Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan “insyaallah” di dalam Bahasa Melayu @tulisan Jawi/Bahasa Arab?
Terdapat
ramai orang yang telah tersalah sangka mengenai cara yang betul mengeja
perkataan “insyaallah”. Bahkan dalam website berbahasa Arab juga banyak
yang membahaskan mengenai masalah ini. Dua ejaan yang sering ditulis
oleh kita adalah إنشاء الله & إن شاء الله (huruf nun sambung atau tidak). Mengikut
aturan tulisan Jawi, mana-mana perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam
dari Bahasa Arab maka ejaannya hendaklah dikekalkan sebagaimana ejaan
asal (B. Arab). Oleh itu, bagi melihat ejaan yang mana satukah yang
betul, maka kita hendaklah merujuk kembali bagaimanakah orang Arab
mengeja perkataan ini.
… Untuk pengetahuan anda, kedua-dua ejaan ini rupanya betul dan mempunyai maksud dalam Bahasa Arab! Akan TETAPI (ada tapi pulak), ejaan
yang mana satukah pula yang menyamai niat kita menyebut “insyaallah”?
Yang kita selalu ungkapkan “insyaallah” tu, apa yang kita maksudkan,
yang kita faham? Baik, mari kita teliti kedua-dua ejaan ini:
1) إن شاء الله : :ia adalah gabungan TIGA patah perkataan. إن, jika, kalau, dsb. شاء , kemahuan, hendak dsb. الله , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Dengan kehendak@ dengan izin Allah.
2) إنشاء الله : :ia adalah gabungan DUA patah perkataan. إنشاء, penciptaan, pembinaan. الله , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Penciptaan Allah’.
Nah,
tidakkah sahabat-sahabat melihat perbezaannya sekarang? Ia membawa dua
maksud yang sangat berlainan. Bahkan boleh terseleweng Aqidah, walaupun
hanya dengan ejaan yang berlainan tapi bunyi sama. Ejaan yang kedua itu,
إنشاء الله(huruf
nun sambung dengan syin) telah berlawanan dengan Sifat 20 yang telah
kita pelajari di sekolah dalam tajuk awal pelajaran Tauhid. Allah yang
bersifat Qadim adalah mustahil untuk berlaku penciptaan padanya. Juga
didalam Surah al-Ikhlas yang telah kita hafal sejak kecil dan sering
diulang-ulang dalam solat, telah menyatakan pada Ayat ke-3. Maksudnya: Ia (Allah) tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan.
Maka
dengan itu, hendaklah kita jelas & faham mulai saat ini bahawa
perkataan ‘insyaallah’ itu adalah hasil dari TIGA perkataan bahasa Arab,
In Sya Allah.
Bagaimana
pula jika kita ingin mengeja dalam tulisan rumi? Jawapannya menurut
Al-Faqir, ia terpulang kepada kita kerana pindahan perkataan Arab
kedalam tulisan rumi itu adalah mengikut bunyinya sahaja. Inilah
kelemahan dan keburukan kita mengeja perkataan berbahasa Arab bukan
dengan hurufnya yang asal, tetapi cuma mengikut bunyi sahaja kerana
Bahasa Arab itu boleh melahirkan dua perkataan yang sama bunyi tetapi
lain ejaannya dan lain pula makna keduanya.
Oleh
itu, saranan Al-Faqir bagi mengelak salah faham pada pembaca, adalah
lebih baik kita memisahkan ejaan ‘insyaallah’ itu mengikut perkataannya
yang asal dalam bahasa Arab: [In sya Allah].
Ini cuma bagi menjauhi kekeliruan pada pembaca@generasi masa2 akan
datang. Orang yang tidak mempelajari bahasa Arab itu lebih akan memahami
bahawa ‘insyaallah’ itu adalah gabungan dari dua perkataan bahasa Arab
jika kita menulis [insyaAllah, insya-Allah, I.Allah, insya Allah dsb] walaupun niat dan pemahaman kita adalah berlainan. Sekian, wallahu a’lam.
Selamat beramal! =)
No comments:
Post a Comment