Pelakon jelita Anzalna Nasir berkata dia tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti yang berfikiran cetek.
Pelakon filem Sepah The Movie
ini berkata, tuduhan yang tidak berasas itu dilemparkan oleh sikap
segelintir pihak tanpa mengenali dirinya dengan lebih dekat. Tambah
aktres berusia 24 ni lagi, persepsi itu langsung tidak mengganggu
dirinya sehingga dia perlu berubah menjadi individu yang berlainan
daripada karakter semula jadinya yang ceria.
Kata Anzalna, walaupun dia kelihatan seperti suka mengambil mudah dalam urusan yang dilakukan, ia tidak bermakna dia tidak boleh berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Dia belajar sehingga ke peringkat universiti dan ada ilmu. Otaknya bukan kosong cuma saya tidak mahu bersikap serius dalam kehidupan seharian.
Bekas finalis pertandingan Dewi Remaja 2010 ni juga mengaku dia seorang yang periang dan gemar ketawa dengan kuat tetapi itu tidak bermakna umum boleh sesuka hati menuduhnya berfikiran singkat dan nampak bodoh.
“Terus-terang, saya tidak kisah dengan persepsi orang. Saya tidak akan boleh buat semua orang menyukai saya.
“Biarlah apa orang nak anggap kerana mereka hanya menilai pada luaran. Saya tetap dengan diri dan karakter ceria yang tidak menyusahkan sesiapa pun.
“Pada saya, jika teguran atau tanggapan itu berasas, saya akan terima dan berubah dengan hati terbuka tetapi kalau persepsi kononnya saya ‘dumb blonde’, ia tidak akan menyakitkan saya,” kata pelakon yang memiliki Diploma dalam jurusan Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia ni kepada mStar Online.
- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/27/mstar_hiburan/20121126203208&sec=mstar_hiburan
- mD

No comments:
Post a Comment