Akibat daripada mengeluarkan kata-kata yang menghina Nabi Muhammad S.A.W, remaja yang betanggungjawab telah ditahan oleh pihak berkuasa. Ini berikutan pihak berkuasa menerima beberapa laporan polis. Yang peliknya, remaja tersebut telah mengeluarkan permohonan maaf melalui FBnya dan mengatakan Facebook nya telah di hack gara-gara menggunakan Internet di Cyber Cafe!!
Agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan kadar segera.
KLANG - Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di
Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan
komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial
Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek
ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)
Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan
perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata
penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang
dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,"
katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang
Selatan di sini hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun
Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia
tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. - Bernama
Sumber - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment