Wednesday, 19 September 2012

Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU?

edry KRU
Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU? | KL, 18 SEPT 2012: Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculnya sesebuah kumpulan vokal atau muzik baru, sudah pasti ahli kumpulan yang memiliki wajah yang tampan atau jelita lebih mendapat perhatian daripada peminat.

Malah, media pun terutama sekali majalah lebih gemar menggunakan mereka ini sebagai penghias kulit hadapan. Kalau Murai Batu nak beri contoh, mungking terlalu ramai rasanya. Jadi, tidak hairanlah ketika di awal kemunculan kumpulan trio adik-beradik, KRU yang dibarisi Norman, Yusry dan Edry, nama Yusry lebih menjadi perhatian peminat. Betul tak dik non dik non? Namun, selain Yusry, Edry juga boleh dikatakan berjaya menyaingi ketampanan wajah abangnya si Yusry itu. Pun begitu, Murai Batu terkejut apabila diberitahu tentang kisah terbaru tentang Edry tatkala dia pulang dari rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu. Menurut teman Murai Batu itu, dia amat terkejut apabila melihat wajah Edry yang boleh dianggap berlainan. Dengarnya, wajah Edry tidak lagi seperti dahulu yang mana perbezaannya jelas ketara dapat dilihat di bahagian hidung Edry. Hah, biar betul?
Ditanya apa sudah terjadi, teman Murai Batu itu tidak tahu apa yang berlaku. Namun, ada desas-desus mengatakan Edry telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan nampak lebih muda. Apa? Takkanlah Edry dah buat hidung kot? Pun begitu, ada juga sumber mengatakan wajah Edry kelihatan berbeza dek kerana dia kini sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Sebab itulah, wajahnya berubah dan sudah jadi lain. Selepas dengar cerita ini, Murai Batu membanding wajah Edry yang dulu dan sekarang. Ternyata, amat berbeza. Apa kes pun, Murai Batu nak tahu jugalah jawapan dari Edry sendiri. Benarkah wajahnya sudah berubah terutama sekali di bahagian hidung.
Sumber : Murai.com

Enam iklan ubat palsu disiasat di Pulau Pinang

GEORGETOWN 19 Sept. (Bernama) - Cawangan Penguatkuasa Farmasi Pulau Pinang sedang menyiasat enam kes iklan ubat yang memaparkan maklumat kurang tepat serta mengelirukan di negeri itu setakat Ogos lepas.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kuatkuasa) Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri Nor Aniza Ahmad berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak sembilan kes dilapor dan tujuh dibawa ke mahkamah.
“Kesalahan yang dilakukan melalui iklan itu adalah melibatkan perkhidmatan.
Perkhidmatan yang mengatakan boleh merawat penyakit yang tidak dibenarkan seperti penyakit jantung, kecacatan buah pinggang.
"Selain itu, iklan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan Lembaga Iklan Ubat. Kesalahan-kesalahan sebegini yang akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog antara Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri dan media, di sini hari ini.
Turut hadir pada sesi dialog itu adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Mohd Yunos Shaari.
Nor Aniza berkata setakat ini tindakan hanya dikenakan kepada tuan punya iklan. - BERNAMA

3 Manfaat Sperma Untuk Wanita


Sperma Sihat

3 MANFAAT SPERMA UNTUK WANITA | Hubungan seks yang baik dan benar sejatinya dilakukan dengan pasangan yang telah menikah secara rasmi menurut hukum atau agama. Seks sebenarnya bukan hanya pelampiasan nafsu semata. Berhubungan seks boleh mendatangkan banyak manfaat kerana sperma yang di semburkan lelaki di dalam organ intim wanita bia menjadi ubat Anti stres yang alami. Tak hanya itu, sperma juga memiliki banyak manfaat lainnya. Diantaranya adalah seperti berikut.
Berikut beberapa manfaat sperma bagi wanita, seperti dilansir zeenews:

1. Mampu meningkatkan suasana hati dan perasaan kasih sayang (hormon kortisol dan oksitosin).
2. Air mani juga mengandung sedikitnya tiga jenis antidepress, salah satunya adalah thyrotropin-releasing hormone.
3. Selain itu, air mani juga mengandung melatonin (meningkatkan kualiti tidur) hingga serotonin (salah satu jenis antidepress neurotransmiter terbaik).
Sumber : borakkosong.com

Video : Lembaga Putih Selamatkan Penunggang Motosikal


Lembaga Selamatkan Motorsikal

VIDEO : LEMBAGA PUTIH SELAMATKAN PENUNGGANG MOTORSIKAL | Memang jelas penampakan lembaga putih tersebut muncul.Di China, seorang lelaki membawa motorsikal diselamatkan oleh lembaga putih yang dikatakan hampir dilanggar oleh trak lori yang laju dipersimpangan.Dan video ini direkod oleh cctv jalan dan didapati ada lembaga putih yang cuba menyelamatkan lelaki tersebut dari kemalangan itu.Jom kita saksikan video ini..


