GEORGETOWN 19 Sept. (Bernama) - Cawangan Penguatkuasa Farmasi Pulau
Pinang sedang menyiasat enam kes iklan ubat yang memaparkan maklumat
kurang tepat serta mengelirukan di negeri itu setakat Ogos lepas.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kuatkuasa) Cawangan Penguatkuasa
Farmasi negeri Nor Aniza Ahmad berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak
sembilan kes dilapor dan tujuh dibawa ke mahkamah.
Kesalahan yang dilakukan melalui iklan itu adalah melibatkan perkhidmatan.
Perkhidmatan yang mengatakan boleh merawat penyakit yang tidak dibenarkan seperti penyakit jantung, kecacatan buah pinggang.
"Selain itu, iklan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada
Kementerian Kesihatan dan Lembaga Iklan Ubat. Kesalahan-kesalahan
sebegini yang akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas
sesi dialog antara Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri dan media, di
sini hari ini.
Turut hadir pada sesi dialog itu adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Mohd Yunos Shaari.
Nor Aniza berkata setakat ini tindakan hanya dikenakan kepada tuan punya iklan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment