KUALA LUMPUR: Pihak
pengurusan Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd
(SMART) sedang bertungkus lumus dalam usaha membuka semula terowong
SMART bagi kegunaan lalu lintas secepat mungkin.
SMART dalam kenyataan hari ini berkata terowong tersebut ditutup
semalam pada 4.20 petang kepada lalu lintas berikutan hujan lebat di
Kuala lumpur bagi mengaktifkan sistem banjir disusuli pelepasan air
banjir ke dalam sistem takungan terowong pada 5.15 petang.
"Penutupan
ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kerugian dan bencana
yang lebih besar daripada berlaku di kawasan liputan sistem terowong
SMART," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi buat masa ini pengepaman keluar air berjaya dijalankan.
Setelah kerja-kerja pembersihan dilakukan, pemeriksaan mekanikal dan elektrikal akan dijalankan bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LM) untuk memastikan semua peralatan berada di dalam keadaan baik dan selamat sebelum terowong dibuka semula kepada orang ramai.
"Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan, pihak kontraktor SMART bekerja 24 jam sehari tanpa henti dalam usaha memastikan pengguna dapat menggunakannya secepat mungkin," katanya.
Justeru pihak SMART meminta orang ramai supaya bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi SMART yang akan disiarkan melalui media dan papan maklumat elektronik (VMS).
Selain itu maklumat status juga boleh diikuti di laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel' di Facebook.
- Bernama

No comments:
Post a Comment