Wednesday, 31 October 2012

Pandelela Sanggup Basah Lencun Demi BigBang

..
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, sanggup basah lecun semata-mata mahu menyaksikan kumpulan idola kegemarannya, BIGBANG, di konsert BigBang Alive Galaxy Tour Live in Malaysia 2012, yang berlangung Stadium Merdeka, malam Sabtu lalu. Ya, gadis yang pernah mencipta sejarah, meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik di London 2012 ni adalah salah seorang peminat tegar kumpulan dari Korea Selatan itu. Dan anggota paling digilainya ialah G-Dragon.
Meskipun hujan lebat turun kira-kira sejam sebelum konsert bermula, Pandelela atau lebih mesra dengan panggilan Lela, berkata sepertimana peminat lain, dia bersama adik juga beberapa lagi rakan atlit sikit pun tidak berganjak dari tempat mereka. Sebaliknya dia ikut sama-sama berteriak, memanggil nama idola kegemarannya itu agar segera keluar dan memulakan persembahan.

"Saya datang waktu tu memang dah hujan, kan. Pihak penganjur memang ada sediakan baju hujan tapi disebabkan lebat sangat, tetap basah juga. Tapi saya tak kira, demi Bigbang saya sanggup berbasah. Janji saya dah ada di situ (stadium) dan memang tak sabar nak tunggu mereka keluar dan mulakan persembahan", katanya dengan nada teruja. 
..
Dia sebelum ini pernah menyaksikan persembahan tiga daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Top, GD, dan Seungri ketika di konsert Korean Music Wave yang yang berlangsung juga di stadium yang sama, tahun lalu. Dan kali ini dia lebih puas sekaligus impiannya tercapai apabila kelima-lima penghibur itu berada di depan matanya.

"Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu tapi saya gembira dan puas. Sebelum ni saya pernah saksikan tiga daripada mereka buat persembahan di sini dulu. Kali ni lima-lima ada depan mata. Memang best! Saya berdiri barisan ketiga dari hadapan pentas. Saya nampak mereka dan saya percaya mereka juga nampak saya melambai ke arah mereka.

"Dari awal sampai habis konsert, saya berdiri atas kerusi. Saya hafal semua lagu Bigbang. Saya ikut sama menyanyi. Mereka sangat hebat! Fantastik!",

"Saya suka masa Seungri buat b-box dan GD menyanyi lagu One Of The Kind dan Crayon. Masa Taeyang nak tergelincir, saya memang gelak lah! Dan saya kagum dengan dia. Walaupun  banyak kali dia nak terjatuh tapi dia tetap mahu berikan yang terbaik",

"Saya berharap Bigbang akan datang lagi pada tahun depan", ujarnya yang sudah mengikuti perkembangan kumpulan itu sejak tahun 2007 lagi.

Dalam perkembangan lain, Lela kini giat membuat persediaan bagi menyertai Kejohanan Terjun Asia di Dubai pada November ini. Selepas kejohanan itu, dia merancang mahu pergi bercuti ke Korea hujung tahun ini. Tapi sebelum itu dia juga tidak sabar mahu menyaksikan pula konsert kumpulan 2NE1 (2NE1 Global Tour 2012 concert LIVE in Malaysia) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 Disember ini.
Pandelela bersama sahabat karibnya, Tracie AngPandelela bersama sahabat karibnya, Tracie Ang
Bersama adiknya, Pici Parnia (baju biru) dan rakan-rakan.Bersama adiknya, Pici Parnia (baju biru) dan rakan-rakan.

Sumber - mD

No comments:

Post a Comment