Wednesday, 28 November 2012

Nabil & Nazirah Sambut Kelahiran Anak Sulung Awal 3 Minggu

..
Awal pagi semalam, pelawak popular Nabil dan isteri menyambut keelahiran anak sulung mereka. Tahniah! 
Nazirah Ayub selamat melahirkan seorang bayi perempuan menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi (Ahad). 

Bayi perempuan (yang sepatutnya lahir tiga minggu lagi) seberat 2.67kg ini lahir sekitar jam 8.40 pagi dan Nabil sendiri mengesahkan berita itu melalui akaun Twitternya beberapa jam selepas itu.

..

Nabil dan Nazirah telah di ijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Pasangan suami isteri ini diraikan dalam majlis resepsi penuh warna-warni berkonsepkan 'fairy tale' di I-City, Shah Alam pada tanggal 2 Oktober 2011.

Oleh sebab puteri sulungnya itu lahir awal dari yang dijangka, Nabil berkata buat masa ini dia dan isteri belum memikirkan lagi nama bayi mereka itu.


- mD

Video Seks Emma Stone Masih Selamat !!

..
Kim Kardashian dan Paris Hilton antara selebriti Hollywood yang sinonim dengan kisah skandal video seks. Kalau tidak tentang video mereka tersebar, pastinya tentang mereka jual video seks sendiri.

Tapi nampaknya bukan Kim Kardashian dan Perez Hilton saja yang ada video seks. Kerana dalam diam, seorang lagi selebriti, Emma Stone juga didakwa memilikinya. Video tersebut dipercayai dirakamkan ketika dia masih belum popular lagi.

"Itu memang video dia. Mungkin pada ketika itu dia masih lagi muda dan tidak memikirkan apa yang tidak dikecapinya ketika ini.

"Sekurang-kurangnya video itu masih lagi belum tersebar setakat ini dan masih berada dalam tangan individu yang melakukan seks dengannya itu", kata salah seorang sumber kepada radaronline.com

Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa video itu tidak akan tersebar dan mungkin juga harga rakaman video itu akan melonjak naik berdasarkan populariti Emma Stone ketika ini.

Selain itu, sumber yang juga merupakan kawan baik pelakon yang pernah membintangi filem The Amazing Spiderman itu juga memberitahu, jika video itu tersebar sudah pasti Stone akan bertindak menghentikan penyebaran.

"Dia sememangnya sudah gembira dan bangga dengan apa yang dikecapinya ketika ini.

"Dia bukan lah jenis yang menjual maruah seperti Kim Kardashian dan Paris Hilton yang popular hanya kerena menjual video seks sendiri," kata sumber itu lagi.


- mD

Penyangak Serah Diri Selepas Bergambar Dengan Saiful Apek

..
Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.
Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

“Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu & tidak mampu kata apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut,” ujar Saiful Apek.



- http://www.hmetro.com.my/articles/BuruanpolisfanatikApek/Article
- mD

Anzalna Tak Kisah Dianggap Nampak Bodoh & Berfikiran Cetek

..
Pelakon jelita Anzalna Nasir berkata dia tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti yang berfikiran cetek. 
Pelakon filem Sepah The Movie ini berkata, tuduhan yang tidak berasas itu dilemparkan oleh sikap segelintir pihak tanpa mengenali dirinya dengan lebih dekat. Tambah aktres berusia 24 ni lagi, persepsi itu langsung tidak mengganggu dirinya sehingga dia perlu berubah menjadi individu yang berlainan daripada karakter semula jadinya yang ceria.

Kata Anzalna, walaupun dia kelihatan seperti suka mengambil mudah dalam urusan yang dilakukan, ia tidak bermakna dia tidak boleh berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Dia belajar sehingga ke peringkat universiti dan ada ilmu. Otaknya bukan kosong cuma saya tidak mahu bersikap serius dalam kehidupan seharian.

