Kota
Bharu: Pemain Terbaik Final Piala Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha
terpaksa melupakan tawaran lumayan Johor musim depan kerana Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan melepaskannya.
Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak.
Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak.
Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, berkata Mat Yo ada menghantar surat kepada KAFA meminta pelepasan itu, tetapi permintaannya ditolak kerana dia masih ada kontrak setahun lagi dengan Red Warriors.
“Kami juga masih memerlukan khidmat pemain yang menjaringkan dua daripada tiga gol final Piala Malaysia itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengakui Mat Yo kemungkinan akan membuat rayuan, tetapi setakat ini pihaknya belum menerima surat daripadanya berhubung perkara itu.
Mat Yo dikatakan menerima tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan gaji RM80,000 sebulan, malah persatuan itu sanggup menebus kontrak pemain itu yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan musim depan.
Sementara itu, Mat Yo berkata, dia menyerahkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan untuk berbincang mengenai perpindahan itu.
Terpulang kepada keputusan yang dicapai. Kalau Kelantan lepas, saya akan pergi. Jika tidak, saya akan kekal hingga kontrak saya tamat.
Setakat ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai status rundingan pengurusan kedua-dua pasukan kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, katanya.
Ditanya mengenai penyerang import Red Warriors, Mohammed Ghaddar akan meninggalkan dikatakan selepas menerima tawaran sebuah kelab dari Dubai, Rosmadi berkata, pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan.
Ghaddar dapat tawaran sebuah kelab dari Dubai, tetapi pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menerimanya atau kekal bersama Kelantan.
Kontrak setahun Ghaddar dengan Kelantan sudah tamat dan kita sedang berbincang dengannya bagi menawarkan kontrak baru.
Namun, sekiranya kita kehilangan khidmat Ghaddar, kemungkinan kita akan mencari pemain lain untuk menggantikan tempatnya atau hanya menggunakan khidmat Keita Mandjou dalam saingan Liga Super bagi mengisi kekosongan itu, katanya.
- BHonline-
No comments:
Post a Comment