Thursday, 4 October 2012

Juri American Idol Gaduh Sesama Sendiri

American Idol musim ke-12 menampilkan juri (dari kiri) Randy Jackson, Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban. Manakala Ryan Seacrest (tengah) sebagai pengacaranya.
LOS ANGELES: Gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta ketika ujibakat program realiti popular American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, di sini pada Selasa, Nicki Minaj menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi itu.
Nicki dan Mariah merupakan juri bagi program yang telah pun memasuki musim ke 12 bersama-sama dengan Randy Jackson dan Keith Urban.
Menurut laporan thesun.co.uk Nicky turut memaki dengan kasar terhadap penyanyi lagu Fantasyitu dengan mengancam mahu menendangnya keluar.
"Aku dah hilang sabar dengan kau. Setiap kali kau memandang rendahkan aku, aku abaikannya.
Cubaan Keith dan Randy meredakan Nicki (rambut merah) tidak menjadi apabila penyanyi wanita itu lebih agresif memaki Mariah Carey (berbaju hijau).
"Aku tak sanggup nak duduk di sini (kerusi juri) setiap minit untuk beri kau peluang mengganggu aku," kata Nicki.
Keadaan tersebut membuatkan penerbit program itu terpaksa membatalkan penggambaran uji bakat tersebut selain risau memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kedua-dua selebriti tersebut sehingga program tersebut berkahir.
Di fahamkan, rasa tidak puas hati Nicki terhadap Mariah sudah lama dipendam apabila Mariah dikatakan memandang rendah terhadap bakat nyanyian Nicki.
Malah, beberapa laporan media mengatakan Mariah tidak senang dengan kehadiran Nicki dalam AI-12 kerana menganggap penampilan penyanyi lagu Starship itu mengubah konsep program pencarian bakat menjadi seperti pertunjukan sarkas.

No comments:

Post a Comment