Ayu Raudhah mulai selesa dengan imejnya bertudung.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji
apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat
ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas
memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah
kerana mengikut tuntutan Allah.
“Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana
kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah
terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana
tampil dengan pelbagai gaya rambut.
“Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya
dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya
rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya
perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah,”
katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu
cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur
kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui
rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus
ditempuhinya.
“Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami
perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita
untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
“Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
“Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah
‘bad hair day’ seperti yang dilalui sebelum bertudung,” selorohnya.
No comments:
Post a Comment