PETALING JAYA: Pelakon
Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon
komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat (Sepah) dan
seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.
Fida,
26, berkata, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif
Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, sejak dua bulan lalu kerana
kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.
"Kami
baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah
kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing
masih solo.
"Dia
seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan
keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya ketika
ditemui mStar Online.
Mengenai
keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi, Fida
berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan
periang.
"Mungkin
secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi.
Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka
dan periang.
"Kalau
saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia
membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya.
Diusik
mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida
berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan kesibukan
kerja masing-masing.
"Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan.
"Kalau
saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya bekerja
dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya,"
luahnya.
Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar.
"Klip
video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa terdekat.
Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan dalam video
itu nanti," tuturnya.
MSTAR
No comments:
Post a Comment