DOVER - Selepas menunggu lebih 72 jam, perenang Malaysia akhirnya
dibenar menyeberangi Selat Inggeris oleh Persekutuan Renangan dan
Jurumudi Selat (CS&PF).
Pasukan berganti-ganti akan memulakan renangan sementara perenang solo Estino Taniyu dijangka berenang pagi esok kerana bot yang akan memantaunya akan digunakan untuk memantau perenang dari negara lain.
Pasukan seramai enam orang itu terdiri daripada Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad yang akan berenang dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis dan kembali ke Dover.
Mereka akan memulakan ekspedisi kira-kira 1 pagi waktu tempatan dan 8 pagi waktu Malaysia.
Ekspedisi yang dinamakan 'Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia' (RPSI1M) adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Angin dilaporkan bertiup antara 15 hingga 20 km sementara ombak sekitar Force 2 hingga 4.
Suhu air ialah antara 13 hingga 15 darjah Celcius, lebih rendah dari suhu yang dijangka iaitu 16 darjah Celcius.
Pasukan tersebut dijangka menghabiskan renangan dalam tempoh antara 20 hingga 25 jam.
Ketua Pegawai Eksekutif kelab tersebut Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin pasukan Malaysia mampu menguasai Selat Inggeris. - Bernama

No comments:
Post a Comment