PETALING JAYA: Aktor
dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa
adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah
tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum
ini.
Pemilik
nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia
menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia
sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20
tahun bergelar anak seni.
Hans
berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih
lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua
pihak.
“Saya
tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma,
saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan
hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.
“Cukuplah,
saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun
bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta
dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang
dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungimStar Online, di sini.
Ditanya
reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan
kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan
lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu
kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.
“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.
“Hakikatnya,
saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya
hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara
berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.
“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.
Mengenai
hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat
ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah
tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan
persiapan dan keputusan yang tepat.
“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.
“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.
“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.
Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan
-MStar-
No comments:
Post a Comment