Pagi
tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai Norish Karman
yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana
mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.
Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Menurut
Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah
benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu
di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang
ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas
kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang
jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”
“Insyallah
lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni
kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung
angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK.
Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai
la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah
menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat
berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula
jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di
Slot Akasia TV3.
“Lima
hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja
amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan.
Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila
diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi
penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui
boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan
pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan
diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah,
NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau
tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman
panjang lebar. – Ohbulan.com
No comments:
Post a Comment