Friday, 28 September 2012

PANAS...!!!! A Aida fail perceraian

  A Aida

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun berkahwin, pelakon dan penerbit, A Aida memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Permohonan itu difailkan penerbit tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini, sekitar jam 3.30 petang.


Mahkamah menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes berkenaan.


A Aida, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong, dan dua rakannya, memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 1 tengah hari.


Zulkifli berkata, permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, iaitu untuk bercerai dengan talak atau dengan perintah.


Aida bernikah dengan pegawai polis berkenaan pada 20 April 2007. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, kini berusia empat tahun.


Penerbit drama popular siri Halimah Jongang itu memaklumkan kepada media, keputusan untuk bercerai dibuat atas dasar sudah tiada persefahaman.


Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarganya dan memaklumkan keluarga suaminya.


Bagaimanapun Aida yang sudah kali keempat bercerai itu enggan mengulas lanjut punca sebenar dia memfailkan permohonan tersebut.


Aida kini sibuk dengan penggambaran beberapa drama, termasuk slot Samarinda 30 episod, drama berjudul Mak Latah dan sebuah telenovela.


“Perkara ini sememangnya membebankan, dan sedikit sebanyak menyebabkan saya hilang fokus. Saya mahu penceraian ini selesai segera kerana ini sahaja jalan penyelesaiannya,” katanya.


Pasangan itu berkenalan semasa Aida menerbitkan sebuah drama kepolisan berjudul Bandar Tun Hussein Onn untuk slot RTM pada 2006 dan mereka bertunang pada penghujung tahun sama.

Sumber - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment