Wednesday, 26 September 2012

Pelanggan hilang selera nikmati nasi beriani

Keadaan nasi beriani berlauk ayam lama didakwa pengadu.


KLANG - Hasrat seorang pemuda untuk menikmati nasi beriani terbantut gara-gara ayam lama yang memualkan hingga dia hilang selera menjamah hidangan itu di sebuah restoran di sini, beberapa hari lalu.


Pengadu yang hanya ingin dikenali Khairul, 34, berkata, dia ke restoran bersama teman wanitanya menikmati nasi beriani sekitar jam 2 petang.

Menurutnya, dia memesan nasi tersebut bersama ayam manakala teman wanitanya hanya menikmati minuman jus.


“Sebaik menyuap nasi ke mulut, memang terasa nikmatnya dan amat menyelerakan bagaimanapun sebaik mencubit ayam saya rasa sesuatu pelik.


“Pada awalnya saya terus menyuap ke mulut bagaimanapun secara tiba-tiba rasa pelik ayam membuatkan saya terus hendak termuntah,” katanya.


Menurutnya, dia terus mengeluarkan nasi dan ayam dari mulutnya dan mula mengopek isi ayam untuk melihat apa yang terkandung di dalamnya.


“Sebaik dikopek, saya lihat isi ayam berwarna hitam seakan ayam lama manakala baunya memualkan hingga saya mula hilang selera seterusnya saya memaklumkan kepada pelayan restoran.


“Pelayan restoran mencadangkan agar ditukar kepada lauk lain, namun begitu saya enggan kerana khuatir situasi sama akan berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.


Sehubungan itu, Khairul meminta pihak berkuasa menjalankan pemantauan lanjut di restoran itu dan semua restoran lain kerana banyak pengusaha makanan yang lepas tangan berhubung kualiti penyediaan makanan kepada pelanggan.


Sumber dari:
Sinar

No comments:

Post a Comment