Semalam, sebuah blog hiburan ada menulis
gosip yang mendakwa chef selebriti, Chef Riz dan isterinya yang juga,
Ana Dahlia, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil
borang permohonan cerai.
Dan hari ini dalam laporan Kosmo!
menyebut yang Chef Riz mengakui bahawa rumahtangga yang dibina bersama
Ana Dahlia tidak sampai setahun itu kini dalam keadaan bergolak.
“Biasalah dalam perkahwinan, sedang lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami”
“Saya sayangkan dia dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah akan apa perkembangannya,” ujar Chef Riz.
Namun, anak kepada selebriti Chef tersohor, Chef Wan ni enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang beliau dan Ana Dahlia turun ke mahkamah syariah untuk mengambil borang permohonan cerai.
Sementara itu, difahamkan Ana Dahlia yang kini berada di set penggambaran drama Cinta Itu Milikku, enggan mengulas lanjut berhubung isu pergolakan rumah tangganya.
Sebelum ini, rumah tangga Chef Riz dan isterinya dikatakan bergolak kerana Ana didakwa kembali berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang mengganggap kontroversi itu sekadar asam garam dunia hiburan.
Chef Riz yang popular dengan program masakan MasterChef Malaysia bernikah dengan Ana pada 1 Disember tahun lepas.
Pada majlis pernikahan itu, Ana menerima wan g hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 serta sebentuk cincin.

Sumber
- mD
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1031&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm
No comments:
Post a Comment