KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan
perhimpunan aman bagi membantah filem `Innocence of Muslims' dan
tindakan sebuah majalah Perancis, `Charlie Hebdo' menerbitkan kartun
memaparkan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan bogel di pekarangan Masjid
Jamek Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat esok.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang yang terdiri
daripada ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dan wakil-wakil
pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) dijangka menyertai perhimpunan itu.
``Secara dasarnya, kita bersepakat dengan Dewan Pemuda Pas untuk
membantah perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW namun
perhimpunan dianjurkan secara berasingan bagi melicinkan urusan kawalan
keselamatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pemuda UMNO.
Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan akan mengetuai perhimpunan
anjuran sayap berkenaan selepas solat Jumaat esok dan mereka
dijadualkan berkumpul di pekarangan bangunan Lembaga Tabung Haji di sini
sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
No comments:
Post a Comment