There's this awesome new program called Real Women Real Voices, and we're recruiting 100 women to be a part of it. Don't miss out on being part of Real Women Real Voices! :)
Sign up HERE : http://bit.ly/RealWomenRealVoicesSignUp
Tuesday, 16 October 2012
Awi Rafael Memang OK!
Oleh: Editorial MH
Tarikh: 16 Oktober 2012
Tarikh: 16 Oktober 2012
Nantikan peraduan eksklusif Awi Rafael bersama MH dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat!
Amy Search Kritik Baju Seksi Nabila
Oleh: Editorial MH
Tarikh: 9 Oktober 2012
Tarikh: 9 Oktober 2012
Penampilan pelakon, Nabila Huda, ketika menghadiri Anugerah Blokbuster
menjadi bualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia
Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha.
Pelbagai reaksi diterima daripada peminat yang rata-rata mengkritik
pakaiannya pada malam itu. Pendapat yang sama turut dikongsi oleh
bapanya, Amy Search ketika dihubungi Sinar Harian Online;
“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi
saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia
(Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.
“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia
sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut
mengenai perkara itu,” kata Amy.
Menyedari pakaiannya yang seksi, ketika menyampaikan anugerah bersama
pelakon, Zahiril Adzim, Nabila telah menutup bahagian perutnya yang
terdedah dengan kain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
Eja Ganti Sofea Jane Galas Watak 'Tun Siti Hasmah'
Oleh: Editorial MH
Tarikh: 10 Oktober 2012
Tarikh: 10 Oktober 2012
Sekali lagi, watak Tun Siti Hasmah bagi teater arahan Erma Fatima itu
bertukar tangan. Jika sebelum ini Erra Fazira dan Datin Sofea Jane,
khabar terbaru yang diterima memberitahu watak tersebut bakal dijayakan
oleh aktres hebat, Eja.
Ketika dihubungi MH Online, Eja mengesahkan perkara tersebut;
"Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah. Dan
saya sudah menjalani latihan sejak awal oktober lagi. Saya menerima
tawaran yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor kawan
semata-mata, sebaliknya lebih kepada kerjaya saya sendiri.
"Di awal latihan, saya letakkan diri saya seperti kanak-kanak tadika
yang baru mula belajar. Memandangkan teater ini adalah yang pertama buat
saya, jadi banyak yang perlu dipelajari.
"Di usia 40 tahun ini, berlakon teater adalah yang cukup besar buat
diri dan kerjaya saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan,
namun saya menolak. Kini, sudah tiba masanya untuk saya cabar diri
sendiri. Untuk itu, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan
teguran semua pihak."
Meskipun menjadi pilihan ketiga untuk membawakan watak tersebut, Eja
tetap optimis dan yakin itu semua adalah ketentuan daripada-Nya.
"Saya tidak fikir pun di mana salahnya menjadi pilihan ketiga dan bukan
yang pertama. Semuanya berbalik kepada ketentuan dan rezeki daripada
Allah. Selebihnya, saya perlu berusaha dan tawakal dalam memberikan yang
terbaik.
"Tentu sahaja, mana-mana pelakon tidak mahu dibandingkan dengan
sesiapa. Dan saya percaya setiap pelakon itu ada kelebihan dan kekuatan
tersendiri. Jadi, doakan yang terbaik buat saya dan seluruh tenaga kerja
teater ini nanti," tambah Eja yang mengakui gementar untuk beraksi di
khalayak.
Azraai: Saya takkan lupakan Jang
Azraai
Khor mededahkan perasaan tentang meninggalkan peminat kesayangan dan
harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Perak.
Azraai
Khor, 57 tahun, telah mengumumkan beliau tidak akan menyambung kontrak
dengan Negeri Sembilan pada hari Sabtu dan telah berkongsi pendapat
tentang perjalanan baru beliau kepada ESPNSTAR.my
"Setelah
berumpa dengan pengurusan Perak semalam, saya tertarik dengan idea
mereka untuk mengembangkan pasukan pelapis dan berdasarkan rekod saya,
saya amat teruja untuk mengendalikan pemain Perak dengan idealogi baru
ini." beliau berkata dengan teruja.
