Wednesday, 26 September 2012

Warga emas dipenjara, terima 'duit lendir' hasil pelacuran

 Chee Keng dibawa ke Mahkamah Sesyen, semalam.
 
AYER KEROH - Akibat menerima 'duit lendir' hasil pelacuran, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Chee Keng, 58, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari ditetapkan perbicaraan.


Berdasarkan pertuduhan, Chee Keng, didapati menerima wang hasil persundalan seorang warganegara Vietnam dan dua warganegara China berjumlah RM470 di kaunter spa sebuah hotel di Jalan Bendahara, kira-kira jam 12.10 tengah malam pada 14 Mac 2012.


Dia didakwa mengikut Seksyen 372(A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.


Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mempunyai isteri dan empat anak.


“Saya juga menghidap sakit jantung dan darah tinggi. Saya tidak dapat kerja lain dan sebab itu (saya) buat kerja ini,” katanya.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed Na’aim memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang menggalakkan aktiviti pelacuran di negara ini.


“Selain boleh memberi imej buruk kepada negara, ia juga merosakkan sosial terutama remaja,” katanya.


Ahmad Sazali kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bermula kelmarin (semalam) dan denda RM6,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.


Beliau turut mengarahkan barang kes iaitu kondom dilupuskan dan wang RM470 dirampas serta diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara.


Sumber : Sinar Harian 

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina NabiAkhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu. Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".

Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam". Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.

Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu. Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu. Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.
Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa. Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.

Sumber - Sinar Harian

Izreen isi kekosongan hati Riza


Izreen isi kekosongan hati Riza

SELAMAT sudah pasangan ini daripada kontroversi yang melanda mereka. Selesai majlis akad nikah pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam, 28, sudah boleh menarik nafas lega kerana sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin, 29.

Dengan dua kali lafaz, majlis akad nikah yang diadakan di Darulaman Golf and Country Club, disaksikan oleh kaum keluarga dan sanak saudara terdekat berlangsung dengan lancar dan meriah.


Izreen yang dinikahkan sendiri oleh ayahnya Mohd. Aznam Mohd. Nor dan menerima mas kahwin RM999 berserta wang hantaran sebanyak RM 19,001 daripada Riza. Tiada makna tersirat atas angka tersebut sekadar nombor kegemarannya Riza yang kemudian dijadikan sebagai wang hantaran.


Memilih 30 Ogos yang juga tarikh lahir Izreen, ujar pelakon yang dikenali sebagai Cikgu Zakiah drama Juvana, ia sekali gus memudahkannya untuk mengingati tarikh istimewa itu.

 “Tarikh ini dipilih kerana ia memudahkan saya mengingatinya. Selain itu majlis ini juga diadakan pada 30 Ogos kerana keesokannya pula adalah hari kemerdekaan negara jadi lebih memudahkan urusan majlis hendak dilangsungkan. Mengambil kesempatan cuti umum memudahkan rakan taulan dan sanak saudara berkumpul pada majlis yang sangat bererti buat saya ini,” jelas Izreen yang cantik ditata rias oleh jurusolek terkenal Deqsha selain anggun dengan busana Islamik Arab rekaan Shanell Harun pada majlis akad nikahnya.

Pasangan pengantin memilih tema biru laut bertepatan dengan ketenangan yang kedamaian yang diharapkan dalam rumah tangga mereka kelak.


Bermula dengan usikan rakan


Bercerita perkenalannya dengan lelaki yang menjadi pasangan hidupnya kini kata Izreen yang ditemui di dalam majlis resepsi yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar ia bermula ketika masing-masing terlibat dalam satu penggambaran drama. Dari sekadar usikan teman, Riza kemudian serius mendekatinya.  


“Walaupun perkenalan kami boleh dikatakan bermula dengan usikan rakan-rakan di lokasi penggambaran tetapi Riza serius.  Kesungguhannya untuk mendekati saya dengan cara yang betul benar-benar membuka hati dan mata saya untuk terus mengenali Riza.


‘Semua itu berlaku ketika di lokasi penggambaran drama Tentang Dhia. Waktu itu  ada yang berkata muka kami hampir seiras dan ada jodoh, tidak sangka kata-kata itu membawa kami ke jinjang pelamin akhirnya,”ujarnya yang terlebih dahulu mengikat tali pertunangan selama lapan bulan sebelum dinikahkan.


Dalam pada itu kata pelakon yang turut membintangi drama Jangan Ambil Padang Kami ini cara  Riza melamarnya juga cukup menarik hatinya. Ia cukup manis biarpun tanpa luahan kata-kata yang romantis.

 “Dia meletakkan cincin di ‘dashboard’ kereta saya tanpa berkata apa-apa. Saya juga menjawab lamaran itu dengan senyap. Keesokan harinya  ke tempat shooting saya hanya memakai cincin itu di jari sebagai tanda saya menerimanya.

“Kami juga tak mahu membuang masa, setahun perkenalan kami bertunang dan hari ini kami disatukan dengan ikatan yang sah,’ cerita Izreen yang menggayakan rekaan daripada Azura Coutour di majlis resepsinya.  


