Lagi diskriminasi Islam di Rusia...
MOSCOW - Guru besar sebuah sekolah di Utara Caucacus melarang lima
pelajar Islam dari menghadiri kelas kerana didapati bertudung.
Susulan dari isu terbabit, ibu bapa pelajar tersebut memfailkan saman di pejabat pendakwa raya.
Beberapa pelajar wanita yang berlainan umur diberitahu mereka tidak dibenarkan datang ke sekolah melainkan menanggalkan tudung.
Isu ini berlarutan selama seminggu.
"Ini tidak dapat diterima oleh agama kami," kata bapa kepada seorang pelajar, Ravil Kaibaliyev, dipetik Reuters.
Ibu bapa mereka telah memfailkan aduan di pejabat pendakwa raya
terhadap tindakan sekolah terbabit atas alasan telah melanggar hak di
bawah perlembagaan.
Pendakwa raya berjanji untuk menyiasat isu terbabit dalam masa 30 hari
dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya jika pengetua sekolah
tersebut didapati melanggar undang-undang.
Pengetua sekolah tersebut, Marina Savchenko berkata, pemakaian tudung
melanggar polisi sekolah, yang memerlukan pelajar memakai pakaian yang
telah ditetapkan.
"Kami tidak melarang pelajar tersebut untuk bertudung, namun kami
menyarankan supaya ia digantikan dengan skarf ketika waktu
persekolahan," kata beliau.
Kementerian Pelajaran Rusia menyatakan, sekolah dibenarkan untuk
menentukan undang-undang mereka sendiri tentang etika berpakaian.
Imam Besar Rusia mengutuk larangan terbabit dengan menyatakan tiada undang-undang yang menetapkan pakaian seseorang.
Pemakaian tudung, adalah satu perkara yang penting dalam gaya hidup Islam, kata seorang pegawai kanan dari Majlis Mufti Rusia.
Sumber - Sinar
No comments:
Post a Comment