Gambar Comel Bayi Angkat Kedua Misha Omar

GAMBAR COMEL BAYI ANGKAT KEDUA MISHA OMAR | WAHH…Comelnya anak penyanyi dan juga pelakon tanah air, Misha Omar baru sahaja mengambil anak angkat terbaru. Kini, Misha Omar sudah mempunyai dua orang anak angkat. Jom sama-sama kita tengok gambar anak misha omar nie =)

Gambar Anak Misha Omar

Gambar Misha Omar Dan anak angkat
Sumber : myartis.com

Today's Game Promo...

 
UEFA Champions League: Manchester United v Galatasaray: Thursday, 245am [Malaysia Time], Live On Astro 811. 

Tournament Promo - 2012

 

Meh join....

Hamil 5 bulan, Ning Baizura bakal bergelar ibu

 


 KUALA LUMPUR 19 Sept. - Penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura Hamzah, 37, bakal menimang cahaya mata pertamanya, awal tahun depan.
Beliau yang kini hamil lima bulan membuat pengumuman itu pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
Menurut Ning, beliau bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan selain teruja dengan pengalaman pertama kehamilan.
"Saya dan suami, Omar Sharif gembira dengan kehamilan sulung saya ini. Alhamdulillah saya tidak mengidam apa-apa seperti ibu-ibu mengandung lain," katanya.
Kata Ning, walaupun berbadan dua, beliau masih menerima undangan persembahan sehingga 20 Disember sebelum membuat persiapan bersalin. - UTUSAN ONLINE

Gambar Gadis 31 Tahun Yang Seolah – olah Kelihatan Baru 14 Tahun

GAMBAR GADIS 31 TAHUN YANG SEOLAH – OLAH KELIHATAN BARU 14 TAHUN | Inilah gadis comel dan cantik dari Hunan, China yang kelihatan seperti budak kecil berusia 14 tahun. Xia Da, nama sebenar gadis comel ini sudah berumur 30 tahun. Beliau dilahirkan pada 4 April 1981  dan merupakan seorang pelukis kartun yang terkenal.

gadis 31 tahun seperti 14 tahun

ZALIM : Inilah Suspek Berumur 21 Tahun Kes Campak Bayi Dari Tingkat 3

Suspek Pembunuhan Kejam


PETALING JAYA  – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu. Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya. “Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya. Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Nicol ditauliahkan Mejar Kehormat TUDM



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Ratu skuasy , Datuk Nicol Ann David hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan di sini.
Menurut Rodzali, pemilihan Nicol sebagai menghargai semangat juang anak Pulau Pinang itu sehingga muncul pemain nombor satu dunia dan ia perlu dicontohi oleh semua warga TUDM dalam melaksanakan tugas masing-masing
Sementara itu, Nicol melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan dan tidak sabar untuk mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan. - UTUSAN ONLINE

Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air

 Apalah nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni. Satu persatu kerja-kerja mungkar dilakukan...
 

Gadis dirogol dalam bilik air, mangsa lelaki kemaruk seksKUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.


Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.


Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian .

MAM tolak garis panduan kenal pasti gay dan lesbian di sekolah

KUALA LUMPUR - Majlis Aids Malaysia (MAM) menolak langkah memperkenalkan garis panduan bagi membantu ibu bapa dan guru mengenal pasti simptom gay dan lesbian dalam kalangan pelajar sekolah.

Presidennya Datuk Dr Raj Karim berkata, perbuatan mengenal pasti seseorang berdasarkan kecenderungan seksualnya merupakan asas kepada diskriminasi.

"Kita semua tahu impak negatif amalan sedemikian ke atas kehidupan golongan minoriti ini terutama mereka yang hidup di luar pinggir masyarakat. Langkah ini akan terus mendorong mereka untuk bersembunyi dan memaksa mereka hidup dengan rasa takut akan dikenal pasti," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas garis panduan mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang dikeluarkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata garis panduan yang tidak berasas itu hanya akan mewujudkan sikap tidak bertoleransi dalam kalangan murid sekolah dan mereka yang menampilkan 'simptom' akan didiskriminasi, diejek dan dibuli rakan sebaya.

