dikebumikan.


Sumber - Sinar 

Kerajaan Akan Keluarkan Garis Panduan “Komuniti Berpengawal”


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengumumkan tidak lama lagi garis panduan tentang kawasan perumahan jenis “komuniti berpengawal” berikutan kemunculan semakin banyak konsep perumahan seperti itu kebelakangan ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata oleh kerana belum terdapat garis panduan khusus mengenainya, maka kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mewujudkan undang-undang kecil masing-masing yang tidak seragam.
“Kebanyakan komuniti berpengawal ini diwujudkan oleh kumpulan pemilik rumah atas daya usaha sendiri. Oleh kerana timbul beberapa isu berkaitan undang-undang, maka kami perlu mewujudkan garis panduan mengenainya,” kata beliau kepada Bernama Khamis.
Komuniti berpengawal bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia muncul apabila sekumpulan penduduk menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan memagar kawasan taman mereka bagi tujuan mencegah jenayah.
Tetapi, ada persatuan penduduk yang menggunakan undang-undang sendiri untuk memagar kawasan tertentu dan menutup jalan dengan sesuka hati dan dalam sesetengah kes, tanpa berbincang dengan penduduk lain di kawasan mereka.
Walaupun langkah itu dikatakan mampu mengurangkan kegiatan jenayah, namun ia menimbulkan beberapa isu undang-undang serta melanggar Akta Jalan Raya, Perparitan dan Bangunan 1974.
Akta berkenaan menyebut bahawa tiada mana-mana jalan awam boleh dihalang. Peraturan serupa terpakai mengikut Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Undang-undang juga menyebut bahawa adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang cuba menghalang atau mengawal kawasan awam atau menutup, menghalang dan menyekat penggunaan jalan, parit atau ruang awam, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa berkenaan.
Perbuatan memagar taman perumahan dengan sesuka hati adalah bercanggah dengan Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Awam dan Bangunan 1974, Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965.
Di samping itu, sekiranya pos pengawal didirikan di atas tanah awam atau di bahu jalan, ia melanggar peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.
Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Jalan dan Bangunan juga melarang seseorang daripada membina, mendirikan, menyenggara atau mengeluarkan permit bagi menyenggara sebarang tembok atau pagar di tempat awam. Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menutup atau menghalang sebarang longkang terbuka atau saluran air di tepi jalan, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Bagaiamanapun, kata Kong berdasarkan beberapa isu keselamatan yang disuarakan oleh penduduk, sesetengah kerajaan negeri, termasuk Selangor, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri, telah menggubal satu set garis panduan dikenali sebagai Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal.
“Tiada masalah bagi pengawal keselamatan swasta membuat rondaan di jalan awam di kawasan perumahan jika ia diatur oleh persatuan penduduk, tetapi ia perlu dibincang dengan pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu,” katanya.
Kong berkata antara garis panduan yang dikelurkan kerajaan tempatan bagi komuniti berpengawal adalah yang mempunyai kaitan dengan pembinan pondok pengawal dan penggunaan khidmat syarikat kawalan keselamatan dengan persetujuan penduduk kawasan terbabit.
Contohnya, ada pihak berkuasa membenarkan pondok pengawal dibina sekiranya permohonan mengenainya dibuat melalui persatuan penduduk dan dipersetujui sekurang-kurngnya oleh 85 peratus penduduk di sesuatu kawasan.
Ia juga boleh diadakan dengan syarat persatuan penduduk perlu memastikan pondok pengawal yang didirikan itu tidak mempunyai penghadang dan lokasinya tidak menghalang lalu lintas.
Bagaimanapun, kata Kong, ada juga pihak berkuasa tempatan yang membenarkan penghadang dibina, asalkan ia mendapat sokongan kuat penduduk setempat dan tidak menghalang lalu lintas.
“Bagi komunitu berpintu pagar, tidak banyak isu yang timbul kerana ia mempunyai badan pengurusan sah yang ditubuhkan berdasarkan hak milik strata dan kebanyakan pangsapuri dan kondominium tergolong dalam komuniti ini.
“Tapi, bagi komuniti berpengawal, ia berbeza kerana ia tidak boleh digolongkan sebagai komuniti berpintu pagar,” katanya.
– BERNAMA

Cara Didik Anak Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Petua Imam Syafie

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan

Daripada Qatadah, beliau berka
ta bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.


