KUALA LUMPUR:
Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas
selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan
diri daripada cengkaman ceti haram atau ah long.
Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia
mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki
yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.
Menurutnya,
sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon
daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya
berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.
“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.
“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.
"Pada masa sama, dia juga beritahu mahu datang ke rumah saya untuk berbincang perkara itu lebih lanjut dan saya setuju menerima kedatangannya," katanya.
Zabedah berkata, tidak lama kemudian dia dikunjungi tiga lelaki berusia 30-an, namun mereka tidak mengadakan perbincangan sebaliknya meminta dia mengikut mereka.
"Saya dibawa ke sebuah rumah kedai yang saya tak tahu di mana. Saya bertanya di mana anak dan mereka memberitahu anak saya sudah dibebaskan, saya pula yang mereka tahan.
"Menurut mereka, ini kerana anak sudah membuat perjanjian untuk menukar saya dengan dia. Menitis air mata mendengar kata-kata itu tak sangka anak saya sanggup berduat demikian," katanya.
Menurutnya, selepas merayu dibebaskan mereka bersetuju dengan syarat dia menyerahkan semua barang kemas dipakainya.
"Saya ditahan empat jam dan terpaksa menyerahkan semua rantai, gelang dan cincin emas yang semuanya bernilai RM5,000 sebelum mereka membebaskan saya," katanya.
Ditanya sama ada dia disakiti atau dipukul kumpulan lelaki itu, Zabedah berkata, dia tidak diapa-apakan, tetapi digertak dan diugut untuk dicederakan.
Menurutnya, sebelum dibebaskan, kumpulan lelaki itu turut memberitahu akan terus mencarinya di rumah kerana dia perlu menjelaskan baki wang dipinjam anaknya yang masih tertunggak.
Warga emas itu berkata, sejak kejadian itu anak lelakinya tidak pulang ke rumah dan dia juga gagal menghubunginya.
"Biar apa pun salahnya, saya sudah maafkannya. Saya berharap dia segera pulang ke rumah," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, berikutan bimbang dengan ancaman kumpulan ah long itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/2012112800275220121128002752/Article

No comments:
Post a Comment