Bekas finalis pertandingan Dewi Remaja 2010 ni juga mengaku dia seorang yang periang dan gemar ketawa dengan kuat tetapi itu tidak bermakna umum boleh sesuka hati menuduhnya berfikiran singkat dan nampak bodoh.

“Terus-terang, saya tidak kisah dengan persepsi orang. Saya tidak akan boleh buat semua orang menyukai saya.

“Biarlah apa orang nak anggap kerana mereka hanya menilai pada luaran. Saya tetap dengan diri dan karakter ceria yang tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Pada saya, jika teguran atau tanggapan itu berasas, saya akan terima dan berubah dengan hati terbuka tetapi kalau persepsi kononnya saya ‘dumb blonde’, ia tidak akan menyakitkan saya,” kata pelakon yang memiliki Diploma dalam jurusan Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia ni kepada mStar Online.


- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/27/mstar_hiburan/20121126203208&sec=mstar_hiburan
- mD

Terowong SMART Akan Dibuka Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) sedang bertungkus lumus dalam usaha membuka semula terowong SMART bagi kegunaan lalu lintas secepat mungkin. 
SMART dalam kenyataan hari ini berkata terowong tersebut ditutup semalam pada 4.20 petang kepada lalu lintas berikutan hujan lebat di Kuala lumpur bagi mengaktifkan sistem banjir disusuli pelepasan air banjir ke dalam sistem takungan terowong pada 5.15 petang. 
"Penutupan ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kerugian dan bencana yang lebih besar daripada berlaku di kawasan liputan sistem terowong SMART," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu lagi buat masa ini pengepaman keluar air berjaya dijalankan.

Setelah kerja-kerja pembersihan dilakukan, pemeriksaan mekanikal dan elektrikal akan dijalankan bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LM) untuk memastikan semua peralatan berada di dalam keadaan baik dan selamat sebelum terowong dibuka semula kepada orang ramai.

"Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan, pihak kontraktor SMART bekerja 24 jam sehari tanpa henti dalam usaha memastikan pengguna dapat menggunakannya secepat mungkin," katanya.

Justeru pihak SMART meminta orang ramai supaya bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi SMART yang akan disiarkan melalui media dan papan maklumat elektronik (VMS).

Selain itu maklumat status juga boleh diikuti di laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel' di Facebook.



- Bernama

Kali Pertama Lauk Jadi Basi Setelah 20 Tahun Memasak

Sebahagian daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi. Pix: Kosmo!Sebahagian daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi. Pix: Kosmo!GEORGE TOWN: Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.
Menurutnya, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Kata Nor, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.

"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kemeriahan majlis persandingan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan basi.

Akibatnya, lebih 1,000 tetamu jemputan terpaksa pulang dengan perut kosong.

Nor berkata, pihaknya masih waras dan tidak sesekali mahu menabur pasir dalam periuk sendiri.

Dalam pertemuan itu, Nor memberitahu, ketika menghantar sajian itu ke rumah pengantin, suaminya mendakwa ada terlihat sekumpulan lalat berterbangan di atas periuk lauk sebaik tiba di dewan berkenaan tetapi kemudian hilang sekelip mata.

"Selepas itu ubi kentang yang masak empuk dalam dalca pada paginya bertukar keras seperti tidak masak.

"Memang kejadian ini pelik tetapi kami reda dan anggap ia dugaan," tambahnya.

Ibu pengantin perempuan, Normiza Osman, 41, ketika dihubungi berkata, pihaknya telah melantik peguam.

"Kejadian itu telah memalukan kami sekeluarga, tak tahu bagaimana hendak menjelaskannya kepada tetamu yang kebanyakkanya penduduk kawasan ini," katanya.



Oleh Noor Hasliza Nusi / Kosmo!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Bertongkat Langgan GRO

CEKUP: Warga emas dan wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIPP. Pix: Harian MetroCEKUP: Warga emas dan wanita yang ditahan penguat kuasa JHEAIPP. Pix: Harian MetroBUKIT MERTAJAM: Walaupun sudah bertongkat dan berusia, seorang lelaki warga emas masih berselera dengan pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan. 
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah. 

Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain.

Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, lelaki terbabit bukan beragama Islam dan mengaku memiliki tongkat berkenaan selain melanggan GRO wanita beragama Islam berusia 23 tahun itu.

"Mereka kemudian diambil keterangan diri untuk siasatan lanjut," katanya.

Khairul Azman berkata, lelaki warga emas itu dibebaskan kerana bukan beragama Islam manakala wanita yang bekerja sebagai GRO itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk diambil keterangan diri.

Beliau berkata, pusat berkenaan sebelum ini pernah diserbu beberapa kali kerana menggajikan wanita beragama Islam yang bekerja sebagai GRO dengan menawarkan bayaran mengikut jam selain menerima bayaran daripada pelanggan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 35, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan menggalakkan maksiat dan sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 27 (b), enakmen sama atas kesalahan berkhalwat dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.



Oleh Rudy Syareme Sheriffudin / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BertongkatlangganGRO/Article/index_html

Gadai Emak Bayar Hutang

Gambar HiasanGambar HiasanKUALA LUMPUR: Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau ah long. 
Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu. 
Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka. 

“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.

“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.

"Pada masa sama, dia juga beritahu mahu datang ke rumah saya untuk berbincang perkara itu lebih lanjut dan saya setuju menerima kedatangannya," katanya.

Zabedah berkata, tidak lama kemudian dia dikunjungi tiga lelaki berusia 30-an, namun mereka tidak mengadakan perbincangan sebaliknya meminta dia mengikut mereka.

"Saya dibawa ke sebuah rumah kedai yang saya tak tahu di mana. Saya bertanya di mana anak dan mereka memberitahu anak saya sudah dibebaskan, saya pula yang mereka tahan.

"Menurut mereka, ini kerana anak sudah membuat perjanjian untuk menukar saya dengan dia. Menitis air mata mendengar kata-kata itu tak sangka anak saya sanggup berduat demikian," katanya.

Menurutnya, selepas merayu dibebaskan mereka bersetuju dengan syarat dia menyerahkan semua barang kemas dipakainya.

"Saya ditahan empat jam dan terpaksa menyerahkan semua rantai, gelang dan cincin emas yang semuanya bernilai RM5,000 sebelum mereka membebaskan saya," katanya.

Ditanya sama ada dia disakiti atau dipukul kumpulan lelaki itu, Zabedah berkata, dia tidak diapa-apakan, tetapi digertak dan diugut untuk dicederakan.

Menurutnya, sebelum dibebaskan, kumpulan lelaki itu turut memberitahu akan terus mencarinya di rumah kerana dia perlu menjelaskan baki wang dipinjam anaknya yang masih tertunggak.

Warga emas itu berkata, sejak kejadian itu anak lelakinya tidak pulang ke rumah dan dia juga gagal menghubunginya.

"Biar apa pun salahnya, saya sudah maafkannya. Saya berharap dia segera pulang ke rumah," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, berikutan bimbang dengan ancaman kumpulan ah long itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/2012112800275220121128002752/Article

Kenduri Saji Lauk Basi

BASI: Periuk berisi lauk daging masak hitam (bawah) dan dalca ini terbiar selepas sajian itu didakwa telah basi dan berbau busuk. Pix: Kosmo!BASI: Periuk berisi lauk daging masak hitam (bawah) dan dalca ini terbiar selepas sajian itu didakwa telah basi dan berbau busuk. Pix: Kosmo!BALIK PULAU: Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, sebaik sahaja membuka penutup periuk lauk ayam masak merah, daging masak hitam dan dalca, mereka mendapati kesemuanya sudah berbuih dan berbau busuk.

"Bau busuk itu boleh dihidu sampai ke luar dewan.

"Syarikat itu berjanji nak ganti dengan sajian baru tapi sehingga pukul 4 petang semalam (kelmarin) sajian ganti tak sampai-sampai.

