SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
JAWAPAN:
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa
ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga
ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya
bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung
antara kening kanan dan kiri.
Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan
mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan
merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran.
Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan
Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu
menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan
lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika
bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh
pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti
tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua
bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa
seseorang perempuan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam
Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin,
isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang
membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati
suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah
kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami,
boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut
atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan
yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu
kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”.
Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu
membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka
untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan
bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan
membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak
mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini
ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan
yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut
bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian
daripada wajah.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah
wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di
pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para
ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak
kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening
itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.
Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.
Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan
diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah
(make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang ‘diboldkan’itu, dengan izin suami
dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak
dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo)
termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga
berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan
tersebut.
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk
bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang
cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang
menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat
dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami
atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang
digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan
mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan
hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan
Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita
dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita
hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak
memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah
hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita
mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas,
hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan
sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.
Wallahu A’lam.
Sumber: http://johor.ikram.org.my/
No comments:
Post a Comment