Dipetik daripada buku Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari. (Solusi 40: Misteri Poligami)

Doa supaya mendapat anak soleh

Doa supaya mendapat anak soleh

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
 

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (As-Safaat: 100)

Mahram bagi Perempuan

Photo: ‎Sekadar perkongsian...‎

Grafik - Perjalanan Haji Rasulillah S.A.W

 

Doa khusus Nabi SAW kepada Anas B Malik: (Doa murah rezeki)

Doa khusus Nabi SAW kepada Anas B Malik: (Doa murah rezeki)

"Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a'toitahu, wa ahsin a'malahu, warghfirlahu."


Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya da
n anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW


Ayuh amalkan doa sebelum memberi salam dalam solat

Ayuh amalkan doa sebelum memberi salam dalam solat
Daripada Saidina Ali RA, katanya : Rasulullah SAWAS, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :


اَللََّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ


Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”. (Riwayat Muslim).


Sumber - Ustaz Zahazan Mohamed

Live streaming from Holy Kaba Makkah Saudi Arabia 24 hours a day non stop coverage

Rindukan Haramain? Rupa2nya kita boleh tengok manusia2 dipilih Allah sedang mengerjakan ibadah mulia ini secara live 24 jam tanpa henti. Harap ia akan lebih memotivasikan kita. Kepada yang belum pergi, tanamkan tekad dan tingkatkan usaha. InsyaAllah kita juga akan turut dijemput Allah menjadi tetamunya. Paling penting, banyakkan berdoa, solat hajat dan ikhlas dalam perbuatan. InsyaAllah

ps: Waktu di mekah tolak 5 jam dari waktu sahabat semua di Malaysia...
 
Sila Klik Sini untuk live video

Amanda Imani Terkejut Tatu Sementara Diperbesarkan

Amanda Imani Terkejut Tatu Sementara Diperbesarkan

Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 1 OKT 2012: Penyanyi, Amanda Imani tidak menjangka bahawa tatu sementara yang dipakai secara suka-suka ketika menghadiri acara pembukaan butik H&M pada minggu lalu akan diperbesarkan oleh sebuah akhbar tabloid mingguan semalam.
"Saya terkejut apabila ada seorang fans (peminat) menghantarkan keratan berita akhbar mengenai isu tatu tersebut ke akaun Twitter saya. Saya sendiri tidak sedar berita itu telah pun disiarkan semalam.
"Terus-terang saya berasa amat lucu kerana tidak sangka isu tatu sementara itu akan diperbesarkan. Sepatutnya, mereka bertanyakan kepada saya dahulu sebelum menulisnya," katanya yang dihubungi murai.com.my.
Dalam akhbar tabloid itu isu tatu Amanda Imani diulas dalam sebuah artikel bertajuk Tatu Kaki Amanda . Namun artikel tersebut dipercayai ditulis dalam ruangan gosip.
Mengulas lanjut mengenai tatu sementara itu, Amanda memberitahu, ia sebenarnya merupakan pelekat tatu sementara yang dihadiakan oleh seorang rakannya yang baru pulang dari Amerika Syarikat sebagai buah tangan.
"Saya terima kerana ianya hanya sekeping pelekat tatu yang mempunyai pelbagai bentuk tatu yang menarik.
"Tatu yang saya gunakan itu berbentuk bulu Red Indian. Ianya tidak tahan lama dan saya hanya mampu gunakan untuk dua hari sahaja kerana selepas itu tatu itu akan hilang dengan sendirinyaselepas beberapa kali mandi dan dibasuh," jelasnya lagi.
Jelas Amanda lagi, dia bagaimanapun tidak mahu ambil hati terhadap sesiapa pun yang telah tersalah anggap mengenai tatu sementara itu. Begitupun, dia mengakui masih tahu menjaga batas-batas sebagai seorang Islam dan tidak akan melakukan perkara terlarang seperti itu.
"Saya tidak ambil hati pun kalau mereka fikir itu betul. Saya tahu apa yang mereka lihat itu adalah first impression mereka terhadap saya. Saya tidak salahkan mereka. Namun mereka perlu tahu bahawa saya tahu dan sedar batas-batas saya sebagai seoranG islam dan tidak akan berbuat demikian (melakukan tatu kekal )," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru Amanda, dia yang sudah pun keluar dengan single terbaru berjudul Fobia Cinta akan bersiap- sedia untuk menjayakan penggambaran muzik video single berkenaan pada 4 Oktober ini.

