Seperti yang kita semua jangka, ranking FIFA untuk skuad kendalian Rajagopal telah jatuh gedebuk lagi. Alasan ranking FIFA tidak PENTING!! masih terngiang-ngiang kat lubang telinga ni ha. Atas sebab tertentu, baru-baru ini jurulatih itu sekali lagi membuat rakyat Malaysia tercengang. Dengan alasan skuad Harimau Muda adalah skuad pelapis dan skuad NEGARA lebih penting!! Sedangkan skuad Harimau Malaya hanya akan mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa. Kalau Ranking FIFA tak penting, kenapa dia ambil 5 player penting skuad Ong Kim Swee? Sedangkan skuad Harimau Muda akan menyertai 1 pertandingan di Vietnam.
Klik sini untuk Berita lanjut
KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan
persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan
kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus
menjunam.
Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam
menunjukkan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu berada pada kedudukan
ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan
lepas.
Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni
tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153
(Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).
Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.
Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata.
Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata.
England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata.
Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara. - Bernama
No comments:
Post a Comment