Wednesday, 17 October 2012

Sila Share...!!! Polis cari tiga lelaki

Polis cari tiga lelaki
 
BUKIT BERUANG - Polis negeri ini giat mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan seorang pengawal keselamatan, M Hukentheran, 19, yang maut ditetak di kawasan perindustrian Kelemak, Alor Gajah, bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, K Prakash, 23; P Suresh, 27, dan M Nagaratnam, 26, masing-masing dari Selandar dan Kesang Pajak, Jasin; serta Tampin, Negeri Sembilan.

"Mereka diminta melaporkan diri di balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mengenali atau melihat ketiga-tiga lelaki ini juga diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Hadir sama,  Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintendan PR Gunarajan.


Pada 23 September lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pengawal keselamatan sebuah kilang perkakasan kenderaan mati selepas diserang sekumpulan lelaki yang menaiki kereta.


Mangsa diserang menggunakan senjata tajam di kawasan perindustrian Kelemak.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya tiba-tiba dihimpit sebuah kereta dinaiki empat lelaki mengakibatkannya terjatuh sebelum ditetak.


Mangsa dari Tampin, Negeri Sembilan, bagaimanapun disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah berikutan kecederaan parah seluruh anggota badan.

Sumber - Sinar 

No comments:

Post a Comment