Sumber - Murai

Azza Elite Percaya Ada Hikmah Di Sebalik Kegugurannya

  Azza Elite Percaya Ada Hikmah Di Sebalik Kegugurannya

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 2 OKT 2012: Pada awal waktu keguguran, penyanyi dan pelakon Azza Elite dikhabarkan cuba untuk menjauhkan diri daripada bertemu masyarakat kerana terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku pada kehamilannya yang pertama itu.
Namun setelah lebih tiga minggu, Azza atau Nor Azzarima Zawari dilihat begitu positif sekali . Malah, melalui perbualan di telefon dengan wartawan murai.com.my, dia lebih banyak berbicara mengenai hikmah di sebalik semua ketentuan takdir Ilahi ini.
"Alhamdulillah, fizikal, mental dan jiwa saya semakin pulih. Semua ini atas sokongan daripada orang disekeliling saya. Memang betul mulanya dulu rasa macam berat nak berdepan dengan masyarakat dan bercerita mengenai hal ini.
"Tetapi ketika itu saya mungkin lupa bahawa peminat dan masyarakat sedikit sebanyak sentiasa mendoakan kesejahteraan diri saya. Jadi perkara-perkara ini sering saya jadikan iktibar. Ini adalah pertama kali saya hamil dan mengalami keguguran. Kerana tiada pengalaman, saya seperti hilang arah.
"Mujurlah keluarga, rakan artis dan suami terutamanya memberikan sokongan yang begitu kuat. Rakan artis seperti Ayu Raudhah dan anggota Elite yang lain juga tidak kurang berkongsi pengalaman mereka dan membuatkan saya faham dan mengerti bahawa bukan saya seorang yang ditimpa dengan dugaan sebegini,"ujarnya dengan nada yang tenang.
Hubungannya bersama suami, keluarga dan rakan tambah erat setelah masing-masing memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu Azza mendapatkan kembali keyakinan diri bagi menghadapi dugaan ini. Bagi Azza, dia sudah dapat menerima sepenuhnya dugaan dan ketentuan Ilahi ini.
"Sebelum ini saya sering tertanya-tanya kenapa saya perlu menerima dugaan seberat ini, apatah lagi setelah lama menanti untuk menimang cahayamata sendiri. Padahal ada individu di luar sana yang sewenang-wenangnya membuang anak yang dilahirkan mereka.
"Walaupun impaknya memang mendalam, tetapi satu perkara yang membuatkan saya terus kuat untuk menghadapi perkara ini adalah kerana Allah itu Maha Mengetahui dia juga Maha Mengasihani. Diharapkan doa saya bersama keluarga dan para peminat di luar sana dimakbulkanNya.
"Jika sudah bersedia dan kembali sihat sepenuhnya, saya dan suami sudah merancang untuk meneruskan impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, InsyaAllah,"ucapnya yang begitu positif serta mengharapkan sokongan dan doa daripada peminat yang selama ini menjadi penguatnya.

Sumber - Murai

Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab, Cuti Bersama?

Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab, Cuti Bersama?

