KAMUNTING, 1 OKTOBER 2012: Naib Juara Dewi Remaja,
Izara Aishah akui hatinya kini lebih lega, malah dia langsung tidak
menyesal dengan sikap keterbukaaanya itu apabila mendedahkan status
dirinya sebagai kekasih orang.
Bahkan, Izara Aishah memberitahu dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa
pun daripada umum terutama yang berkaitan dengan status dirinya kerana
tidak mahu digelar penipu kelak.
"Sebenarnya saya sudah lama pun mempunyai kekasih dan saya selalu akan
bersikap terbuka setiap kali orang bertanyakan mengenainya. Malah,
keputusan untuk memberitahu status sebenar saya bukanlah datang daripada
permintaan kekasih saya, tetapi saya sendiri yang hendak
berterus-terang.
"Kalau hendak ikutkan, kekasih saya tidak bersetuju saya memberitahu
mengenai status saya kerana dia merasakan ianya tidak perlu untuk
diketahui umum tetapi saya bertindak untuk bersikap terbuka.
"Saya lebih senang berterus-terang, biar orang tahu yang saya memang
ada kekasih. Saya lebih suka bersikap terbuka dan jujur mengenai
hubungan ini.
"Lagipun, saya tak mahu orang mengatakan yang saya penipu, tiada
kekasih. Apabila saya berterus-terang begini, saya rasa lebih tenang dan
tiada tekanan," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di lokasi
penggambaran filem Balun di Batu Kurau, Perak, baru-baru ini.
Walau bagaimana pun, Izara tetap mahu merahsiakan siapa gerangan
kekasihnya kerana dia merasakan ia teralu peribadi untuk diketahui umum.
"Saya tidak tertekan dengan keadaan sekarang selepas bersikap terbuka
dengan status saya, tetapi saya harap semua pihak tidak memaksa saya
untuk memberitahu siapa sebenarnya kekasih saya.
"Cukuplah, orang tahu dia kekasih saya apabila terlihat saya keluar berdua atau dating bersama seorang lelaki," luahnya lagi.
Izara yang bakal muncul dalam filem KL Zombie tidak lama lagi kini
sedang menjalani penggambaran filem Balun bersama pelakon-pelakon lain
seperti Beto Kusyairy, Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi.
Sumber - Murai
No comments:
Post a Comment