SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bersetuju memberi
ganjaran RM50,000 untuk diagih-agihkan kepada pemain skuad Rusa ekoran
kejayaan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak
Piala Malaysia.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS ketika mengumumkan perkara itu berkata ganjaran berganda juga menanti pemain jika Negeri Sembilan mara ke peringkat separuh akhir dan akhir.
"Menang nanti masuk separuh akhir kita gandakan balik, masuk akhir kita gandakan lagi.....jadi ganda wang andalah jadinya sehinggalah macam tahun-tahun lepas. Kita telah berjaya menjadi juara tahun lepas dan persatuan telah mengeluarkan bonus hampir RM550,000," katanya pada majlis minum petang dengan pegawai dan pemain Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Pasukan Negeri Sembilan yang dikendalikan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
Pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pada 5 Okt ini.
Katanya beliau gembira dengan kejayaan pasukan Negeri Sembilan melayakkan diri dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
"Tahniah saya ucapkan kepada semua, daripada pengurusan, jurulatih dan pemain. Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara tunjukkan untuk pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.
"Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan dapat mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia musim ini dapat kita jayakan.
Katanya usaha mempertahan kejuaraan Piala Malaysia adalah misi pasukan itu dan semua pemain bertanggungjawab untuk bermain dengan lebih baik bagi memastikan Piala Malaysia akan kekal di negeri ini pada pusingan akhir nanti.
Beliau yakin pasukan Negeri Sembilan mempunyai resepi yang terbaik untuk mengekalkan kejuaraan itu.
"Jadi yang pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita untuk bermain sebagai satu pasukan. Kalau kita mempunyai resepi ini, Insya-Allah kita akan berjaya," katanya. - Bernama

Sumber - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment