Derita 10 kali dirotan : Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang lebih setahun lalu tidak pernah menjangkakan dia akan terpisah dengan anak dan isteri akibat kesilapan diri sendiri. Namun kini Ameng akur menerima hukuman itu sebagai ingatan kepadanya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Ameng kini amat menginsafi diri beliau dan berazam akan menjalankan
tanggungjawab dengan sebaik-baiknya terhadap keluarganya selepas selesai
menjalani hukumannya kelak.
“Saya sedar isteri dan anak sudah buktikan kasih saya mereka pada saya yang tidak berbelah bahagi dan ini amat menginsafkan. Saya juga sentiasa rindukan mereka,”
katanya.
Atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah dua tahun lalu Ameng
telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan.
Pada hari raya korban yang lalu, Ameng telah dikunjungi Presiden
Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis yang juga temannya
termasuk Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim dan lebih penting,
isteri, Sabariah Zakaria dan anak mereka, Wan Amar Haikal.
Ameng yang sangat terharu menerima kedatangan rakan-rakannya itu
menceritakan kepada mereka suratan hidup yang dilaluinya sekarang
membuatkan dia sentiasa bermuhasabah diri.
“Detik yang paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus. Ketika itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur. Selama seminggu saya tidak boleh berbaring. Masih terasa diseluruh denyut nadi ini betapa peritnya di rotan dan itu membuatkan saya amat menyesal dan insaf,”
katanya.
Ameng juga memberitahu selama di penjara dia menghabiskan masanya dengan
mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan
keagamaan yang dipanggil halaqah.
“Menerusi halaqah saya dan rakan di sini belajar pelbagai perkara termasuk bertadarus, mengaji al-Quran, marhaban, nasyid dan menyertai kelas imam muda bagi memantapkan sahsiah diri mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Kami juga diwajibkan menyampaikan tazkirah selepas solat kepada rakan-rakan secara bergilir-gilir.“Selepas keluar daripada penjara pada 2016, saya tetap akan jadi penghibur tetapi dengan cara berbeza. Jika dulu saya dikenali sebagai penyanyi pop tetapi selepas ini saya mahu jadi penghibur yang dapat memberikan mesej menyelitkan motivasi hidup dan nilai positif.“Saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan dan bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat,”
katanya.- Info Artis @ forblogger.net
No comments:
Post a Comment