Wednesday, 24 October 2012

“Saya Memang Nak Kahwin” – Kamal Adli Jelas Status Dengan Intan Ladyana


Tetap laku, pasangan selebriti iaitu Kamal Adly dan Intan Ladyana masih menjadi bualan para peminat walaupun keduanya belum mengumumkan lagi bilakah mereka merancang untuk berumahtangga. Keduanya sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga Kamal Adli sendiri mengaku, mereka jarang bertemu walaupun sudah lebih 3 tahun bercinta.
Majlis pelancaran drama terbaru berjudul ‘Putera Rayyan’ arahan Murali Abdullah di Restoran Rebung, Bangsar semalam memberikan kesempatan pada OHBULAN! untuk menemubual jejaka berusia 26 tahun ini yang kini popular dengan beberapa siri drama di TV3.
Kamal Adli dalam temubualnya memberitahu bahawa hubungannya bersama Intan Ladyana masih bagus dan keduanya saling sayang-menyayangi.
“Hubungan kami masih ok, tiada apa masalah pun. Saya tak curang, dia pun tak curang,” ujar Kamal dengan nada bergurau.
Ditanya bilakah dia akan masuk meminang Intan Ladyana, bekas graduan Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) ini memberitahu, “Bukan tak mahu masuk meminang, tapi saya sedang membina nama saya. Saya dengan Intan pun sudah 3 tahun. Bunyi macam dah lama, tapi kalau ikutkan, masa kami berjumpa macam baru satu tahun je.”
“Saya memang nak kahwin, tapi saya berterima kasih pada dia (Intan) sebab faham dan saya hormati dia kerana sanggup tunggu saya,” tambah Kamal lagi.
Kamal turut memberitahu, jika sampai masanya, dia akan mengumumkan pada semua jika ada berita gembira daripadanya.
“Kalau sudah ada perancangan, saya akan terus bagitahu dan saya takkan sorok dari sesiapa pun,” jelas pelakon ini lagi.
Dalam pada itu, Kamal Adli akan memegang watak utama dalam drama terbaru berjudul ‘Putera Rayyan’. Turut tampil dalam drama terbitan A. Aida Production ini ialah pelakon baru, Nad Zainal sebagai Arisa dan juga Miera Liyana sebagai Anisa.



Drama ini mengisahkan tentang Putera Rayyan yang mahu menuruti pesanan terakhir ayahnya untuk memilih salah seorang diantara 2 orang anak perempuan anak Dato’ Norman sebagai calon isterinya. Dengan bantahan dari ibunya, adakah Putera Rayyan dapat menuruti kehendak ayahnya? Apakah cara yang akan dilakukan oleh Putera Rayyan?
‘Putera Rayyan’ akan mula bersiaran pada 31 Oktober ini pada jam 10.3o malam, setiap hari Selasa & Rabu, manakala pada hari Khamis ia akan disiarkan pada jam 9.30 malam di TV3.

Source - OhBulan!

No comments:

Post a Comment