"Pengusaha sajian itu hanya datang meminta maaf kira-kira pukul 8 malam dan berjanji membayar ganti rugi secara ansuran," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di Teluk Bahang semalam.
HAMPA: Nazurah dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi. Pix: Kosmo!HAMPA: Nazurah dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi. Pix: Kosmo!Nazurah memberitahu, dalam keadaan kelam-kabut mereka terpasksa meminta bantuan ahli keluarga terdekat menyediakan makanan bagi tetamu yang masih menunggu.

Bercerita mengenai pakej yang ditawarkan, Nazurah mendakwa dia mengenali perancang perkahwinan itu yang dikenalikan satu pasangan suami isteri menerusi laman sosial Facebook.

"Ini kali kedua kami melantik mereka mengendalikan majlis kenduri selepas majlis pertunangan pada Jun lalu.

"Saya mengambil pakej mereka kerana tawaran harganya menarik, tapi tak sangka pula ini yang berlaku," katanya.

Pasangan itu telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Bahang pada petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya ada menerima laporan pasangan itu dan telah menasihatkan pengadu agar mengambil tindakan undang-undang.

Kosmo! cuba mendapatkan reaksi syarikat itu, namun mereka belum bersedia untuk memberi kenyataan.



- Oleh Noor Hasliza Nusi / Kosmo!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


 

Dirogol Selepas Lakukan Hubungan Seks


 Sekadar gambar hiasan

KENINGAU: Seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun yang baru sahaja mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya melalui detik hitam apabila dia dirogol pula oleh seorang saudaranya dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi pada 21 November itu berlaku ketika mangsa keluar bersama teman lelakinya dikenali sebahgai Jiji.
Difahamkan, mangsa telah dibawa ke sebuah kawasan semak sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Polis Robert Salisip@David berkata, selepas selesai melakukan hubungan seks, teman lelakinya mengatakan ingin pulang sebentar dan meninggalkannya bersendirian di situ.

"Mangsa yang ketakutan kemudian telah menghubungi seorang saudaranya. Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah di Bingkor pada pukul 5.30 pagi sebelum dirogol," katanya.

Tambahnya, saudara mangsa kemudian menghubungi keluarga gadis itu untuk datang mengambilnya.

Menurut Salisip, keluarga mangsa yang menyedari mengenai kejadian itu kemudian telah membuat laporan polis.

"Kita telah menahan kedua-dua suspek berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya.


- Kosmo!

Monday, 19 November 2012

Tahniah.... Diana Danielle Hamil...



Tahniah admin nak ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas perkhabaran gembira ini.. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhirat... Amin


Yeayyyy!!! Tahniah pasangan @faridkamilz & @dianadanielleb !! Bunting pelamin la nanti!! Perghhhh cc: @anis2332 ! @fadzilzahari & @dianahzahari .. Next year 2 anak saudara ! #Alhamdulillah #baby #congrats #semogalebihrezeki #Amin



Itu Gambar Ketika Saya Berumur 15 Tahun - Emma Maembong

Seperti yang telah diagak oleh segelintir pembaca BeautifulNara, Emma Maembong hari ini menjelaskan yang gambarnya berpelukan dan berciuman dengan seorang lelaki adalah gambar lama. Menurut Emma, gambar-gambar tersebut diambil ketika dirinya berusia 14, 15 tahun bersama kekasihnya.

Emma Maembong mengakui yang gambar-gambar itu adalah satu kesilapan buat dirinya. Kata Emma kepada portal Murai:-

"Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia. Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku."


Yang penting, Emma memberitahu yang dirinya kini sudah berubah dan berharap agar peminat tidak menghukumnya berdasarkan kisah silamnya dulu. Kata Emma:-

"Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu. Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya."

Kepada jejaka yang ada menaruh hati terhadap Emma Maembong, lupakanlah saja hasrat anda itu. Hati Emma sudah dimiliki oleh jejaka yang dikenali dengan nama Adi Zaim. Kepada Emma, lupakan kontroversi ini dan berusahalah untuk memajukan diri dari segi lakonan. Anggap sahaja ini asam garam apabila bergelar selebriti.