Awal pagi kelmarin, kita digemparkan
dengan kejadian bencana alam, Taufan Sandy, yang membadai kota New York,
Amerika Syarikat. Difahamkan akibat kejadian tersebut, semua
pengangkutan awam Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas
dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat
terputusnya bekalan elektrik. Kejadian itu juga dilaporkan sebagai
bencana alam paling terus yang melanda kota metropolitan itu.
Bagaimanapun menurut laporan berita
tempatan, semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan
selamat. Termasuklah dua artis kita yang kini menetap di sana iaitu
pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Evans.
Beberapa jam lalu, berdasarkan akaun Twitter Liyana Jasmay menulis, situasi di sana sangat buruk - angin kuat. walaubagaimanapun pelakon itu mengesahkan yang dia berada dalam keadaan baik. Lagipun kawasan rumahnya berada dalam zon selamat - walaupun dekat dengan laut.

Liyana Jasmay sedang menyambung
pelajaran jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New
York Film Academy, sejak Julai lalu. Dia dijangka menamatkan
pelajarannya sekitar Disember ini. Sekembalinya dia ke tanah air nanti,
dia akan melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya pada 24 Januari
2013.
Sementara itu, menerusi akaun Twitter Juliana Evans @ Jue juga mengkhabarkan kawasan tempat tinggalnya dalam keadaan baik.
Jue menyambung pelajaran dalam jurusan bidang komunikasi massa di Universiti Michigan, Midwestern, Amerika Syarikat.

MD doakan semoga Liyana, Jue serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keadaan selamat. InsyaAllah.
Sumber - mD
No comments:
Post a Comment