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto ihsan Memey & Norman

KUALA LUMPUR, 3 OKT 2012: Pelakin Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang sebelum ini telah berjaya meleraikan persengketaan mereka pada ramadan lalu kini dilihat semakin akrab dan sering berhubungan di antara satu sama lain.
Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah menghabiskan masa di Genting Highlands pada hujung minggu dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Memey yang kini sarat mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran Kempen Semarak Cinta untuk saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire Place, semalam.
Pasangan ini telah diterbangkan ke Medan, Indonesia untuk berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan disana.
"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijingpula dalam masa terdekat ini.
"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.
"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,"cerita Memey mengenai hubungannya bersama bekas isteri Norman Hakim itu.
Bercerita mengenai kandungan dan persiapan sebelum bersalin, Memey menjelaskan persiapan masih lagi diperingkat awal. Dia juga belum lagi mengidam sebarang menu yang pelik semenjak disahkan mengandung akhir Jun lalu.
"Abang Norman dan saya dah merancang untuk membuat persiapan rapi bila kandungan memasuki usia tujuh bulan. Cuma lokasi untuk bersalin sahaja yang dah dikenalpasti iaitu tempat yang sama ketika Abby bersalin dulu.
"Semua aktiviti seni saya hentikan dahulu untuk berehat. Lagipun saya sering alami contraction dan morning sickness yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi saya memang teruja menunggu kelahiran ini.
"Kalau pasal mengidam buat masa ini belum lagi teringin nak makan yang pelik-pelik. Setakat benda yang ada depan mata sahaja tapi tak tahulah lepas ni,"ujarnya berseloroh ditanya mengenai pengalaman pertama mengandung.
Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey dan Norman yang berkahwin pada 24 September tahun lalu telah menghabiskan ulangtahun pertama perkahwinan mereka di Medan atas tajaan Air Asia untuk program Destinasi Cinta Bersama Air Asia.

Sumber - Murai

PANAS...!!! Anggota Polis Cuba Minta Rasuah - Selebriti Buat Laporan

 
Seorang anggota polis trafik akan menempuhi episod malang dalam hidupnya apabila cuba meminta rasuah atau sogokan dari seorang selebriti iaitu pelakon dan DJ radio Tyzo ataupun namanya penuhnya Tuah Zoqarnain Idris.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain. 
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan,"
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” 
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM. -mStar-

Wanita yang bergelar Isteri

http://i.imgur.com/eXcZm.jpg

“Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang)
Dan isterinya juga memadang suaminya (dengan rasa kasih sayang),
Maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang.
Dan Apabila suami memegang tapak tangan isterinya,
maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari merka.”
-Hadis Dari Abu Sa’id

Pose Bibir Seksi Tiz Zaqyah Dan Izara Aisyah


Nampaknya Kilafairy sudah ada pesaing. Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah, pelakon drama Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 telah ditampilkan di Facebook Tiz dalam gambar posing menjuihkan bibir seperti yang selalu di buat oleh Kilafairy.
Dah jadi macam Angelina Jolie lah pulak. Kami ingat selama ni Kila saja yang boleh berjaya buat pose seperti ini, rupanya Tiz dan Izara pun tak kurang meletupnya.
Ramai peminat yang sukakan Remy Ishak bersama Tiz Zaqyah, dan memberi gelaran RITZ sebagai rujukan kepada hubungan mereka berdua yang mula terkenal melalui drama Nur Kasih. Remy dan Tiz bagaimanapun masih belum memberi kenyataan yang pasti tentang perhubungan mereka.
Tiz memberitahu melalui Facebook yang drama Nur Kasih juga telah ditayangkan di Indonesia sebanyak dua kali kerana sambutan hebat. Akhirnya dapat juga produk kita bersaing dengan sinetron di sana!
sumber

Penyanyi Rap Wanita Perancis Peluk Islam

http://i.imgur.com/FKWtM.jpg 

Paris- Seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.
Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.
Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.
Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.
Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.
“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.
“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.
Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.
Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.
Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.
“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.
“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.
Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.
Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.

HOT..!!! Ayu Raudhah Diuji Ingin Buka Tudung


Ayu Raudhah mulai selesa dengan imejnya bertudung.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.
“Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.
“Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah,” katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.
“Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
“Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
“Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah ‘bad hair day’ seperti yang dilalui sebelum bertudung,” selorohnya.

PANAS..!!! Video Izara Aisyah Separuh Bogel Menari Tanggo

cell

Video bertajuk Cell Block tango Girls menampilkan Izara Aisyah berpakai sangat seksi menari tango, ramai yang tidak tahu bahawa Video Izara Aishah menari tango seksi ni adalah ketika dia membuat persembahan tarian Tango ketika dia masih belajar di Sunway University. Video ini dimuat-naik pada 14 Mac 2011 dan sudah lebih satu tahun video ini di laman Youtube.
Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Izara Aisyah Heroin drama “Vanilla Coklat” ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang agak seksi  dengan tarian yang dipersembahkan agak mengghairahkan.
Untuk melihat video, sila ke klik disini