"Kita tidak boleh benarkan perbuatan mengecap orang lain ini meresap dalam sistem pendidikan kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semua kanak-kanak diberi peluang membesar dalam suasana selamat," katanya.- Bernama

Hodak: Letih punca utama Kelantan kalah kepada Arbil

Bojan Hodak
KUALA LUMPUR - Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpendapat keletihan merupakan punca pasukannya dibelasah 1-5 oleh juara liga Iraq, Arbil dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, malam tadi.
Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Baharu, pasukan pantai timur itu berhempas pulas dalam perlawanan itu di Stadium Francouse Al Hareeri.
Halkard Mulla Mohammed membuka jaringan pada minit ke-38 dari kawasan penalti sebelum ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan pada minit ke-41, kata AFC seperti yang dipetik daripada laman web mereka; www.the-afc.com.
Amjed Radhi menambah jaringan Arbil dengan satu lagi tendangan penalti pada minit ke-51 sebelum Luay Salah menjaringkan gol pada minit ke-66 dan diperkukuhkan dengan dua jaringan oleh pemain gantian Salih Sadeer pada minit ke-72 dan sebelum tiupan wisel penamat permainan memastikan pasukan Iraq melangkah keluar padang dengan kemenangan meyakinkan.
"Secara jujur, kami tidak layak menerima kekalahan teruk ini dan kami mungkin dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi kami gagal merebut peluang yang ada," kata Hodak.
"Semua pemain keletihan dan terjejas dengan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih daripada 30 jam. Kami juga kehilangan lima pemain utama yang tidak datang bersama kami ke Arbil atas pelbagai sebab," katanya.
Walaupun keputusannya mungkin sudah berlalu bagi juara liga Super itu, jurulatih dari Croatia itu masih tidak berputus asa.
"Kita akan mndapatkan kembali beberapa pemain dalam pusingan kedua dan diharapkan kami akan mendapat keputusan yang baik," katanya.
"Dalam bola sepak tidak ada yang mustahil dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam pusingan kedua minggu depan. Kami berharap dapat mengalahkan Arbil walaupun saya percaya mereka adalah favourite untuk memenangi kejuaraan tahun ini," katanya.
Kelantan akan bertemu kelab Iraq itu bagi perlawanan pusingan kedua yang dijadual pada 25 September di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada Chonburi FC dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria dalam pertemuan separuh akhir yang dijadual pada 2 dan 23 Okt. - Bernama

Terengganu hilang beberapa pemain taraf bintang

Terengganu
KUALA TERENGGANU – Nasib Terengganu selaku 'gergasi' bola sepak Pantai Timur itu kian suram kerana bakal kehilangan beberapa pemain bertaraf bintang yang sebelum ini banyak membantu menaikkan nama skuad Penyu.

Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pagi tadi memutuskan untuk menamatkan kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva manakala Joseph Kalang Tie pula akan kembali ke negeri asalnya, Sarawak.

Sementara itu, Marzuki Sulong pula dilantik sebagai Pengurus PBSNT, yang sebelum ini disandang oleh Datuk Che Mat Jusoh. Che Mat juga kekal sebagai presiden.

Selain tiga pemain terbabit, beberapa pemain lain dikhabarkan turut berhijrah ke pasukan lain, antaranya Shukor Jusoh dan Hariri Mohd Safee.
 Sumber dari Sinar Harian

Filem Innocence of Muslim - Saya tidak pernah buat statement (UAI)

Ustaz Azhar Idrus : Saya tidak pernah buat statement spt yg tertulis dibawah ini. Sudah banyak tersiar di fb.. harap maklum

"...Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah...."

Sharbinee Tidak Jual Perlawanan


Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie, dibebaskan daripada tuduhan menjual perlawanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM negeri, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatannya ditutup apabila mendapati tiada sebarang bukti atau dokumen yang menunjukkan wujud unsur rasuah dalam perlawanan Piala Malaysia, baru-baru ini.

"Sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan."

"Ujian poligraf yang dijalankan SPRM juga menunjukkan Tiada Tindakbalas Signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa malah ketika rakaman ujian dijalankan, keputusan diperoleh adalah dia bercakap benar kepada soalan dikemukakan," katanya.

Md Yusoff menambah, siasatan terhadap kes itu dibuat mengikut bidang kuasa diperuntukkan Akta SPRM 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas, telus dan profesional.