TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah
terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri
seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz
Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama
berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama
berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau
yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan
makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada
seseorang.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Ustaz Sharhan Shafie
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang
mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama
tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau
nama NUR NAJWA…kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok
ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada
sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari
nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang ustaz Sharhan
mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk
buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di
atas. [SUMBER]Sebab
itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti
nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi
berdosa memakai nama tersebut.
No comments:
Post a Comment