Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto ihsan Memey & Norman
KUALA LUMPUR, 3 OKT 2012: Pelakin Memey Suhaiza dan
Abby Abadi yang sebelum ini telah berjaya meleraikan persengketaan
mereka pada ramadan lalu kini dilihat semakin akrab dan sering
berhubungan di antara satu sama lain.
Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah menghabiskan masa di Genting
Highlands pada hujung minggu dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak.
Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Memey yang kini sarat
mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran Kempen Semarak Cinta untuk
saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire Place, semalam.
Pasangan ini telah diterbangkan ke Medan, Indonesia untuk berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan disana.
"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah
akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral
melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijingpula dalam masa terdekat
ini.
"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami
sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu
lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.
"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak
sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua,
Alhamdulillah,"cerita Memey mengenai hubungannya bersama bekas isteri
Norman Hakim itu.
Bercerita mengenai kandungan dan persiapan sebelum bersalin, Memey
menjelaskan persiapan masih lagi diperingkat awal. Dia juga belum lagi
mengidam sebarang menu yang pelik semenjak disahkan mengandung akhir Jun
lalu.
"Abang Norman dan saya dah merancang untuk membuat persiapan rapi bila
kandungan memasuki usia tujuh bulan. Cuma lokasi untuk bersalin sahaja
yang dah dikenalpasti iaitu tempat yang sama ketika Abby bersalin dulu.
"Semua aktiviti seni saya hentikan dahulu untuk berehat. Lagipun saya
sering alami contraction dan morning sickness yang agak teruk. Jadi
sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi saya memang teruja menunggu
kelahiran ini.
"Kalau pasal mengidam buat masa ini belum lagi teringin nak makan yang
pelik-pelik. Setakat benda yang ada depan mata sahaja tapi tak tahulah
lepas ni,"ujarnya berseloroh ditanya mengenai pengalaman pertama
mengandung.
Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia dijadualkan bersalin pada
penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey dan Norman yang berkahwin
pada 24 September tahun lalu telah menghabiskan ulangtahun pertama
perkahwinan mereka di Medan atas tajaan Air Asia untuk program Destinasi
Cinta Bersama Air Asia.
Sumber - Murai
No comments:
Post a Comment