Hampir 13 tahun dirinya bersembunyi dan menghilang dari arena
industri muzik, benarkah Nadia kecewa dengan perjalanan seninya sehingga
mengambil keputusan untuk memecilkan diri dari dunia yang penuh dengan
kehibaan populariti ini.
Berkesempatan bersua muka denganya baru-baru ini menampakkan aura positif buat penyanyi yang bersuara serak basah ini. Alur senyumanya bagaikan tersembunyi kisah selama 13 tahun hilangnya dari dunia seni. Lantas crew kami bertanya kemana dirinya pergi selama ini.
Ujar Nadia menyusun bicara “Saya dulu berhenti menyanyi kerana mahu memberi tumpuan kepada urusan rumahtangga yang telah dibina pada waktu itu. Jadi saya tinggalkan dunia seni. Tapi itu dulu, sekarang sudah hampir 2 tahun saya sudah berpisah dengan bekas suami. Jadi bila dah kembali solo ni ada banyak masa untuk berkarya dan sebab itu saya membuat kemunculan semula berbekalkan sebuah lagu baru yang berjudul ‘Hanya Untukmu’.”
“Jadi kalau ada dakwaan yang mengatakan saya menyepi hampir 13 tahun dari bidang ni kerana kecewa dengan pencapaian diri sendiri itu memang tidak betullah. Tidak ada apa yang perlu saya kecewakan sepanjang bergelar artis.”

Nadia juga menjelaskan yang dia tidak ambil peduli jika kemunclan
semulanya ini dipandang sepi oleh banyak pihak kerana baginya apa yang
penting adalah kepuasan berkarya.
Tambahnya “Kalau ada yang suka dengan kemunculan saya Alhamdulillah, itu juga yang saya harapkan. Kalau tak ada pun tidak ada apa-apa masalah buat saya. Yang penting saya nak berkongsi karya saya. Lagipun lagu Hanya Untukmu ini adalah ciptaan saya sendiri dan ianya lain dari lagu saya sebelum ini.”
Sempat juga kami bertanya tidakkah lirik lagu ini berkisar tentang kehidupan dirinya, Nadia tidak mengiyakanya. Sebaliknya menjelaskan setiap karya yang dibuatnya adalah apa yang dilihat disekelilingnya dan mengakui tidak menolak kemungkinan untuk menulis lagu tentang kisah hidupnya sepanjang 13 tahun menyepi.

No comments:
Post a Comment