"Secara kebetulan Perak
adalah juara Piala Presiden, kejuaraan bawah 21 tahun, dan Juara Piala
Belia 2012, iaitu kejuaraan bawah 19 tahun, dan mereka juga merupakan
finalis Sukma 2012. Mereka mempunyai pasukan pelapis muda yang amat
berbakat."
"Saya telah cadangkan agar kami mengekalkan struktur
seperti semasa di Kedah apabila kami mencungkil bakat pemain yang
cemerlang seperti Khyril Muhymeen dan Sabre Mat Abu."
"Barisan muda mereka begitu kemas dan saya yakin akan potensi mereka."
"Saya ingin membina falsafah yang baru dan berusaha ke arah yang lebih cemerlang dengan Perak."
Walaubagaimapun, perasaan sedih jurulatih yang terkenal dengan baju
merah jambu beliau amat jelas. Azraai dianggap sebagai satu-satunya
jurulatih termashyur di Malaysia setelah membina pasukan lagenda Kedah
yang telah meraih 'double treble' dan telah menikmati hubungan rapat
dengan para penyokong Negeri yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang
luar biasa.
Ramai jurulatih lebih rela menjalankan tanggungjawab
tanpa mengambil kira suara para penyokong tetapi bekas pemain kebangsaan
Malaysia ini tidak sebegitu. Malah, beliau lebih suka berganding bahu
dengan peminat.
"Saya tidak boleh melupakan Negeri Sembilan.
Saya memang rapat dengan para peminat. Satu-satunya ideology saya adalah
jurulatih tidak bermakna tanpa pemain dan pasukan tidak bermakna tanpa
penyokong setia."
"Hubungan saya yang erat dengan para peminat
amat bermakna kepada saya. Saya bernasib baik dapat berdamping dengan
para penyokong Negeri. Saya memang tersentuh. Ada juga peminat yang
hubungi saya sambil menangis. Saya amat terharu." katanya dengan penuh
emosi.
"Saya memang banyak memori dengan mereka. Saya masih
ingat, hari pertama saya melaporkan diri ke Seremban. Saya telah
dijemput oleh pihak Ultras dan diundang dalam kereta. Mereka telah
menyambung meja dan menyambut saya dengan sorakan dan laungan mereka.
Selepas seminggu, N9Futbol pula mengundang saya ke majlis tahlil di
dewan Spanish Villa dimana kami mengadakan sesi soal jawab. Saya tidak
akan melupakannya. Sambutan mereka amat bermakna, saya pula telah cuba
untuk menyertai sebanyak majlis dan undangan yang diterima. Saya
bernasib baik dapat banyak rakan rapat dari pengalaman saya."
"Tetapi pada masa yang sama, saya perlu mencari pengalaman baru, idea
baru. Sebagai jurulatih ia adalah satu kebiasaan." beliau menambah.
"Perak sedang merancang untuk mendapatkan pemain baru. Saya kagum
dengan sikap positif mereka. Perbincangan saya dengan pengurusan baru
telah berjalan dengan lancar dan saya teruja dengan cadangan mereka.
"Saya memang tidak akan setuju jika saya tidak dapat melaksanakan
syarat-syarat saya, tetapi mereka telah menyokong saya sebulat suara
demi kemajuan dengan penuh harapan.
"Musim baru ini akan membawa
logo PAFA (Persatuan bola sepak Perak) baru, arah baru dan jurulatih
baru yang ingin berganding bahu dengan para peminat. Ini memang aspek
yang penting dalam hidup saya, dan juga untuk sukan bola sepak.
"Dalam perbincangan saya, Dato' Presiden telah juga menyokong
pendekatan saya dan telah menyatakan bahawa beliau juga fikir sehaluan."
jelasnya lagi
Kredit Kepada: @espnstarmy
Follow Twitter: @infobola_N9
Norish Karman Terlantar Di Hospital, Koyak ‘Spine Disc’
Pagi
tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai Norish Karman
yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana
mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.
Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Menurut
Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah
benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu
di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang
ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas
kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang
jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”
“Insyallah
lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni
kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung
angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK.
Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai
la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah
menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat
berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula
jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di
Slot Akasia TV3.
“Lima
hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja
amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan.
Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila
diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi
penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui
boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan
pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan
diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah,
NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau
tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman
panjang lebar. – Ohbulan.com
Makanan Di Oldtown White Coffee Halal
KUALA LUMPUR – Oldtown White Coffee memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang dihidangkan di semua restorannya halal.
Makanan
dan minuman yang dihidangkan oleh Oldtown White Coffee didakwa oleh
beberapa pihak sejak kebelakangan ini sebagai tidak halal dan pekerja
beragama Islamnya mahu meletak jawatan.
“Oldtown White Coffee tidak menghidangkan produk tidak halal atau alkohol.
“Kesemua
bekalan kami disediakan oleh pembekal yang mempunyai sijil yang
diperakui JAKIM, yang perlu menunjuk sijil halal yang sah ke atas setiap
barang yang dibekalkan,” kata Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie,
Pengerusi Oldtown Bhd, dalam kenyataan hari ini.
Oldtown
Bhd ialah syarikat senarai awam di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Securities Bhd, dan maklumat itu boleh diperoleh secara dalam talian.
“Kami
mahu memberi penjelasan bahawa Oldtown White Coffee tidak mempunyai
kaitan dengan mana-mana parti politik, dan syarikat itu juga tidak
berminat terhadap politik.
“Kami
kini bekerja rapat dengan Cyber Security Malaysia dan Biro Aduan (MCMC)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membuat penjelasan terhadap
dakwaan dalam talian itu dan tidak agak-agak mendakwa mana-mana pihak
yang terus memfitnah Oldtown White Coffee,” kata Ahmed Tasir.
Ditubuhkan
pada 1999, OldTown mengeluar campuran dan produk minuman segera, selain
mengurus operasi lebih daripada 200 kafe di seluruh negara dan rantau
ini.
Pada
2005, perniagaan diperluas kepada sektor perkhidmatan makanan menerusi
pembukaan rangkaian restoran kafe yang berasaskan kedai kopi tradisional
Ipoh menggunakan jenama “Oldtown White Coffee”. – BERNAMA
Hans Isaac Dedah Hubungannya Dengan Neelofa Serius
PETALING JAYA: Aktor
dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa
adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah
tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum
ini.
Pemilik
nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia
menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia
sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20
tahun bergelar anak seni.
Hans
berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih
lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua
pihak.
“Saya
tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma,
saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan
hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.
“Cukuplah,
saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun
bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta
dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang
dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungimStar Online, di sini.
Ditanya
reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan
kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan
lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu
kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.
“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.
“Hakikatnya,
saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya
hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara
berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.
“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.
Mengenai
hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat
ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah
tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan
persiapan dan keputusan yang tepat.
“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.
“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.
“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.
Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan
-MStar-
Farid Kamil & Diana Danielle Sahkan Nikah 3 November
PETALING JAYA: Setelah
berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil,
31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan
sebagai suami isteri pada 3 November depan.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem PE3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin.
"Syukur,
hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah
pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya
ringkas.
Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 1 September lalu.
Majlis
yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana
dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
Farid
sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu
tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul
Yusof.
Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah!
Malam
tadi melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita
mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali
sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita
Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu
isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita.
Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan
‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.
Tolong
kami sebarkan berita ini supaya anak anak dara kita tidak terpengaruh
dengan lakonan licik ‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam
gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama
untuk melakukan kegiatan jahat. Bukan setakat menipu gadis gadis
Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan
berbentuk wang tunai.
Tetapi
malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama
untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu
mendedahkan aib suami. Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah.
Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan
bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi
dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif
dan baik baik.
Kalau korang nak tengok bukti, kami beri link asal tentang penipuan Ustaz Razis ni. Huh, layak ke dipanggil Ustaz?? -via Terbakor-
Subscribe to:
Posts (Atom)