SELAMAT sudah pasangan ini daripada kontroversi yang
melanda mereka. Selesai majlis akad nikah pelakon Izreen Azminda Mohd
Aznam, 28, sudah boleh menarik nafas lega kerana sah bergelar isteri
kepada jejaka pilihan hatinya jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin,
29.
Dengan dua kali lafaz, majlis akad nikah yang diadakan di Darulaman Golf and Country Club, disaksikan oleh kaum keluarga dan sanak saudara terdekat berlangsung dengan lancar dan meriah.
Izreen yang dinikahkan sendiri oleh ayahnya Mohd. Aznam Mohd. Nor dan menerima mas kahwin RM999 berserta wang hantaran sebanyak RM 19,001 daripada Riza. Tiada makna tersirat atas angka tersebut sekadar nombor kegemarannya Riza yang kemudian dijadikan sebagai wang hantaran.
Memilih 30 Ogos yang juga tarikh lahir Izreen, ujar pelakon yang dikenali sebagai Cikgu Zakiah drama Juvana, ia sekali gus memudahkannya untuk mengingati tarikh istimewa itu.
“Tarikh ini dipilih kerana ia memudahkan saya mengingatinya. Selain itu majlis ini juga diadakan pada 30 Ogos kerana keesokannya pula adalah hari kemerdekaan negara jadi lebih memudahkan urusan majlis hendak dilangsungkan. Mengambil kesempatan cuti umum memudahkan rakan taulan dan sanak saudara berkumpul pada majlis yang sangat bererti buat saya ini,” jelas Izreen yang cantik ditata rias oleh jurusolek terkenal Deqsha selain anggun dengan busana Islamik Arab rekaan Shanell Harun pada majlis akad nikahnya.
Pasangan pengantin memilih tema biru laut bertepatan dengan ketenangan yang kedamaian yang diharapkan dalam rumah tangga mereka kelak.
Bermula dengan usikan rakan
Bercerita perkenalannya dengan lelaki yang menjadi pasangan hidupnya kini kata Izreen yang ditemui di dalam majlis resepsi yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar ia bermula ketika masing-masing terlibat dalam satu penggambaran drama. Dari sekadar usikan teman, Riza kemudian serius mendekatinya.
“Walaupun perkenalan kami boleh dikatakan bermula dengan usikan rakan-rakan di lokasi penggambaran tetapi Riza serius. Kesungguhannya untuk mendekati saya dengan cara yang betul benar-benar membuka hati dan mata saya untuk terus mengenali Riza.
‘Semua itu berlaku ketika di lokasi penggambaran drama Tentang Dhia. Waktu itu ada yang berkata muka kami hampir seiras dan ada jodoh, tidak sangka kata-kata itu membawa kami ke jinjang pelamin akhirnya,”ujarnya yang terlebih dahulu mengikat tali pertunangan selama lapan bulan sebelum dinikahkan.
Dalam pada itu kata pelakon yang turut membintangi drama Jangan Ambil Padang Kami ini cara Riza melamarnya juga cukup menarik hatinya. Ia cukup manis biarpun tanpa luahan kata-kata yang romantis.
“Dia meletakkan cincin di ‘dashboard’ kereta saya tanpa berkata apa-apa. Saya juga menjawab lamaran itu dengan senyap. Keesokan harinya ke tempat shooting saya hanya memakai cincin itu di jari sebagai tanda saya menerimanya.
“Kami juga tak mahu membuang masa, setahun perkenalan kami bertunang dan hari ini kami disatukan dengan ikatan yang sah,’ cerita Izreen yang menggayakan rekaan daripada Azura Coutour di majlis resepsinya.
Tanggungjawab besar menanti
Sementara itu kata Riza pula dia cukup bersyukur kerana perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar dan apa yang pasti katanya tanggungjawab besar menantinya selepas itu setelah bergelar suami.
“Selesai majlis ini saya berasa sangat lega dan syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis ini berjalan dengan lancarnya. Walaupun sebelum ini ada banyak hal-hal mengenai saya diperkatakan tetapi hari ini saya boleh katakan itu semuanya sudah terpadam.
“Pastinya juga tanggungjawab besar menanti saya sebagai seorang suami dan apa yang mampu saya katakan saya akan lakukan yang terbaik untuk perkahwinan kali ini. Saya mahu menjadi suami yang baik buat Izreen dan saya mengharapkan semua orang mendoakan kebahagiaan buat kami berdua,”ungkapnya tenang.
Berbicara tentang isterinya yang jelita kata lelaki ini kehadiran Izreen cukup membahagiakan dirinya dan banyak mengisi kekosongan hatinya.
* Laporan lanjut termasuk rahsia lokasi bulan madu, dapatkan majalah Mingguan Wanita edisi terbaru di pasaran

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment