Thursday, 18 October 2012

Gempar motosikal terbang, tiga remaja cedera

Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
 
JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.

Sumber - Sinar 

Lelaki ditemui mati tergantung dalam lokap polis

GEORGETOWN - Seorang pemandu lori yang ditahan kerana disyaki terbabit kes narkotik didapati menggantung diri ketika berada dalam lokap Balai Polis Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS), petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berusia 47 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan tergantung dengan lilitan seluar lokap yang diikat pada jeriji.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat, berkata, suspek yang didapati positif HIV dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk pecah rumah, samun dan dadah, ditahan 15 Oktober lalu.
"Lelaki ditahan kerana memiliki satu paket dan dua straw yang dipercayai berisi heroin seberat 7.62 gram di Sungai Acheh," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan dan Ikrar Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini,hari ini.
Menurutnya, selepas menahannya, lelaki itu ditahan dalam lokap berkenaan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Beliau berkata suspek, seorang duda dan mempunyai seorang anak, berkelakuan normal dengan anggota yang bertugas di situ, sebelum anggota itu turun mengambil makanan untuknya.
“Dalam masa lima minit, anggota itu naik semula ke tingkat atas yang menempatkan lokap dan mendapati lelaki itu dalam keadaan tergantung dengan lilitan cebisan seluar lokap yang diikat pada jeriji.
“Satu laporan berhubung penemuan mayat lelaki itu sudah dibuat dan mayatnya dihantar ke Hospital SeberangJaya untuk bedah siasat pagi ini,” katanya.
Shafien berkata, polis terus menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti puncanya membunuh diri.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis berjaya menghubungi ahli keluarga suspek untuk memaklumkan inisiden itu," katanya.

Sumber - Sinar

Tahniah Harimau Muda....

PIALA NEWSPAPER 2012

Malaysia B21 [4-2] Sydney FC B21

Syahrul Azwan 6', 18'

Hazwan Bakri 76'
Irfan Fazail 85'

 


TERKINI..!!! Train Ktm Komuter Tergelincir

Train ktm komuter Ktm dari arah Rawang ke Kuala Lumpur terganggu. Ini kerana Train 4 gerabak tergelincir dari laluan di  kawasan sebelum stesen putra. Hanya 1 laluan / track yang akan digunakan utk laluan stesen putra ke Kuala Lumpur.

Hari ni, selama 2 jam perjalanan dari sg buloh ke Kuala Lumpur. Harap agar pengguna ktm komuter akan memikirkan transport alternatif daripada buang masa menunggu Train.