Wednesday, 24 October 2012

Super hot Selena Gomez santai berbikini sambil kaki terbuka luas!

Phew..kami akui kami memang ada sedikit 'soft spot' pada Selena Gomez ni dan kami tak dapat memikirkan kenapa ianya berlaku.

Ya, memang gadis ini cantik, berbakat apatah lagi dengan hanya mengenakan bikini, ianya menjadi bertambah hot!

Hmmm..mungkin secara jelasnya, tidak seperti gadis-gadis seusianya, Selena jarang dikaitkan dengan skandal-skandal yang serius dan hangat. Beliau juga jarang berparti dan berkelakuan gila-gila.

Selena hanyalah seorang gadis remaja yang nampaknya berfikiran secara waras. Ini yang menyegarkan mata memandang apabila memandangnya.

Beberapa keping foto yang diambil oleh paparazzi di Miami, Florida memperlihatkan gaya remaja Selena yang sangat releks dan santai...kecuali cara lepak kangkang yang agak melampau tu biasalah kot...nama pun gambar curik!

Kami rasa Selena punya masa depan yang cerah dalam industri hiburan ini jika beliau bijak membuat pilihan.

Foto : Izara Aishah Kini Duta Produk “Secret Garden”


Tahniah diucapkan pada pelakon Vanilla Coklat, Izara Aishah kerana baru saja dilantik sebagai duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden. Produk buatan tempatan ini telah memilih Izara secara khusus kerana penampilan Izara yang sentiasa cantik dan bertenaga.
“Beliau dipilih kerana memiliki kecantikan semulajadi, gaya hidup aktif dan mempunyai gaya tersendiri, mudah mesra, bijak dan berbakat dalam kerjaya pilihannya,” Mahmud Saidoo, Pengurus Besar Secret Garden.
Izara telah dilantik sebagai duta Secret Garden selama setahun bermula 1 September 2012 sehingga 31 Ogos 2013.
Izara dalam kenyataannya memberitahu bahawa pemilihannya sebagai duta jenama Secret Garden adalah satu penghormatan bagi dirinya.
“Saya telah menggunakan produk Secret Garden untuk sekian lama dan tidak permah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti saya akan menjadi duta jenama Secret Garden.
“Saya teruja untuk mewakili Secret Garden dalam tempoh beberapa bulan akan datang.”
Untuk pengetahuan, Secret Garden telah memperbaharui logo mereka serta melancarkan rumusan syampu baru bagi wanita. Paling menarik, Secret Garden buat pertama kalinya turut melancarkan produk yang baru untuk lelaki. Maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my.
Lagi beberapa keping foto terbaru Izara Aishah.

Source - OhBulan!


Emma Maembong Kesal Dan Minta Maaf


Gadis sunti yang memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang terindah sedikit sebanyak telah melonjakkan namanya dalam industri seni. Walaubagaimanapun, kehidupan seorang artis tidak selamanya akan indah. Pasti timbul isu panas, lebih-lebih lagi jika artis tersebut mula popular.
Menerusi Pancaindera yang diterbitkan pada Ahad lalu, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20 tahun, disifatkan sebagai seorang yang “minah propa” akibat gagal menghadiri sesi fotografi yang telah dijanjikan. Namun, setelah menemubual artis jelita itu, beliau mempertahankan diri dengan membuat penjelasan bahawa beliau lewat satu jam kerana sakit teruk, malah pihak berkenaan turut sedia maklum tentang masalah kesihatannya itu.
“Saya tidak mengenali Syed, malah saya berurusan dengan pihak lain dan kenapa pihak lain pula yang mengeluarkan cerita ini? Bagi saya, ini salah paham. Saya sakit teruk dan semua krew tahu saya sakit teruk. Benar temujanji tersebut pada pukul 11 pagi, tetapi akibat masalah kesihatan  saya terlewat 1 jam dan  12 tengah hari saya call mereka untuk datang, tetapi mereka suruh saya tak payah datang kerana makeup artis dan krew semuanya sudah balik.”
Akibat rasa serba salah, Emma meminta maaf dan ingin menggantikan kesalahannya dengan mencari makeup artis sendiri. Namun, pihak tersebut menyatakan suasana amat kelam kabut dan sesi fotografi terpaksa dibatalkan.
Bukan itu sahaja, Emma turut terkejut dan sedih dengan cerita yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, “Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada sakit jika bekerja lebih masa, namun Emma tetap gagah untuk ke temujanji Pancaindera walaupun lewat sejam dengan menawarkan makeup artist.”
Sebelum ini, beliau turut menyatakan bahawa kesemua temujanji yang dijadualkan pasti beliau akan datang tepat pada masanya dan kenyataan bahawa Emma tak memberikan makluman awal kepada mana-mana pihak adalah tak benar sama sekali. Cuma pada hari itu beliau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan rutin hariannya terganggu.
Emma turut menambah, “Kebiasaanya kalau majalah, mereka akan menunggu 2, 3 jam sampai artis datang, tetapi atas kelewatan Emma selama 1 jam kerana tidak sihat, pihak berkenaan mengatakan tak payah hadir ke sesi fotografi. Apa-apa pun, Emma tidak menyalahkan mereka malah Emma turut mengaku kesalahan yang dilakukan.”
Akhir kata Emma turut berpesan kepada si pembuat cerita supaya bertanya dahulu kepada beliau tentang masalah yang dihadapi sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kerjayanya.

