Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi Sarah Raisuddin yang
dilaporkan hamil anak kedua. Berita gembira ini telah disahkan oleh
suaminya sendiri, Shuib.
Dipetik daripada portal Murai, Shuib nyata teruja dengan berita ini dan
tidak menyangka isterinya akan hamil lagi setelah menyambut kelahiran
anak sulung mereka pada Disember tahun lalu.
“Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak
bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit
dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya
rasa yang sama,” ujar Shuib.
Berikutan berita kehamilan ini, Shuib menganggap ia sebagai hadiah hari
jadi yang cukup bermakna buat dirinya dan isteri, yang masing-masing
jatuh pada 12 dan 15 September lalu.
Shuib dan Sarah telah bernikah pada 26 Februari 2011 dan hasil
pernikahan tersebut pasangan ini telah menerima cahaya mata bernama,
Uwais Alqarni pada 4 Disember 2011.
Sumber - Media Hiburan
No comments:
Post a Comment