Wednesday, 3 October 2012

Keluarga jadi keutamaan Nicky


Nicky Astria

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Mengapa, Nicky Astria akhirnya kembali mengubati kerinduan peminatnya apabila tampil dengan album baru, Retrospective.

Menyentuh mengenai keputusannya untuk kembali dalam bidang nyanyian, Nicky berkata, ia dibuat selepas mendapat restu dari keluarga terutamanya suami.


"Ramai yang berjumpa saya, mengakui rindu dengan nyanyian saya. Selepas berfikir semasak-masaknya dan mendapat restu keluarga dan suami, saya akhirnya membuat keputusan untuk kembali," katanya yang ditemui semasa pelancaran albumnya itu, kelmarin.


Nicky berkata, walaupun kembali aktif selepas ini, dia tetap mengutamakan keluarga kerana dia mahu hubungan kekeluargaannya sentiasa utuh.


"Bagi saya, tanpa keluarga, hidup saya tidak lengkap. Memang sejak dahulu lagi, saya mengimpikan mempunyai suami dan anak-anak yang baik.


"Bila saya sudah memilikinya, saya sangat menghargai anugerah Allah SWT kepada saya," katanya.

Sumber - Sinar 

No comments:

Post a Comment