KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2012: Status hubungan sebenar
aktres Neelofa dengan Hans Isaac masih lagi menjadi tanda biar sebelum
ini telah tersebar gosip yang mengatakan mereka benar-benar serius
bercinta.
Apatah lagi bila tersebarnya cerita yang mengatakan mereka telah
bercuti bersama-sama di Thailand baru-baru ini hingga memaksa Neelofa
menjelaskan situasi yang sebenar bahawa ianya tidak benar.
Hakikatnya, Neelofa bercuti di Phuket bersama teman-temannya, manakala
Han Isaac menghabiskan percutian di Koh Samui bersama keluarga dan
kawan-kawan yang bermain golf bersama-sama.
Apapun, kisah hubungan Neelofa dengan Han Isaac masih belum reda.
Malah, sewaktu ditemui di majlis memperkenalkan Neelofa sebagai duta
baru kepada jenama tilem terkenal King Koil semalam, aktres cantik
kelahiran Kelantan ini masih diasak dengan soalan yang sama daripada
para media yang mahu tahu status sebenarnya dengan Hans Isaac.
"Kalau boleh saya tidak mahu komen dulu atau memberi sebarang ulasan
kepada gosip atau soalan yang bertanyakan hubungan kami. Yang jelas saya
memang berhubung dengannya sebagai teman artis. Lagipun asyik saya
sahaja yang membuka mulut mengenai perkara ini, rasa macam kurang manis
pula.
"Tetapi bukanlah ertinya anda harus bertanya kepada dia. Semua pun tahu
Hans baru sahaja kehilangan ibunya, jadi keadaan sekarang mungkin tidak
sesuai untuk memberi sebarang kenyataan,"jawabnya ketika ditanya
mengenai perkembangan hubungannya bersama aktor kacak tersebut.
Baru sahaja dilanda gosip namun Neelofa mempunyai pandangannya yang
tersendiri mengenai perkara tersebut dan melihatnya daripada sudut yang
positif.
"Baru ingat nak rileks dan release tension waktu cuti dua hari
tersebut, pun kena juga cerita panas. Tetapi apa nak buat sudah lumrah
artis, sering diperhatikan dan saya tidak salahkan pada mereka yang
memulakan cerita ini.
"Mungkin di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati dalam
sebarang tingkah laku atau perbuatan untuk mengelakkan tercetusnya gosip
seperti ini. Alhamdulillah, yang agak mengejutkan saya bila para
peminat lebih menegur saya mengenai lakonan bagi Kau Yang Terindah
walaupun setelah tercetusnya gosip tersebut.
"Secara tidak langsung saya percaya, peminat saya akan lebih melihat
kepada kemajuan karier saya daripada perkara-perkara yang akan
memburukkan nama saya,"jelasnya kepada murai.com.my dalam nada yang
tenang.
Baru sahaja selesai penggambaran drama Trilogi Cinta, Neelofa akui dia
terlalu sibuk dan akan berehat buat seketika daripada berlakon. Selain
itu dia juga sibuk dengan pengacaraan dan tekah dirisik beberapa pihak
untuk mengambilnya sebagai pengacara.
Duta bagi tiga jenama terkenal iaitu AVON, Petronas dan yang terkini
King Koil ini akan sibuk semula di lokasi untuk menjayakan filem Pilot
Café arahan Osman Ali yang akan memulakan penggambaran pada awal Januari
depan.
Sumber - Murai
No comments:
Post a Comment