Wednesday, 3 October 2012

Amanda Imani Terkejut Tatu Sementara Diperbesarkan

Amanda Imani Terkejut Tatu Sementara Diperbesarkan

Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 1 OKT 2012: Penyanyi, Amanda Imani tidak menjangka bahawa tatu sementara yang dipakai secara suka-suka ketika menghadiri acara pembukaan butik H&M pada minggu lalu akan diperbesarkan oleh sebuah akhbar tabloid mingguan semalam.
"Saya terkejut apabila ada seorang fans (peminat) menghantarkan keratan berita akhbar mengenai isu tatu tersebut ke akaun Twitter saya. Saya sendiri tidak sedar berita itu telah pun disiarkan semalam.
"Terus-terang saya berasa amat lucu kerana tidak sangka isu tatu sementara itu akan diperbesarkan. Sepatutnya, mereka bertanyakan kepada saya dahulu sebelum menulisnya," katanya yang dihubungi murai.com.my.
Dalam akhbar tabloid itu isu tatu Amanda Imani diulas dalam sebuah artikel bertajuk Tatu Kaki Amanda . Namun artikel tersebut dipercayai ditulis dalam ruangan gosip.
Mengulas lanjut mengenai tatu sementara itu, Amanda memberitahu, ia sebenarnya merupakan pelekat tatu sementara yang dihadiakan oleh seorang rakannya yang baru pulang dari Amerika Syarikat sebagai buah tangan.
"Saya terima kerana ianya hanya sekeping pelekat tatu yang mempunyai pelbagai bentuk tatu yang menarik.
"Tatu yang saya gunakan itu berbentuk bulu Red Indian. Ianya tidak tahan lama dan saya hanya mampu gunakan untuk dua hari sahaja kerana selepas itu tatu itu akan hilang dengan sendirinyaselepas beberapa kali mandi dan dibasuh," jelasnya lagi.
Jelas Amanda lagi, dia bagaimanapun tidak mahu ambil hati terhadap sesiapa pun yang telah tersalah anggap mengenai tatu sementara itu. Begitupun, dia mengakui masih tahu menjaga batas-batas sebagai seorang Islam dan tidak akan melakukan perkara terlarang seperti itu.
"Saya tidak ambil hati pun kalau mereka fikir itu betul. Saya tahu apa yang mereka lihat itu adalah first impression mereka terhadap saya. Saya tidak salahkan mereka. Namun mereka perlu tahu bahawa saya tahu dan sedar batas-batas saya sebagai seoranG islam dan tidak akan berbuat demikian (melakukan tatu kekal )," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru Amanda, dia yang sudah pun keluar dengan single terbaru berjudul Fobia Cinta akan bersiap- sedia untuk menjayakan penggambaran muzik video single berkenaan pada 4 Oktober ini.

Sumber - Murai

No comments:

Post a Comment