Pelakon drama 'Evolusi KL Drift: The Series', Puteri Sarah Liyana
dikhabarkan akan meninggalkan dunia lakonan buat sementara waktu
berikutan keinginannya untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang
perhotelan seperti yang diingini kedua ibu bapanya.
“Sekarang ini saya dah hantar ‘resume’ di beberapa buah hotel termasuk
di luar negara untuk memulakan kerja dalam dalam bidang terbabit.
“Saya tahu bidang lakonan ini berharga tapi saya perlu memikirkan masa
depan juga selain kedua ibu bapa berharap saya dapat pekerjaan yang
lebih menjamin kehidupan pada masa akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 27 tahun ini juga menyatakan
bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Namun, kekangan
kerja sering kali menjadi alasan untuk dia dan kekasihnya yang juga
merupakan seorang pelakon, Ammar Alfian Aziz, 25, untuk mendapatkan
tarikh yang benar-benar sesuai bagi majlis perkahwinan mereka.
“Bukannya kami tidak pernah berbincang mengenai perkara ini, tetapi
itulah tiada satu tarikh yang benar-benar sesuai boleh dipilih buat masa
sekarang disebabkan kami berdua terikat dengan jadual kerja yang
padat,” ujarnya yang selesa untuk terus berkahwin tanpa perlu bertunang
terlebih dahulu.
Sumber - Media Hiburan
No comments:
Post a Comment