Thursday, 4 October 2012

Janda ‘tomboy’ dicekup, memadu asmara di hotel murah


Janda ‘tomboy’ dicekup, memadu asmara di hotel murah

KUALA DUNGUN - Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.


Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.


Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.


Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.


Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan 40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber - Sinar 

Juri American Idol Gaduh Sesama Sendiri

American Idol musim ke-12 menampilkan juri (dari kiri) Randy Jackson, Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban. Manakala Ryan Seacrest (tengah) sebagai pengacaranya.
LOS ANGELES: Gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta ketika ujibakat program realiti popular American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, di sini pada Selasa, Nicki Minaj menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi itu.
Nicki dan Mariah merupakan juri bagi program yang telah pun memasuki musim ke 12 bersama-sama dengan Randy Jackson dan Keith Urban.
Menurut laporan thesun.co.uk Nicky turut memaki dengan kasar terhadap penyanyi lagu Fantasyitu dengan mengancam mahu menendangnya keluar.
"Aku dah hilang sabar dengan kau. Setiap kali kau memandang rendahkan aku, aku abaikannya.
Cubaan Keith dan Randy meredakan Nicki (rambut merah) tidak menjadi apabila penyanyi wanita itu lebih agresif memaki Mariah Carey (berbaju hijau).
"Aku tak sanggup nak duduk di sini (kerusi juri) setiap minit untuk beri kau peluang mengganggu aku," kata Nicki.
Keadaan tersebut membuatkan penerbit program itu terpaksa membatalkan penggambaran uji bakat tersebut selain risau memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kedua-dua selebriti tersebut sehingga program tersebut berkahir.
Di fahamkan, rasa tidak puas hati Nicki terhadap Mariah sudah lama dipendam apabila Mariah dikatakan memandang rendah terhadap bakat nyanyian Nicki.
Malah, beberapa laporan media mengatakan Mariah tidak senang dengan kehadiran Nicki dalam AI-12 kerana menganggap penampilan penyanyi lagu Starship itu mengubah konsep program pencarian bakat menjadi seperti pertunjukan sarkas.

PANAS..!!! Album Mizz Nina Boleh Cacatkan Akidah - Ustaz Azhar

Tulisan terbaru di blog wartawan bernama Hazrey semalam mengingatkan kami betapa signifikan ‘kesalahan teknikal’ Mizz Nina ini dan tidak boleh di’pandang ringan selepas ini.
Kami pasti album Take Over dari Mizz Nina ini telah di’jual dalam angka ribuan unit tetapi entah berapa orang sahaja yang perasaan akan kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.
Apa yang akan anda baca selepas ini adalah satu rasa prihatin terhadap kekhilafan yang terjadi dan lebih memalukan apabila ia’nya di’lakukan oleh seorang Islam sendiri. Read on.
Mizz Nina & Kulit Albumnya (Sumber Asal: Hazrey.com)
Mungkin ramai yang tak tahu dari mana foto ini. Aku mendapat tip-off dari seorang rakan twitter mengenai kulit album artis Malaysia – Mizz Nina yang secara jelas terdapat satu kekhilafan yang ketara dan agak memalukan bagi seorang yang beragama Islam. 
Pada aku mungkin ia terkhilaf di peringkat copywriter tetapi tentulah sebelum copywriter atau graphic designer membuat typesetting pada soft copy album ini, draf hard copy diperolehi dari artis itu sendiri. 
Rasanya album ini released pada Jun tahun ini berjudul Take Over dan foto ini aku perolehi dari forum cari namun setakat ini aku tak nampak mana-mana wartawan hiburan yang sudi menulis perkara ini dan mungkin boleh menegur perkara ini. 
Yelah, kita pun kena faham, wartawan hiburan sangat sibuk mencari cerita cerita bukak baju, bukak skirt, cerai berai, cium mulut, togak arak. Dan mereka juga sangat sibuk menulis kolum kolum untuk mencerca artis sebab tak layan diaorang seperti seorang diva atau dewa dewa dari langit. Itupun kita kena faham. 
Dan pastinya, dan aku yakin, wartawan hiburan memperolehi album ini untuk memberi ulasan. Aku tentunya tak dapat sebab Mizz Nina tak kenal aku dan aku bukan penulis hiburan. 
Aku juga cuba google untuk mencari mungkin ada permintaan maaf dari Mizz Nina berkaitan kesilapan ini namun tak jumpa. Jika ada, mungkin anda boleh berkongsi dengan meletakkan link di ruang komen. 
Apapun ia satu kesilapan yang menampakkan pure ignorance apatah lagi Mizz Nina beragama Islam. Dan kebanyakan wartawan hiburan pun ramai yang beragama Islam dan agak pelik mereka TIDAK menyedari akan kekhilafan ini. Pelik tak? Tentu sekali. 
Seharusnya, pengurusan syarikat rakaman membuat tindakan segera menarik balik pengedaran album ini dan memperbetulkan kesilapan yang boleh dianggap memalukan ini. 
Aku tak mahu terkhilaf dalam memberi penerangan mengenai paling mudah untuk membezakan antara SWT dan SAW, maka berikut adalah penjelasan dari seorang sahabat, Ustaz Azhar Abdullah yang juga seorang blogger dan pengguna twitter @azharshafie 
Berikut adalah penjelasan beliau: 
Lafaz nama Allah ialah satu kata nama khas yang Maha Agung, Maha Suci, Maha segalanya. Selalunya nama Allah akan disusuli dengan ‘Azza wa Jalla bermaksud yang Maha Gagah lagi Maha Agung atau Subhanahu wa Ta’ala (S.W.T.) yang bermaksud Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Ada beberapa lagi yang sering digunakan oleh masyarakat Arab, tetapi di kalangan kita orang Melayu di Malaysia ni yang dua tu selalu kita gunapakai. 
Lafaz nama Rasulullah pula, sering kita sebut sebagai Rasulullah, Muhammad dan Nabi, akan disusuli dengan Shollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang bermaksud Allah Subhanahu wa Ta’ala berselawat ke atas Nabi dan mensejahterakan baginda. 
Sebagai seorang Muslim kita mesti peka dengan kedua-dua ini.Andai kita meletakkan sifat Allah (S.W.T.) pada Rasulullah, maka kita menyekutukan Allah dengan menyamakan sifat Allah itu berada pada makhluknya iaitu Muhammad S.A.W yang merupakan seorang manusia. 
Sekiranya kita meletakkan S.A.W pada nama Allah pulak, seolah-olah kita menyamakan kedudukan Allah pada kedudukan Nabi Muhammad S.A.W. Harus diingat bahawa memuliakan Rasulullah S.A.W sekalipun kita tidak boleh sama sekali sampai ke tahap meletakkan Baginda di tahap yang sama dengan Allah S.W.T 
Sekiranya disengajakan, akidah dan keimanan kita boleh tergadai. 
Seandainya tidak sengaja, maka harus diperbetulkan dengan kadar segera kerana kesilapan ayat boleh membawa kecacatan akidah. Andainya tidak endah kepada teguran, hukumnya adalah sama dengan sgaja. 
Wallahua’lam. 
Terima kasih Ustaz Azhar. 
Ohh dan dengarnya, kulit album yang nyata membawa kesilapan ini turut menjadi Top 5 satu anugerah ‘dah-bagi-mintak-balik? 
Boleh ke macam tu? Juri tak tengok betul betul ke? Baiklah dibangkitkan perkara ini sekarang, kalau kemudian, dah kena pulang balik trofi. Itu parahhhh !! 
Kepada Mizz Nina, ini satu teguran untuk kebaikan jika ia belum diperbetulkan dan mudahan satu mekanisme boleh dilakukan antaranya meminta peminat yang sudah membeli, pulangkan dan gantikan dengan ejaan yang betul. 
Tetapi dengan rendah diri, pada pendapat aku, seharusnya kita elakkan meletakkan nama Allah SWT apatah lagi muka depan mungkin konsepnya sedikit berjauhan daripada Islam. Itu pandangan aku yang tak berilmu ni. 
Harap ia mendapat perhatian Mizz Nina.

PANAS..!!! Ranking FIFA 162 - Skuad Rajagopal jatuh lagi..

 Seperti yang kita semua jangka, ranking FIFA untuk skuad kendalian Rajagopal telah jatuh gedebuk lagi. Alasan ranking FIFA tidak PENTING!! masih terngiang-ngiang kat lubang telinga ni ha. Atas sebab tertentu, baru-baru ini jurulatih itu sekali lagi membuat rakyat Malaysia tercengang. Dengan alasan skuad Harimau Muda adalah skuad pelapis dan skuad NEGARA lebih penting!! Sedangkan skuad Harimau Malaya hanya akan mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa. Kalau Ranking FIFA tak penting, kenapa dia ambil 5 player penting skuad Ong Kim Swee? Sedangkan skuad Harimau Muda akan menyertai 1 pertandingan di Vietnam. 

Klik sini untuk Berita lanjut


KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam.
Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam menunjukkan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu berada pada kedudukan ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas.
Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).

Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata.


Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata.


England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata.


Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara. - Bernama


HOT...!!! Laluan Panas Selebriti Malaysia


Siapa sangka yang laluan ini akan menjadi laluan "rahsia" selebriti tertentu di Malaysia?