Wednesday, 26 September 2012

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri




Apakah Hukum Menjilat Kemaluan Isteri?

Para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.


Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.

Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

1.Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi
berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam.

2.Yang mengharamkan:

Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan,
Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.

Pakar sakit puan,
Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.

Seorang ilmuan Islam,
Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan

No comments:

Post a Comment