Fakta tentang AES. Apakah disebalik AES??
Sekarang nie memang kecoh pasal pemasangan AES di kebanyakan lebuhraya di Perak, Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur. Kebanyakan daripada soalan yang akan dikemukakan oleh segelintir pemandu yang melalui kawasan tersebut adalah... "Kenapa Gov kita membelanjakan banyak duit dekat AES nih..??" atau "Apalah gunanya letak device yang mahal dekat highway ni... bukan kah ada ramai lagi polis trafik di Malaysia ni yang boleh buat pemantauan!!".
AES sebenarnya telah mula dipasang dibeberapa kawasan yang telah dilabelkan sebagai kawasan "panas" mulai dari September 2012 sebagai pilot project. Setakat ini sebanyak 14 kemera yang telah dipasang di lebuhraya sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Perak. Ini termasuk fix camera, mobile dan traffic light camera. Segala maklumat dan data akan dihantar terus kepada pemilik kenderaan dalam masa 5 hari oleh JPJ termasuklah gambar yang telah dirakamkan oleh kamera AES!!.
Pada keseluruhannya, sebanyak 566 speed cameras dan 265 traffic light cameras akan dipasang tanpa pihak kerajaan mengeluarkan sesen pun; didalam perjanjian, ini kerana kutipan saman AES akan diberi mengikut % yang diluluskan kepada kerajaan dan syarikat yang membiayai projek tersebut selama 5 tahun.
Seperti yang kita semua sedia maklum, AES adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Ini merangkumi semua jenis kenderaan termasuklah kenderaan beroda 2. Jika kita lihat, dikebanyakan lebuhraya dan jalan perbandaran, kenderaan dipandu laju (melebihi kelajuan yang dibenarkan) serta melanggar lampu isyarat dengan sewenang-wenangnya. Selain daripada itu, kesukaran untuk meletakkan anggota trafik sepanjang masa di setiap lampu isyarat dan lebuhraya.
Bak kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha "Why worry, if you are not a traffic offender? If everyone abides by the traffic rules, then there will be nothing for the companies to collect. So why enrich them?" - Petikan dari theSUN (September 28, 2012)
Apa yang hendak ditonjolkan dan di perhalusi adalah berkenaan dengan sifat kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang telah 56 tahun merdeka. Mengapa kita perlu membawa kenderaan dengan mengikut perasaan? Adalah kita aspect keluarga kita menyambut kepulangan kita dengan tangisan?
Tiada ungkapan yang releven "Aku bayar cukai jalan....suka hati aku la nak bawa kenderaan macam mana sekali pun". Sifat bertimbang rasa dan penyabar adalah kata kunci yang patut kita tanamkan didalam hati kita apabila kita memandu kenderaan...
Maaflah kalau segala apa yang terdapat disini telah membuat seseorang naik hangin. Ini sekadar perkongsian...
Sekian....
No comments:
Post a Comment