Thursday, 20 September 2012

Updated....!!!! Ahli Keluarga Baru Kami



 
Syukur alhamdulillah, berkat doa semua pihak, bertambah lagi ahli keluarga OMIETA. Dengan berat 3.6kg, tepat jam 6 petang waktu Malaysia Barat, baby girl comel telah selamat lahir kedunia. Tahniah buat adinda Eddy Izwan bin Mohd Tajuddin dan pasangannya Kamaliah. Selamat datang sayang.

Pada hari yang sama juga, hasil perkongsian hidup sepupu ku dan isteri, telah selamat melahirkan baby boy pada pukul 8 malam tadi.

Semoga baby tersebut akan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Amin.

 














20 Amalan Murah Rezeki

 
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


1.Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

2.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

4.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim] Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Banyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki. Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.


Perhatian...!!!!! Pengesahan Status Halal "HP Sauce & Tobasco Sauce




Untuk Pengetahuan Semua Rakan Taulan.

Sumber : Facebook Semanis Kurma TV9


PANAS...!!!!! Yuna, Qi Sah Putus

pix_gal0 
Teka-teki hubungan cinta Yunalis Zarai atau Yuna dengan Qi Razali terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengaku dirinya kini solo.
Yuna mendedahkan keputusan membawa haluan masing-masing dibuat atas dasar bersama, namun dia dan Qi masih berkawan baik. 
Menafikan campur tangan pihak ketiga menjadi faktor kasih berakhir, Yuna menjelaskan, mereka mahu fokus kepada kerjaya seni, selain faktor jarak dan masa. “Yes, single but not available. Kalau ada jodoh tidak ke mana dan perhubungan bukan satu pilihan. Kami mengambil keputusan bersama untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya, tetapi masih mengambil berat sebagai kawan baik. “Tiada komitmen dan bebas untuk melakukan apa saja. Dia bebas untuk melakukan apa saja termasuk menjalin hubungan dengan wanita lain,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Konsert Yuna Homecoming di Kuala Lumpur, semalam. Merasakan faktor jarak dan masa menyulitkan hubungan mereka, Yuna mahu menumpukan kepada kerjaya seninya yang makin meningkat, selain tanggungjawab kepada keluarga. Khamis lalu, HIP melaporkan kerisauan peminat terhadap status hubungan pasangan ini.
Namun, Qi dilaporkan menyangkal dakwaan kononnya hubungannya dengan Yuna ibarat retak menanti belah. 

Jumpa atas dasar kawan 
 
Biarpun tiada hubungan istimewa, Yuna masih bertemu Qi. Dia menganggap hubungan baik dengan Qi tidak harus berakhir walaupun tanpa ikatan cinta.“Saya nak peminat doakan yang terbaik untuk kami. Kami tidak boleh menggembirakan orang dengan perkahwinan, kalau bukan itu yang kami mahukan. Kami hormati keputusan masing-masing, tetapi masih berjumpa. Tiga hari lalu kami keluar bersama dengan keluarga saya.“Saya tahu dia bekerja keras untuk membina kerjayanya. Qi juga tahu saya sedang berusaha keras dalam bidang ini. Saya sentiasa sibuk, jadi kita rest dulu daripada perhubungan ini dan fokus kepada kerjaya masing-masing,” katanya.Menganggap tekanan dan bebanan tugas dalam mempromosikan album dan siri jelajah di 20 tempat di Amerika syarikat (AS) cukup meletihkan, Yuna tidak mahu menambah kekusutan dengan hubungan cinta. 

Konsert istimewa untuk peminat
 
Mengulas mengenai konsertnya, Yuna berkata, ia cukup istimewa kerana dibuat atas idea sendiri. “Kebetulan November ini saya pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa persembahan.Jadi, dalam tempoh sebulan bercuti itu lebih baik diisi dengan konsert yang sudah lama dirancang. Ia juga akan diadakan di lokasi lain, tetapi bergantung kepada faktor masa,” katanya. Dia dijangka menyampaikan 20 lagu termasuk daripada album Yuna terbitan AS. Menyorot kejayaan dalam tempoh 10 bulan lalu,Yuna berbangga apabila sebuah lagu daripada album itu dijadikan muzik latar program realiti berjudul Hollywood Exes. 

Sambung siri jelajah AS, Kanada
 
Yuna berkata,dia akan kembali ke AS,Ahad ini bagi memulakan siri jelajah musim luruh bersama artis Michael Kiwanuka di enam lokasi, mulai Selasa ini, disusuli Vancouver, Kanada pada 5 Oktober. Mengenai pencalonannya dalam kategori Artis Asia Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2012, Yuna yang maklum mengenainya dua hari lalu terkejut dengan pencalonan itu. "Peluang menang adalah tipis kerana bersaing dengan Super Junior. Namun, saya bangga dan rasa kelakar pun ada sebab saya masih baru,” katanya. 

Sumber - BH

Karakter Seseorang Berdasarkan Kedudukan Adik Beradik



Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri
  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah .

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri
  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa


Tanggungjawab kita kepada kedua ibu dan bapa boleh di bahagikan kepada 2 keadaan sama ada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Begitu juga, tanggungjawab kita adalah berbeza mengikut peringkat umur individu tertentu.
Sekiranya ibu bapa yang masih hidup dan kita masih lagi belajar tak kira di sekolah mahu pun di unversiti, apa yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa mereka ialah dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Kebiasaannya, anak-anak yang masih belajar tidak mempunyai wang yang dapat kita berikan kepada ibu bapa, cukuplah sekadar menghadiahkan kejayaan kita kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka bangga kerana memiliki anak seperti kita.
Sekiranya sudah bekerjaya dan ibu bapa pua masih hidup, maka sememangnya sebagai anak kita perlu lah memelihara mereka dengan baik. Antara tanggungjawab yang perlu kita laksanakan ialah :
  • Menjaga mereka.
  • Jangan membebankan hidup mereka.
  • Jaga hati dan perasaan mereka.
  • Menanggung makan minum mereka tanpa syarat.
  • Beri wang untuk meringankan beban mereka.
Bila ibu bapa sudah meninggal dunia pula, kita sebagai anak masih lagi mempunyai tanggungjawab kepada mereka. Antaranya ialah :
  • Mendoakan mereka.
  • Menziarahi kubur.
  • Membayar hutang .
  • Mengqada’kan zakat dan puasa.
  • Menunaikan haji untuknya.

Majalah Denmark siar gambar separuh bogel Catherine

COPENHAGEN 20 Sept. - Majalah hiburan Denmark, Se og Hoer merancang untuk menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Catherine dalam keluarannya hari ini.
Ketua editor majalah tersebut, Kim Henningsen berkata, Se og Hoer telah mendapatkan gambar separuh bogel Catherine yang akan disiarkan dalam 16 muka surat penuh untuk keluaran hari ini.
"Pembaca kami gemar mengikuti perkembangan cara hidup kerabat diraja dan mereka mahukan kelainan. Saya juga berbangga kerana mendapat kebenaran untuk menyiarkan gambar kontroversi bakal permaisuri England," katanya. - AFP

Lindsay Lohan ditahan terlibat dalam kes langgar lari




NEW YORK 20 Sept. - Aktres Hollywood, Lindsay Lohan ditahan polis selepas terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di Manhanttan di sini semalam.
Seorang jurucakap Jabatan Polis New York berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan Lohan ditahan selepas melarikan diri sejurus melanggar pejalan kaki berusia 34 terbabit yang mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon berusia 26 tahun itu meninggalkan sebuah kelab malam di Chelsea dengan menaiki kereta Porsche Cayenne miliknya. - AFP

Bantah filem hina Islam di Masjid Jamek Kampung Baru esok

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan perhimpunan aman bagi membantah filem `Innocence of Muslims' dan tindakan sebuah majalah Perancis, `Charlie Hebdo' menerbitkan kartun memaparkan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan bogel di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat esok.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dan wakil-wakil pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) dijangka menyertai perhimpunan itu.
``Secara dasarnya, kita bersepakat dengan Dewan Pemuda Pas untuk membantah perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW namun perhimpunan dianjurkan secara berasingan bagi melicinkan urusan kawalan keselamatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda UMNO. Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan akan mengetuai perhimpunan anjuran sayap berkenaan selepas solat Jumaat esok dan mereka dijadualkan berkumpul di pekarangan bangunan Lembaga Tabung Haji di sini sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ducati Multistrada 1200S, empat dalam satu

Ducati Multistrada 1200S



Gambar dah cantik daa...... Sekali ada batu bata lak.....

Ducati Multistrada 1200S keluaran 2010 dicipta dengan reka bentuk sporty dan menampilkan konsep yang begitu menawan. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, hitam, hitam-merah dan putih dalam kategori sport touring yang terlaris di pasaran.

Motosikal berkuasa 1200cc ini mendahului masa depan dengan menggabungkan empat mod tunggangan dalam satu iaitu Urban, Touring, Sport dan Enduro bagi memberikan pengalaman menunggang tersendiri dalam setiap laluan berbeza. Penunggang hanya perlu menekan punat pada panel LCD untuk mengubah mod setiap tunggangan yang pasti akan memberi keseronokan tersendiri.

Penulis sempat mencuba semua mod berkenaan untuk merasai kelainan dan keupayaan motosikal ini. Mod Sport menyemarakkan lagi adrenalin untuk menunggang dengan kelajuan tinggi enam kelajuan versi ‘S’ dengan kuasa serta merta.
Manakala tunggangan menggunakan mod Touring juga diprogramkan untuk menghasilkan kuasa yang sama, dengan konfigurasi yang memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng.

Mod Urban menjadikan aktiviti tunggangan amat mudah ketika berada di pusat bandar. Perubahan suspensi secara automatik menjadikan ia sedikit rendah serta banyak membantu ketika melalui kesesakan. Manakala mod Enduro pula menjadikan Multistrada 1200 lebih
tangkas dan ringan. Ia memberi penunggang keupayaan untuk menyusuri laluan off-road begitu mudah dengan adanya kelembutan suspensi jenama Öhlins secara automatik.

Kerangkanya diperbuat daripada aluminium dan komponen fiber menjadikan motosikal lebih tegap, ringan dan mudah dikendalikan. Menunggang pada waktu malam tiada masalah kerana lampu LED cukup terang.

Sistem brek Brembo ABS yang canggih memberikan keyakinan ketika menunggang mahupun ketika anda melakukan brek kecemasan. Jumlah isi padu tangki minyak sebanyak 20 liter mampu menggerakkan jentera melebihi 300 kilometer.

Multistrada diperkenalkan sebagai motosikal tanpa kunci konvensional. Kunci elektronik  di dalam poket penunggang “berkomunikasi” dengan Multistrada untuk  membolehkan enjin  dihidupkan secara automatik. Selain itu, ia turut menawarkan sistem penguncian motosikal secara automatik sepenuhnya sebagai ciri-ciri keselamatan. Penunjuk kelajuan, rpm (putaran seminit), gear, jumlah jarak dan baki minyak adalah antara ciri-ciri kelebihan yang terdapat di panel LCD.

Ducati Multistrada 1200S  memang sesuai untuk anda dan pasangan menikmati keindahan dan keseronokan ketika berada di atas jalan raya. Menunggangnya  sama ada di jalan raya mahu pun off road, nyata memberikan tunggangan yang berbeza dan sebagai penunggang anda akan merasai perbezaan yang sebenar.

Perenang Malaysia dibenar seberang Selat Inggeris esok

DOVER - Selepas menunggu lebih 72 jam, perenang Malaysia akhirnya dibenar menyeberangi Selat Inggeris oleh Persekutuan Renangan dan Jurumudi Selat (CS&PF).

Pasukan berganti-ganti akan memulakan renangan sementara perenang solo Estino Taniyu dijangka berenang pagi esok kerana bot yang akan memantaunya akan digunakan untuk memantau perenang dari negara lain.
 
Pasukan seramai enam orang itu terdiri daripada Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad yang akan berenang dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis dan kembali ke Dover.
 
Mereka akan memulakan ekspedisi kira-kira 1 pagi waktu tempatan dan 8 pagi waktu Malaysia.
 
Ekspedisi yang dinamakan 'Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia' (RPSI1M) adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan  naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Angin dilaporkan bertiup antara 15 hingga 20 km sementara ombak sekitar Force 2 hingga 4.   

Suhu air ialah antara 13 hingga 15 darjah Celcius, lebih rendah dari suhu yang dijangka iaitu 16 darjah Celcius. 
  
Pasukan tersebut dijangka menghabiskan renangan dalam tempoh antara 20 hingga 25 jam.
 
Ketua Pegawai Eksekutif kelab tersebut Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin pasukan Malaysia mampu menguasai Selat Inggeris. - Bernama

Lembaga Tenaga nafi keluar kenyataan haram loket radioaktif

loket bertenaga



KUALA LUMPUR - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LEMBAGA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman pemakaian beberapa loket yang mengandungi radiokatif semula jadi.
 
Setiausaha Eksekutifnya Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman barang itu seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 5 September lalu.
 
Terdahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Presiden CAP S.M. Mohamed Idris yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.
 
"LEMBAGA, sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 sedang meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan orang awam sebelum membuat keputusan muktamad," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
 
Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian terhadap perkara ini dan bagi sesiapa yang berhasrat menggunakan loket itu, mereka hendaklah merujuk pihak pengeluar terlebih dahulu untuk tatacara pemakaiannya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihaknya kelak.
 - Bernama

Kepentingan Asset Management System (AMS)

Hari ni aku nak cerita pasal kepentingan Asset Management System (AMS) / Sistem Pengurusan Aset. Mungkin sesetengah syarikat mengambil mudah dengan system ini dan juga aset yang mereka ada. Dan mungkin juga sesetengah syarikat yang kurang tahu pasal aset. Mari kita selami dan memahami secara terperinci.

Apakah Aset Tetap?

Juga dirujuk sebagai PPE (Property, Plant, and Equipment), dibeli untuk kegunaan berterusan dan jangka panjang dalam mendapatkan keuntungan dalam perniagaan.  

Kumpulan ini termasuk sebagai Bangunan, Jentera, Perabot dan peralatan pejabat, peralatan- peralatan Teknologi Maklumat seperti Laptop dan sebagainya.

Apakah Sistem Pengurusan Aset

Amalan perniagaan yang melibatkan mengurus dan mengoptimumkan pembelian, penggunaan, penyenggaraan, penggunaan, dan pelupusan aplikasi perisian dalam sesebuah organisasi.

Melaksanakan Sistem Pengurusan Aset, melindungi pelaburan anda dan membantu anda mengenal pasti aset yang ada serta lokasi, membolehkan menggunakan aset dengan efisen dan perbelanjaan terperinci modal semasa.

Jenis-jenis Aset Tetap
 
- Peralatan ICT – Komputer, mesin cetak, projektor, server dan lain – lain.
- Penyelengaraan Peralatan BangunanPerabot pejabat, barangan hiasan, peralatan elektrik dan lain2
- Penyelenggaraan KenderaanKereta, Van, Lori & Bas.
- Penyelenggaraan Peralatan mesin kejuruteraan, telekomunikasi & peralatan makmal perubatan
Kelebihan Sistem Pengurusan Aset

- Penggunaan masa dan sumber manusia yang efektif
- Kebolehan menjejak dan memperuntukan semua jenis aset-aset
- Mudah dan pantas untuk dapatkan dan audit aset-aset
- Pengumpulan dan penyimpanan data yang pantas dan tepat
- Ciri-ciri keselamatan yang kuat dan ciri jejak audit yang terkini.
- Mengautomasikan perbelanjaan modal (CAPEX)