Tanggungjawab besar menanti


Sementara itu kata Riza pula dia cukup bersyukur kerana perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar dan apa yang pasti katanya tanggungjawab besar menantinya selepas itu setelah bergelar suami.

 “Selesai majlis ini saya berasa sangat lega dan syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis ini berjalan dengan lancarnya. Walaupun sebelum ini ada banyak hal-hal mengenai saya diperkatakan tetapi hari ini saya boleh katakan itu semuanya sudah terpadam.

“Pastinya juga tanggungjawab besar menanti saya sebagai seorang suami dan apa yang mampu saya katakan saya akan lakukan yang terbaik untuk perkahwinan kali ini. Saya mahu menjadi suami yang baik buat Izreen dan saya mengharapkan semua orang mendoakan kebahagiaan buat kami berdua,”ungkapnya tenang.


Berbicara tentang isterinya yang jelita kata lelaki ini kehadiran Izreen cukup membahagiakan dirinya dan banyak mengisi kekosongan hatinya.


* Laporan lanjut termasuk rahsia lokasi bulan madu, dapatkan majalah Mingguan Wanita edisi terbaru di pasaran

Sumber : Sinar Harian

Pelanggan hilang selera nikmati nasi beriani

Keadaan nasi beriani berlauk ayam lama didakwa pengadu.


KLANG - Hasrat seorang pemuda untuk menikmati nasi beriani terbantut gara-gara ayam lama yang memualkan hingga dia hilang selera menjamah hidangan itu di sebuah restoran di sini, beberapa hari lalu.


Pengadu yang hanya ingin dikenali Khairul, 34, berkata, dia ke restoran bersama teman wanitanya menikmati nasi beriani sekitar jam 2 petang.

Menurutnya, dia memesan nasi tersebut bersama ayam manakala teman wanitanya hanya menikmati minuman jus.


“Sebaik menyuap nasi ke mulut, memang terasa nikmatnya dan amat menyelerakan bagaimanapun sebaik mencubit ayam saya rasa sesuatu pelik.


“Pada awalnya saya terus menyuap ke mulut bagaimanapun secara tiba-tiba rasa pelik ayam membuatkan saya terus hendak termuntah,” katanya.


Menurutnya, dia terus mengeluarkan nasi dan ayam dari mulutnya dan mula mengopek isi ayam untuk melihat apa yang terkandung di dalamnya.


“Sebaik dikopek, saya lihat isi ayam berwarna hitam seakan ayam lama manakala baunya memualkan hingga saya mula hilang selera seterusnya saya memaklumkan kepada pelayan restoran.


“Pelayan restoran mencadangkan agar ditukar kepada lauk lain, namun begitu saya enggan kerana khuatir situasi sama akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.


Sehubungan itu, Khairul meminta pihak berkuasa menjalankan pemantauan lanjut di restoran itu dan semua restoran lain kerana banyak pengusaha makanan yang lepas tangan berhubung kualiti penyediaan makanan kepada pelanggan.


Sumber dari:
Sinar

PANAS..!!! Gadis 13 tahun ketagih video lucah sanggup jd hamba seks 7 lelaki

 




JOHOR BAHRU – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini.

Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa di bandar raya ini, meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran.

Gadis berkenaan juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rakan sekolahnya, sebelum aktiviti sumbangnya itu terbongkar apabila ibunya mengesyaki anaknya kerap keletihan setiap kali pulang ke rumah, selain sering dipanggil guru kaunseling berikutan masalah ponteng sejak Julai lalu.


Membuat pendedahan tersebut, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.


“Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi membantu menjalankan siasatan.


“Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.


“Diharapkan pendedahan ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa, supaya mengawasi tingkah laku anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik,” katanya kepada media semasa Majlis Penutup Seminar Keselamatan Kanak-kanak dan Keluarga di @Mart Kempas, di sini, semalam.


Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng yang merupakan wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Johor, Dr Robia Kosai.


Dalam pada itu, Song Cheng ketika membacakan teks ucapan Robia memberitahu, statistik JKM negeri merekodkan sebanyak 133 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah diselamatkan sehingga Ogos tahun ini.


“Manakala pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 158 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Berdasarkan statistik ini ianya amat menyedihkan dan mendatangkan kebimbangan kepada kita apabila memikirkan adakah anak-anak kita selamat berada di persekitaran.


“Masyarakat perlu sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa, anggota keluarga dan anggota masyarakat untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak mereka selain perlu mengambil tahu dan peduli bagi memastikan keselamatan masyarakat sekeliling terjamin,” katanya.



Sumber dari: Sinar

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri




Apakah Hukum Menjilat Kemaluan Isteri?

Para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.


Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.

Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

1.Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi
berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam.

2.Yang mengharamkan:

Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan,
Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.

Pakar sakit puan,
Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.

Seorang ilmuan Islam,
Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan

Niat & Cara Mandi Wajib / Junub yang Sah



Cara-cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak

SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36.
Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah.
Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil.
Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas.
"Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah," katanya.
Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.
"Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.