Sumber - OhBulan!

Foto Terkini Artis Mengandung. Comelnye!!

Nampaknya tahun ini ramai artis wanita yang mengandung dan kebanyakannya adalah baru pertama kali bergelar seorang ibu.
Berikut merupakan Top 5 foto artis mengandung dan kesemuanya kelihatan sungguh comel sehingga boleh dikategorikan sebagai “Hot mummy wannabe.”
Antara lima artis ini, siapakah yang paling comel??
Fasha Sandha
Eira Syazira
Faezah Elai
Ning Baizura
Lina Teoh

Sumber - OhBulan!




Foto : Fizz Fairuz Bergambar Ala “Gangnam Style” Di Korea



Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz, 33 tahun, telah berkongsikan beberapa keping gambarnya di laman Twitter dan Instagram untuk tatapan peminat semasa dia di negara Korea.
Fizz Fairuz tampil dengan personalitinya yang tersendiri sambil bergambar ala-ala “Gangnam Style” dengan latar belakang yang menarik. Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Fizz, suasana di Korea amat ceria dan menakjubkan.
Malah, dia juga sempat bergambar bersama salah seorang wanita Korea. Fizz Fairuz juga tampil  memakai jaket tebal di malam hari akibat faktor suhu yang sejuk. Menerusi laman Twitter, dia juga sempat menjejakkan kaki di Everland theme park untuk melihat perarakan kereta berhias.
Berikut merupakan foto-foto beliau di Korea :



Fiza Selamat Melahirkan Bayi Perempuan


Sebaris dengan calon-calon hebat seperti Neelofa, Anzalna dan sebagainya dalam Pertandingan Dewi Remaja 2010. Bintang kelahiran dari Pertandingan Dewi Remaja 2010 ini menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan iaitu Mohd Syahzereen Shah Shahril dalam usia yang muda. Penghijrahan besar yang dilakukan oleh selebriti jelita ini dengan berhijab sedikit sebanyak telah menyerlahkan lagi personaliti ayunya dalam bergaya.


Baru-baru ini, Hafizah Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Feez, 23 tahun, anak kedua dari empat beradik ini telah selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Dara Nurdhuha Munawwarah dan masih lagi dalam tempoh pantang. Bayi perempuan yang comel seperti ibunya itu dilahirkan melalui kaedah normal pada pukul 5.46 petang dengan berat 2.96kg. Feez kini kurang aktif dalam industri hiburan bagi menumpukan sepenuh perhatiannya  terhadap keluarga tercinta. Model ini turut berkongsi sekeping foto bayinya yang baru lahir dilaman Facebooknya iaitu “(Feez Sulaiman) Hafizah Sulaiman”.
Berikut merupakan foto-foto beliau :

Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Pemilik Lotus

Aktres jelita, Maya Karin akui dirinya masih lagi solo dan tidak menolak dakwaan sememangnya dia mempunyai ramai kawan. Akan tetapi timbul spekulasi yang mengatakan kononnya dia bencinta dengan pemilik Lotus, apabila aktres ini telah bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula satu di Singapura September lalu.
Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan.
Dengan memegang status single, Maya Karin turut akui dirinya suka meluangkan masa dengan melancong ke serata dunia dan tidak menolak berkemungkinan aktres jelita ini akan bertemu dengan sesiapa sahaja yang mungkin akan menjadi jodohnya.
Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu. Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin, biarlah ia berlaku secara semulajadi.
Sumber : Kosmo Online

HOT..!!! Foto : Fina AF9 Tindik Pusat, Kini Makin Daring?

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.
Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.
Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

“Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”
Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.
Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,”Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.”
“Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka,” tambahnya lagi.
Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.
“Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?
“Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana,” jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.
Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.
“Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok ‘live band’ dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok ‘live band’ bersama keluarga saya.”
Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,”Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana.”